Begitulah bernilainya hadiah utama yang sedang menjadi rebutan 32 orang peserta pertandingan ratu cantik Miss Universe Philippines 2022 pada malam keramatnya, 30 April ini.
Bertempat di acara gala fesyen ‘The Ultimate Reigns’ semalam, penganjur pertandingan akhirnya mendedahkan rekaan terbaru tiara bagi wakil Filipina bersama jenama berangan kemas mewah antarabangsa, Jewelmer.
Menariknya, ini merupakan rekaan tiara kedua dalam tempoh tiga kali edisi Miss Universe Philippines di bawah kepimpinan baru Pengarah Kebangsaan, Shamcey Supsup-Lee (juga merupakan wakil Miss Universe Philippines 2011) dilangsungkan.
Bercakap lebih lanjut tentang tiara terbaru ini, Shamcey berkata ia dinamakan sebagai La Mer En Majeste atau Lautan Keagungan (Sea of Majesty) disebabkan oleh keindahan serta kepentingan kawasan laut di sekeliling Filipina buat penduduk negara itu.
Ads
Ia merupakan satu penghargaan buat lautan mereka yang terdiri daripada pelbagai anugerah yang dikurniakan untuk penduduk Filipina meneruskan kehidupan. Elemen terpenting tentulah butiran mutiara keemasan ‘South Sea’ yang merupakan salah satu kebanggaan rakyat di sana dan menjadi dambaan ramai golongan VIP.
Bukan hanya tampak mewah, ia juga mempunyai makna yang cukup mendalam di mana ia merupakan simbol kepada hubungan harmoni di antara manusia dan alam semulajadi. Lantas, ia mewakili semangat setiap rakyat Filipina dalam meneruskan kehidupan dan ingin membanggakan negara tercinta di peringkat antarabangsa.
Ads
Tiara La Mer En Majeste ini turut dihiasi dengan butiran berlian yang menjadi simbol kepada senyuman mesra rakyat di sana.
Pada malam kemuncak Miss Universe Philippines pada 30 April kelak, salah seorang daripada 32 pesertanya akan dimahkotakan dengan tiara La Mer En Majeste ini oleh ratu terkini iaitu Beatrice Luigi Gomez.
Ads
Tambah menarik apabila edisi kali ini akan menyaksikan empat orang bekas pemenang Miss Universe dijemput bagi memeriahkan acara. Pia Wurtzbach (Miss Universe 2015 dari Filipina), Iris Mittenaere (Miss Universe 2016 dari Perancis) dan Demi-Leigh Tebow (Miss Universe 2017 dari Afrika Selatan) akan menggalas tugas sebagai hos acara. Sementara itu, juara terkini Miss Universe 2021 iaitu Harnaaz Sandhu dari India akan bergelar salah seorang daripada juri yang dilantik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasaan ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak perempuannya membawa nama keluarga dan harapan peminat tempatan serta antarabangsa di pentas pertandingan.
Buat Veena Kaur yang merupakan ibu kepada Ajunee Kaur, peserta pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022 yang baru sahaja melabuhkan tirainya 7 Oktober lalu; perasaan kagum berbekas dalam hatinya setelah melihat gadis berusia 20 tahun itu melakukan sehabis baik pada malam gala tersebut.
Ajunee yang merupakan peserta harapan peminat dunia ratu cantik untuk membawa pulang gelaran tersebut terpaksa akur dengan kedudukan naib juara daripada 13 finalis yang bertanding sekaligus memadamkan impian khalayak untuk menyaksikannya mewakili Malaysia di New Orleans, Amerika Syarikat untuk pertandingan Miss Universe.
Bercakap kepada Veena selepas sidang media pada malam tersebut, beliau meluahkan rasa bangganya terhadap kerja keras serta persembahan keseluruhan Ajunee sejak hari pertama dia melangkah kaki di sesi uji bakat Miss Universe Malaysia 2022.
Menariknya, Veena pada peringkat tidak begitu ‘berkenan’ dengan keinginan anak gadisnya itu untuk menyertai sebuah pertandingan ratu cantik tatkala sibuk bergelar siswazah tathun kedua dalam jurusan perundangan di United Kingdom.
“Dia seorang ‘individual’. Keputusan menyertai pertandingan ini adalah di atas keinginannya sendiri. Pada awalnya, saya juga khuatir sekiranya dia akan melupakan pengajian selepas sibuk bertanding. Namun kakaknya memberitahu saya untuk meletakkan kepercayaan kepada Ajunee dalam menyeimbangi pelajaran dengan dunia ratu cantik.
“Ajunee telahpun berehat daripada pengajiannya selama setahun. Dia sepatutnya pulang ke United Kingdom pada bulan lalu namun perlu mengenepikannya dahulu demi fokus sepenuhnya pada pertandingan.
“Saya rasakan Ajunee telah memberi bermacam-macam usaha demi pertandingan ini dan tentunya, kami sekeluarga amat bangga dengannya,” kata yang juga bertugas sebagai seorang anak kapal di sebuah syarikat penerbangan terkenal di Hong Kong.
Ingin Bertanding Sekali Lagi?
Berdasarkan kata-kata semangat yang membanjiri ruang komen akaun media sosial Ajunee Kaur, ramai jelas ingin menyaksikan Ajunee kembali bersaing dalam dunia ratu cantik memandangkan kaliber yang dimiliki serta usia muda yang melayakkannya.
Begitupun, Veena merasakan anaknya kini mempunyai matlamat berbeza selepas ini dalam kehidupannya.
“Saya benar-benar bangga dengannya, mungkin takdir sedang merancang sesuatu yang lain buatnya. Namun saya difahamkan ini (Miss Universe Malaysia) merupakan satu-satunya pertandingan ratu cantik yang ingin disertainya. Selepas ini, saya percaya dia hanya ingin fokus pada pelajarannya,” dedahnya.
