Ramai yang sudah tahu tentang pengenalan single pertamanya, ‘Abang Nak Tegur’ yang turut menampilkan seorang lagi bintang viral sensasi, Nur Sajat.
Sebelum ini Dato’ Sri Aliff bersama KRU Music telah mengeluarkan dua buah video YouTube lagu tersebut. Yang pertama merupakan muzik video yang menampilkan lirik dalam rekaan typography menarik dan yang kedua dikenali sebagai ‘Abang Nak Tegur 2.0’ menampilkannya bersama isteri tercinta, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid.
Apa yang menghairankan kedua-dua buah video tersebut mendapat maklum balas atau respons yang sangat berbeza. Menerusi muzik video pertama, ia mendapat jumlah like lebih 45 ribu manakala jumlah dislike dalam jumlah jauh lebih tinggi iaitu hampir 350 ribu.
Dalam muzik video yang menampilkan isteri Dato’ Sri Aliff pula mendapat sambutan jauh lebih positif di mana ia turut menjadi video YouTube trending nombor 1 di Malaysia selama beberapa minggu. Ia mendapat jumlah view sebanyak hampir 5 juta dengan jumlah like 318 ribu dan jumlah dislike hanya 30 ribu.
Artikel Berkaitan: 4 Selebriti Pernah Terbang Ke Kota Paris, Jealous Tengok!
Dan semalam, KRU MUSIC menerusi YouTube rasmi mereka telah memuat naik muzik video berjudul ‘Abang Nak Tegur 3.0 – Aliff Syukri feat. Sajat & Shahida’. Sebelum video ini diperkenalkan ramai netizen sudah sedia maklum Dato’ Sri Aliff bersama Nur Sajat dan isterinya telah melakukan rakamannya di Sepanyol.
Dalam tempoh lebih kurang 24 jam ia diperkenalkan, muzik video ini mendapat respons yang agak mengecewakan. Sehingga kini ia telah mendapat jumlah view hampir 290 ribu dengan jumlah dislike sebanyak lebih 51 ribu (ketika artikel ini ditulis)! Menurut pemerhatian Remaja, banyak komen yang ditulis di situ memuji akan kualiti video yang bertaraf antarabangsa. Cuma rata-rata komen yang didapati menunjukkan netizen tidak berapa gemar akan gandingan antara Dato’ Sri Aliff dan Nur Sajat. Mengapa sebabnya kami sendiri pun kurang pasti.
Pada pendapat kamu mengapakan respons sangat ketara muzik video ‘Abang Nak Tegur 2.0’ vs ‘Abang Nak Tegur 3.0′? Mengapa respons netizen lebih positif memilih versi 2.0?
Selera peminat hiburan tanah air memang agak sukar untuk diramalkan. Walau apapun Remaja mumuji usaha yang dilakukan oleh Dato’ Sri Aliff untuk menghasilkan sebuah muzik video bertaraf antarabangsa. Semoga karier beliau akan terus maju jaya!