Dengan situasi musim panas yang sedang melanda negara pada masa ini, kita sentiasa merasakan tidak selesa pada setiap masa.
Pagi, petang, siang, malam. Kulit kita selalu terasa ‘hangat’ sampaikan nak tidur malam pun tak lena tau! Selain daripada mandi dan minum air sejuk, solusi paling utama yang kita perlu ambil adalah untuk meratakan krim pelembap pada kulit wajah dan badan.
Kandungan mineral dan zat yang ada di dalamnya membantu untuk meredakan suhu badan dan melembutkan kulit tau!
Jom lihat 9 pelembap pilihan kami.
01
innisfree Jeju Cherry Blossom Tone-Up Cream
Tekstur krim ini yang tidak melekit dan kerberkesanannya dalam melembapkan serta mencerahkan kulit diakui ramai penggunanya. Setiap kali bangun dari tidur, kulit akan terasa sihat dan tidak berminyak. RM69
02
Drunk Elephant Sili Body Lotion
Ah baunya! Dalam kurang dari 5 minit, ia mudah menyerap ke dalam kulit badan tanpa meninggalkan kesan melekit. Tentunya ia cukup sesuai untuk kulit jenis sensitif dan kering RM88
Ads
03
Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Moisturizung Cream
Ia mempunyai kandungan terpilih dari Pulau Jeju, Korea Selatan untuk menjaga kulit daripada kedutan halus dan mencerahkan lagi wajah. RM20.90
04
GVC Extra Moisturising Hand & Body Lotion
Kandungan Black Seed Oil mengembalikan kelembapan asal pada kulit dan menjadikan kulit badan lebih anjal. RM10.90
Ads
05
Origins Original Skin Matte Moisturizer with Willowherb
Ini merupakan salah satu pelembap muka yang paling popular dan selalu diulang pakai oleh penggunanya. Ia sesuai sebagai pelembap waktu siang yang panjang (sekitar 3-4 jam) dan terik. RM142
06
Fresh Lotus Youth Preserve Moisturizer with Multi-Action Super Lotus
Fresh merupakan di antara jenama yang pakar dalam mengenal pasti formula terbaik untuk pelembap badan dan wajah. Ia ringan dan tidak melekit. RM250
Membiarkan kulit badan lembap dan sekatakan warna kulit, pelembap dari Nanowhite ini membuatkan kulit bertambah seri dan lembut. RM25
08
Cetaphil Moisturizing Cream
Krim popular ini mengandungi minyak badam yang cukup baik untuk kegunaan pada badan dan wajah. Ia tidak mempunyai sebarang bauan dan tidak menyekat liang pori. RM50
09
Tatcha The Water Cream
Secara peribadi, penulis merasakan pelembap wajah ini adalah di antara produk yang paling berkesan selepas menggunakannya selama beberapa minggu. Ia bebas daripada efek berminyak dan memulihkan isu pori pada wajah.
Tetapi, tentulah ia hadir pada harga yang premium. RM280
*
Jangan lupa untuk mencuba salah satu daripada pilihan REMAJA ini tau.
Sementara itu, untuk melegakan tekak semasa musim panas ini, jom cuba resepi minuman lemon ini. Slurpp!
KLFW2021 bakal kembali berlangsung dari 1 sehingga 7 November 2021 secara maya dan fizikal.
Bak kata pepatah, selepas hujan pastinya ada pelangi. Begitulah juga diibaratkan nasib pengiat fesyen. Selepas majoriti sektor di Malaysia kini dibenarkan beroperasi, rentak ekonomi negara kita dilihat kian merancak semula termasuklah sektor fesyen tempatan.
Tahun 2020 menyaksikan peminat fesyen terlepas daripada menghadiri acara wajib Kuala Lumpur Fashion Week (KLFWRTW) disebabkan oleh situasi pandemik Covid-19 di Malaysia yang berada pada tahap kritikal. Dengan penurunan jumlah kes harian dan peralihan daripada musim pandemik kepada endemik, KLFWRTW secara rasminya bakal kembali dengan semangat baharu pada tahun 2021.
Ulas pengasas KLFWRTW iaitu Andrew Tan, mereka mengakui bahawa sektor fesyen telah melalui fasa yang cukup sukar sepanjang musim pandemik dan sebahagian besar jenama tempatan masih cuba untuk kekal ‘bernafas’.
“Walaupun jalan pemulihan tidak mudah, kita akan sentiasa menghadapinya bersama. Saya gembira melihat pereka fesyen ada bersama-sama KLFWRTW, sanggup bertahan dan membangunkan semula jenama mereka,” katanya ketika ditemui di sidang media rasmi pelancaran KLFWRTW 2021 bertempat di mercu tanda baharu The Exchange 106, Jalan Tun Razak baru-baru ini.
Dengan tema bagi edisi 2021 ‘Wear Local, Dress Global’, KLFWRTW bakal mendorong lebih ramai pereka fesyen Malaysia untuk terus berkembang ke persada fesyen antarabangsa dengan terlebih dahulu membina tapak fesyen yang kukuh dalam negara.