Penulis kemudian bertanyakan sekiranya Ajunee mempunyai perancangan untuk merebut semula peluang bergelar wakil Malaysia. Begitupun, ini adalah jawapan Veena.
“Saya rasakan tidak. Saya agak pasti yang dia tidak akan (menyertai dunia ratu cantik lagi). Saya kenal anak perempuan saya, ini mungkin yang pertama dan yang terakhir,” sebelum menyambung dalam nada sedikit sebak :
“Agak sukar untuk saya gambarkan. Benar, dia telah menjadi ‘mega favourite’ dalam kalangan peminat tempatan dan antarabangsa. Saya lihat ada dari Indonesia, Filipina.. dan saya rasakan ramai yang turut kecewa (setelah keputusan diumumkan).”
“Saya nampak banyak yang telah Ajunee pelajari dan pada masa yang sama, telah berkorban masa rehat dan bersama rakan-rakannya. Kami amat berbangga dengannya,” tinta Veena.
Kata-Kata Ajunee Kaur
Dalam pada itu, Ajunee sewaktu sidang media Miss Universe Malaysia 2022 tidak melepaskan peluang mengucapkan penghargaannya di atas kasih sayang dan sokongan yang telah diberikan peminatnya sepanjang perjalanan ini.
“Semasa saya berada di atas pentas, teriakan anda.. saya rasakan seperti seorang ratu sebenar. Selagi saya telah membanggakan anda semua di Miss Universe Malaysia, itu saja yang penting untuk saya.
“Saya sentiasa mempercayai budaya positif, saya percaya ‘universe’ mempunyai perancangan yang lebih baik untuk saya. Kita lihat ke mana takdir akan membawa saya selepas ini,” komennya secara ringkas.
Adakah korang rasakan Ajunee Kaur wajar kembali menyertai pertandingan ratu cantik yang dianjurkan di Malaysia selepas ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah jerawat bukan saja menjadi mimpi buruk buat golongan wanita, malah lelaki pun boleh jadi stres kalau satu muka penuh ditumbuhi jerawat. Jadi, apa yang boleh kita buat? Ikhtiar.
Macam mana nak buat?
Ini adalah antara salah satu kaedah yang dikongsi oleh Nauf Safuan untuk kecutkan jerawat dengan hanya menggunakan toner timun.
Toner timun mampu mengelakkan jerawat merebak di bahagian muka dan jika dipakai pada waktu malam, keesokan paginya insyaAllah jerawat tersebut segera mengecut.
Bagi mereka yang mempunyai masalah pori besar, toner ini membantu untuk mengecilkan pori dengan penggunaan secara konsisten. Untuk kulit berminyak pula, boleh perahkan sedikit lemon dan lemon tersebut akan menyerap minyak pada wajah.
Berikut merupakan bahan dan cara penyediaan toner timun yang boleh korang buat sendiri di rumah.
Bahan-bahan:
½ timun
½ lemon
Penapis air
Penyagat
Cara penyediaan:
1. Sagat timun dan asingkan air timun tersebut dengan hampasnya.
2. Ambil air timun, campurkan dengan perahan lemon. Khas untuk kulit berminyak saja. Kalau tak berminyak, tak perlu guna lemon.
3. Masukkan dalam botol. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Toner timun ini boleh bertahan sehingga dua minggu kalau simpan di dalam peti ais.
4. Pakai sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada sebelah malam sebelum tidur.
Lakukan secara konsisten, insyaAllah selepas ini tak perlu lagi risau tentang masalah kulit berjerawat.
Selamat mencuba guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka sebenarnya posisi tidur boleh memainkan peranan dalam mengurangkan sedikit rasa sakit yang dialami oleh seseorang individu itu.
Public Health Malaysia telah pun berkongsi sedikit info berkaitan dengan posisi tidur dan kesihatan, serta tip posisi tidur yang terbaik untuk masalah atau penyakit tertentu.
Jom kita lihat antara posisi tidur yang dinyatakan.
1. Tidur atas perut
Ada masalah tidur? Jika ya, posisi tidur seperti ini akan menjadikan tidur korang lebih teruk, gelisah, sakit leher dan sakit belakang
2. Posisi terbaik untuk Gerd
Bagi individu yang mengalami penyakit Gerd, iaitu gangguan penyakit pencernaan yang kronik, korang boleh tidur secara mengiring ke kiri seperti dalam gambar
3. Posisi cegah kedut muka
Ha jangan tak tahu, posisi tidur juga boleh main peranan untuk mencegah kedut pada muka. Jangan tidur tiarap muka dekat bantal, sebaliknya tidur telentang untuk awet muda
4. Sakit belakang, bahu dan leher
Korang boleh letak bantal di kaki. Kedudukan bantal perlu seimbangkan kaki dan kaki yang diatas takkan menarik otot dibelakang
5. Perempuan mengandung
Mengiring ke kiri baik untuk ibu dan bayi, serta lebih darah dan nutrien kepada bayi
6. Mengiring (tangan ke depan)
• 13% tidur dalam posisi ini
• Bagus untuk yang sesak nafas bila berdengkur
• Tapi tidak bagus jika ada sakit sendi arthritis
Selain itu, posisi tidur yang disarankan juga adalah secara mengiring (tangan ke bawah, fetus position), posisi freefall (tidur meniarap dan tangan memeluk bantal) dan tidur secara terlentang.
Selepas ini jika korang mengalami gangguan kesihatan seperti yang dinyatakan, bolehlah mencuba posisi tidur yang sesuai dengan masalah/penyakit yang dialami. Tak salah sekiranya kita cuba berikhtiar kan?
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...