Adakah Touch N Go sudah tidak relevan digunakan pada masa kini?
Pelbagai rungutan dan keluh kesah pengguna Touch ‘n Go memgenai sistem ini. Ia bukanlah suatu isu yang baharu. Sistem ini sudah berlangsung lama sehingga tujuan utamanya yang sepatutnya menyenangkan hidup pengguna khususnya masyarakat Malaysia, tetapi kini sudah bertukar menjadi beban sehingga tahap menyusahkan.
Bukan setakat menjadi perbualan hangat dan bagaikan ‘menyusahkan’ rakyat marhaen. Terbaharu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku yang juga bekas calon Parlimen Masjid Tanah, Mutalib Uthman tampil menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada Touch ‘n Go yang didakwa wajib dihapuskan oleh kerajaan baharu.
ARTIKEL BERKAITAN:
PM Umum Tol Percuma Dua Hari Mulai Jumaat Ini Sempena Tahun Baru CinaMenerusi satu hantaran di Facebook miliknya, beliau mencoretkan 10 sebab mengapa Touch ‘n Go wajib dihapuskan oleh kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Banyak-banyak monopoli, monopoli Touch n Go lah perkara nombor wahid, kerajaan perpaduan PMX wajib hapuskan,” tulisnya sebelum menyenaraikan 10 sebab kenapa Touch N Go wajib dihapuskan.
Ini adalah 10 sebab yang disenaraikan oleh Mutalib Uthman menerusi entri Facebook miliknya:
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa setuju selain ruangan tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet lain mengenai sistem yang dikatakan ‘menyusahkan’ pengguna jalan raya. Majoriti pengguna menyifatkan sistem ini tidak cekap dan gagal mengikut peredaran zaman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Foto Media Mulia & Facebook Mutalib Uthman