Ramai yang masih beranggapan kalau ingin berurusan di jabatan-jabatan kerajaan tak cukup sejam dua. At least kena cuti sehari atau paling mudah setengah hari. Kata orang lagi, banyak buang masa terutama urusan di kaunter.

Jika ada 10 kaunter tersedia, pasti hanya empat lima saja yang dibuka. Bukan saja masa menunggu lama dan tidak efisen, malah lenguh punggung dan habis  bateri baru urusan selesai (kejamkan statement dan tanggapan begini kerana bukan semua kaunter begini)

Walau pernah dikecam kerana lembap suatu ketika dahulu namun kini perkhidmatan di jabatan kerajaan mencapai taraf professional apabila lebih banyak jabatan mempermudahkan urusan orang ramai di mana permohonan boleh dibuat secara online  dan call (kata orang kalau boleh mudah buat apa susah-susahkan).

Bila urusan secara online diperkenalkan, semuanya jadi mudah dan di hujung jari, sesuai dengan situasi sibuk yang semua orang alami. Dalam erti kata lain, bos-bos bolehlah pantau anak buah kaki “temberang” kalau bagitau nak keluar sekejap membuat urusan di jabatan kerajaan. Hikz.

MYPHONE -IN! Cuma Call Untuk Ganti  MyKad & Cip Rosak, Tak Perlu Bersesak Di JPN Lagi
Urusan di Jabatan Pendaftaran Negara sentiasa sibuk dengan orang ramai yang membuat pelbagai permohonan

 

MYPHONE -IN! Cuma Call Untuk Ganti  MyKad & Cip Rosak, Tak Perlu Bersesak Di JPN Lagi
JPN memperkenalkan MYPHONE-IN bagi memudahkan urusan orang ramai berurusan dengan jabatan kerajaan ini. Call saja, nanti satellah!

Terkini, Jabatan Pendaftaran Negara telah memperkenalkan penukaran MyKad yang rosak dengan hanya call saja ke talian  di 03-88808066 bagi yang MyKad biasa  dan Cip/ Kad Rosak yang dinamakan MYPHONE – IN.

Fuhhh best! Tak perlu beratur lagi kalau nak kad pengenalan rosak atau cip bermasalah.

Ads

Antara syarat-syaratnya adalah KORANG MESTI WARGANEGARA MALAYSIA dan bayaran RM10  akan dikenakan ketika pengambilan kad baru.

Pemohonan dan mengambil kad pengenalan ini hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri (bukan orang lain punya ya). Kalau korang masih di bawah umur 18 tahun, perlu ditemani ibu/ ayah atau penjaga yang sah semasa membuat kutipan.

Hah! Senangnya! Kalau nak tahu lebih lanjut boleh saja call JPN di bahagian  khidmat pelanggan JPN di 03-88807077. Tapi aplikasi secara online turut diperkenalkan oleh JPN dan ia bukanlah baru.

MYPHONE -IN! Cuma Call Untuk Ganti  MyKad & Cip Rosak, Tak Perlu Bersesak Di JPN Lagi
Masuk laman web tu https://mykadganti.jpn.gov.my untuk urusan gantian kad rosak, gantian cip rosak, gantian naik taraf cip dari 32K/64k ke 80 K dan gantian kehilangan (kali pertama)

#InfoQJPN, satu aplikasi boleh tahu berapa ramai que

Ads

Selain mempermudahkan urusan orang ramai menukar MyKad dan cip/kad rosak, Jabatan Pendaftaran Negara turut memperkenalkan #InfoQJPN di mana korang sebenarnya boleh merancang masa yang sesuai jika ada urusan di JPN.

Maklumlah cuti-cuti sekolah niekan, semua mahu selesaikan urusan masing-masing. Tapi melalui aplikasi #InfoQJPN ni korang boleh tahu berapa ramai sedang menunggu giliran.

Berikut adalah info yang korang perlu tahu!

Anda boleh merancang kunjungan anda ke JPN dengan memuat turun aplikasi #InfoQJPN . Aplikasi ini dapat memberikan maklumat bilangan pelanggan yang menunggu di satu-satu Pejabat JPN bagi mengelakkan pelanggan menunggu lama;

Ads

Sekiranya urusan anda dikaunter merupakan urusan gantian Kad Pengenalan yang tidak bermasalah, anda boleh menggunakan kemudahan sistem gantian atas talian (https://mykadganti.jpn.gov.my) atau MyPhoneIn (Talian Hotline: 03-8880 8066);

JPN ada menyediakan kaunter perkhidmatan khas bagi pelanggan kami di bawah kategori warga emas, Orang Kurang Upaya dan ibu mengandung sekiranya datang berurusan di JPN. Petugas kaunter kami akan menawarkan pelanggan kategori ini ke kaunter khas yang disediakan.

MYPHONE -IN! Cuma Call Untuk Ganti  MyKad & Cip Rosak, Tak Perlu Bersesak Di JPN Lagi
Korang boleh rancang masa ke JPN dengan masuk ke aplikasi ini

MYPHONE -IN! Cuma Call Untuk Ganti  MyKad & Cip Rosak, Tak Perlu Bersesak Di JPN Lagi

Sumber : JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI