Muzik Dangdut Jadi Pilihan Upin & Ipin, Catat Lebih 1 Juta Tontonan Dalam 24 Jam

Share

Ya, muzik dangdut bukan benda yang asing lagi bagi masyarakat Malaysia.

Terbaru, animasi popular Upin dan Ipin tampil kelainan apabila video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’ membawa genre ini.

Menariknya, video yang dimuat naik pada 3 Ogos lalu di laman YouTube mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih lebih satu juta tontonan hanya dalam tempoh 24 jam sahaja. Wow!

Semasa artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mencatat lebih 2.6 juta tontonan.

Pada masa yang sama, tanda pagar #goyangupinipin turut menjadi sebutan dalam kalangan pengguna media sosial. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi cabaran (challenge) yang kini sedang tular di aplikasi TikTok.

Namun begitu, ada segelintir peminat yang mempersoalkan mengapa irama dangdut dipilih memandangkan Malaysia sendiri mempunyai pelbagai irama tradisi yang boleh diketengahkan.

Walau bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa ia mungkin merupakan strategi pihak penerbit dan produksi dalam memperkukuhkan jenama Upin & Ipin di negara seberang.

Published by
Ruziana Zainal