KLFWRTW 2021 akan bermula dari 1 November sehingga 7 November 2021. Menariknya pada tahun kesembilan penganjurannya ini, ia akan menampilkan seramai 48 pereka yang akan memeriahkan pentas peragaan dengan koleksi ready-to-wear secara digital dan fizikal di lokasi yang tidak asing lagi, Pavilion Kuala Lumpur.
Sebanyak 26 pertunjukan fesyen akan dilangsungkan secara fizikal Pavilion KL yang boleh ditonton secara langsung oleh pengunjung di sana. Manakala, 12 lagi pertunjukan fesyen akan ditayangkan secara maya.
Tak sabarnya untuk melihat koleksi baharu para pereka fesyen tempatan yang pastinya berkobar-kobar untuk kembali menghangatkan industri seni fesyen negara setelah sekian lama terpaksa menyimpan niat tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Venezuela boleh dikatakan sebagai negara powerhouse dalam pertandingan ratu cantik, setiap ratu yang dihantar mewakili negara tersebut pastu sekurang-kurangnya berjaya menembus jajaran separuh akhir.
Terbaharu, pertandingan Miss Venezuela 2022 telah diadakan yang mana menyaksikan Diana Silva dinobatkan sebagai juara. Dia telah dimahkotakan oleh oleh Miss Venezuela 2021, Amanda Dudamel dan akan mewakili Venezuela di pentas Miss Universe kelak.
Diana yang berusia 25 tahun merupakan seorang pramugari dan dalam masa yang sama dia juga merupakan seorang pelajar dalam bidang pengiklanan. Pada peringkat akhir pertandingan, gadis tinggi lampai ini mendedahkan dalam pusingan soalan bahawa dia sebelum ini berbelah bahagi untuk menyertai peraduan itu kerana ‘situasi yang sangat tidak selesa dan sangat menyedihkan’.
Walaupun begitu dia tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai situasi itu. Dia menambah bahawa pengalaman buruk ini adalah apa yang mendorong dirinyauntuk memenuhi impian dan dia bersyukur dapat mempelajari sesuatu perkara yang berharga daripada insiden itu.
Diana menganggap dirinya sebagai seorang wanita yang berdedikasi, fokus dan bertanggungjawab. Seiring dengan kemenangannya, Diana ingin mewujudkan satu inisiatif (Inisiatif Rakan Warga Emas) di mana mereka akan meletakkannya dalam agenda dan membangunkan tindakan yang bertindak balas terhadap masalah yang terjadi kepada golongan tersebut.
Apabila ditanya apa erti menjadi ratu cantik baginya, Diana memetik, “Bagi saya, seorang ratu cantik dalam era baharu ini melangkaui apa yang boleh dilihat secara luaran. Kita harus sedar akan tanggungjawab sebagai contoh yang sentiasa jadi ikutan. Saya rasa perkara paling positif yang boleh saya tawarkan kepada semua orang ialah mereka harus mencari versi diri mereka yang lebih baik.
“Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, saya telah belajar untuk mencari diri saya sendiri, mengenali diri saya, menerima diri saya dan mengasihi diri saya sendiri tanpa banyak rasa tertekan dengan kelompok sosial yang harus dikagumkan. Saya percaya bahawa kebaikan terbesar yang boleh dimiliki oleh mana-mana manusia ialah menyayangi diri sendiri,” ujarnya panjang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Solekan sudah menjadi satu kewajipan di dalam kehidupan seorang wanita, tidak kiralah sebagai orang terkenal ataupun tidak. Solekan sebenarnya membantu seseorang untuk tampil lebih yakin dan nampak menarik. Namun begitu, kalau solekan yang dikenakan terlalu tebal dan keterlaluan pun boleh menjadi satu perkara yang pelik kerana tidak lagi menonjolkan keaslian sebenar wajah.
Ketika ini pertandingan Miss Universe 2021 sedang dijalankan di Eilat, Israel. Menariknya dalam salah satu aktiviti yang dijalankan, lapan orang peserta telah dipilih untuk tampil dalam sebuah penggambaran wajah tanpa solekan. Bagi sesetengah orang mungkin perkara yang menakutkan, tidak bagi mereka. Apa pun setiap seorang dari mereka tetap cantik dan segar biarpun tanpa bantuan solekan.
Jom kita lihat wajah-wajah ratu cantik ini saat mereka dinobatkan sebagai wakil negara masing-masing dan juga foto mereka tanpa sebarang solekan.
Mereka semua tampil cantik walaupun tanpa sebarang solekan. Penggambaran ini membuktikan bahawa seseorang harus tetap yakin dengan diri sendiri dan kecantikan semula jadi merupakan satu perkara yang perlu dibanggakan.
Tahun ini menyaksikan seramai 80 peserta menyertai pertandingan Miss Universe 2021. Walaubagaimanapun Malaysia tidak menghantar wakil tahun ini atas alasan pandemik Covid-19.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...