Muzium Aiskrim Tarikan Terbaru Di Singapura, Wajib Pergi Lepas Sempadan Negara Dibuka

Share

Sedikit demi sedikit pusat pelancongan di beberapa buah negara sudah pun dibuka untuk kunjungan orang awam. Di saat rakyat Malaysia masih belum dibenarkan untuk menyeberangi sempadan negara, nampaknya kita terpaksa melihat saja foto-foto menarik yang diambil oleh remaja di negara jiran, Singapura di sebuah tarikan baru di sana.

Perkenalkan, muzium AISKRIM di Dempsey yang akan mula dibuka pada Ogos ini. Walaupun bergelar muzium, tapi korang tak akan bosan bila berada di lokasi ini kerana korang tidak akan menemukan sebarang pameran atau susunan barang-barang antik atau artifak.

Sebaliknya yang ada di Muzium Aiskrim tersebut adalah permainan dan hiasan moden bertemakan warna pink dan warna-warni pelangi, serta sangat cantik untuk dijadikan sebagai background bergambar di Instagram!

Muzium Aiskrim seluas 60,000 kaki persegi itu mempunyai 14 tarikan utama yang disediakan khas untuk para pengunjung terutama golongan kanak-kanak.

Antara yang menarik adalah ‘hutan’ yang diisi dengan 10,000 pisang dan kolam taburan hiasan aiskrim berwarna-warni yang terbesar setakat ini.

Kapasiti muzium tersebut boleh memuatkan maksimum 200 pengunjung pada satu-satu masa. Muzium yang mula ditubuhkan di New York pada tahun 2016 ini sering mendapat sambutan hangat daripada pengunjung apabila tiketnya habis terjual dengan sangat cepat di Los Angeles,San Francisco dan Miami.

Sama keadaannya di Singapura, walaupun muzium itu hanya mula dibuka 2 bulan lagi namun tiketnya telah habis terjual dalam tempoh hanya 48 jam, menerusi tempahan secara online di laman web muzium berkenaan.

Tiket dijual bermula dari $38 atau RM118 seorang di laman web ini. Muzium Aiskrim ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 9 malam pada hari Khamis hingga Ahad.

Tak sabarnya nak melihat muzium aiskrim pertama yang dibuka di luar Amerika Syarikat ini!Harap-haraplah rakyat Malaysia dibenarkan untuk menyeberang sempadan tak lama lagi.

Sumber: The Straits Times & Kredit Gambar: MUSEUM OF ICE CREAM SG

Published by
Nana