BERKONGSI KISAH REALITI DI SEBALIK MISI BREAKING THROUGH MILIKNYA.
Usai berlabuh tirai pencarian Dewi Remaja 2019, barulah ‘pertandingan’ sebenarnya bermula.
Begitulah gambaran yang diberikan oleh pelakon, model dan pengacara baharu, Myra Natasya sepanjang tiga tahun pembabitannya dalam industri seni hiburan tempatan. Pertemuan saya dengannya pada hari tersebut berlangsung sama seperti sewaktu saya mula mengenalinya di bilik uji bakat pencarian Dewi Remaja 2018/2019 – masih kekal dengan keceriaan, gelak tawa sewaktu berborak. A conversation with her will always run smoothly like a butter.
Ya, Myra pernah mencuba nasib untuk menempatkan dirinya sebagai finalis Dewi Remaja sebanyak dua kali. Kali pertama pada edisi 2018/2019 di mana dia hadir sebagai newcomer yang mendambakan peluang. Dan apabila Myra kembali ke bilik uji bakat untuk edisi, kali ini dirinya bersedia untuk menggapai impian yang telah lama terbuku dalam diri.
Begitupun, perjalanan Myra di pencarian Dewi Remaja 2019 tidak berkekalan selama yang diharapkan apabila namanya diumumkan sebagai peserta pertama meninggalkan pertandingan. Peristiwa tersebut masih jelas di minda kami berdua, sewaktu saya (dan juri tetap, Scha Alyahya) cuba untuk memberikan kata-kata semangat buat Myra.
“Sebaik pulang saja daripada set penyingkiran, saya telah rakamkan video buat tontonan sendiri pada masa akan datang. Dalam video tersebut, saya berjanji kepada diri saya.. setahun dari tarikh itu, saya akan menjadi ‘lain’. (Sebak) Sebab saya orang pertama yang tersingkir, saya tidak sempat untuk buktikan apa-apa pun.
“Jadi saya beritahu kepada diri sendiri, saya harus buktikan bahawa saya sememangnya layak menjadi sebahagian daripada 12 orang finalis Dewi Remaja 2019,” kongsi pemilik nama penuh Yusmyra Natasha binti Abdullah ini.
Apa yang membuatkan penyingkiran Myra Natasya lebih beremosi adalah disebabkan sokongan tidah berbelah bahagi yang hadir daripada keluarganya, terutama ibunya sendiri yang sekian lama sudah mengekor rapat pencarian Dewi Remaja musim demi musim. Malah satu ketika dahulu, beliau pernah bercita-cita untuk menyertainya namun harapan berkubur apabila tidak berkesempatan.
“Perkara yang ibu saya tak dapat, saya yang perlu lakukan untuknya. She has always wanted to join Dewi Remaja. Bila Myra diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir, apa yang saya fikirkan adalah ‘Macam mana hendak bagi tahu dia..?’ ”
“Bukan mudah menjadi peserta pertama yang disingkirkan; saya pasti mana-mana peserta program realiti yang pernah berada pada posisi sama akan dibelenggu igauan sama. Saya pernah terfikir, ‘adakah saya tidak cukup bagus?’ “
“Tetapi Alhamdulillah, keluarga terus berikan dorongan untuk meneruskan minat and.. here I am. Bak kata ibu, impian tidak harus terhenti di situ. Kita sendiri perlu keluar mencari rezeki. Saya tidak membuang masa dan terus menghantarkan video uji bakat ke beberapa buah produksi (sebaik meninggalkan vila Dewi). Saya perlu terus berusaha demi mencedok peluang bagi kerjaya sendiri,” katanya.
Mengambil semangat daripada dorongan keluarganya, Myra melihat peristiwa itu dari sudut positif. Baginya, saingan tidak berakhir setakat di pencarian Dewi Remaja tetapi ‘pertandingan’ sebenar bermula setelah program tersebut tamat. Kini, dia perlu bersaing pula dengan sekelompok pendatang baharu yang sedang menapak di dalam industri seni hiburan demi secebis peluang dan rezeki pekerjaan.
“Honestly pada awalnya, saya ada juga merasa tertekan apabila melihat orang lain had something going dan saya masih di belakang. Tapi bila difikirkan kembali, tekanan seperti itulah yang memberikan semangat untuk saya terus melakukan yang lebih baik.
“Bagi saya, apabila seseorang bergelar finalis Dewi Remaja, dia mempunyai tanggungjawab menggunakan gelaran itu sebaik mungkin (kerana) orang lain (yang mencuba di sesi uji bakat) tidak dapat. Gelaran itu buatkan saya lebih berkobar-kobar untuk membuktikan bakat serta potensi.”
Perbualan kami terus ‘mengalir’ lancar seperti kebiasaan. Dari topik ke topik, mereka yang berada di studio pada hari itu turut selesa mendengar apa yang ingin Myra sampaikan.
Satu faktor yang membuatkan kami mudah bekerjasama adalah persahabatan yang terjalin sejak 2019; bukan hanya di antara kru dan Myra tetapi juga di antara dirinya dan finalis yang lain. Persahabatan itu katanya langsung tidak seperti yang dia sangkakan.
“Kita selalu dengar pergaduhan tercetus dalam pertandingan melibatkan peserta perempuan, namun Dewi Remaja 2019 berbeza. Sewaktu saya meninggalkan vila, bagi saya ia adalah satu momen yang sangat ikhlas di antara 12 orang Dewi. I was so touched, I felt so loved by everyone.
“Jujurnya, Dewi Remaja adalah tempat untuk anda mencipta a life long sisterhood yang akan anda hargai sampai bila-bila. Saya selalu beringat, daripada ratusan peserta yang mencuba; hanya beberapa orang saja yang mendapat peluang ini. Jadi, saya pasti ikatan dengan rakan seperjuangan ini akan berkekalan.”
Hari ini, Myra wajar berbangga dengan momentum yang telah dia bina atas kudrat, semangat dan usaha keras. Hari ini, Myra sudahpun lebih selesa mengorak langkah dan ini hanyalah satu permulaan bagi perjalanan yang masih jauh menanti.
Jika tiga tahun lalu, tidak terlintas di pemikirannya satu hari nanti dirinya akan dilantik sebagai pengacara program pendidikan berbahasa Melayu. Namun kini, dia lebih terbuka untuk mengasah sisi berlainan yang ada padanya sebagai seorang anak seni.
“Hari di mana saya dapat tanda tangan kontrak bersama program pertama saya di Sri Pentas, I just felt like I made it. Walaupun gelaran pengacara Didik TV mungkin nampak kecil di mata orang lain, it is a big achievement for me. Setiap hari memasuki set, saya bersyukur kerana Dewi Remaja memberikan peluang untuk saya mengejar impian yang tidak terjangkau di kepala.
“Bila kita amat inginkan sesuatu, you will naturally push yourself. Selagi anda fokus dan letak sepenuh jiwa serta harapan.. anda pasti akan mendapatnya.”
“Masih banyak yang perlu saya belajar, contohnya untuk bertutur dengan lebih baik dalam Bahasa Melayu. Skil komunikasi adalah kunci kepada masa depan saya dalam industri ini. Impian anda mungkin berbeza. Asalkan anda pasang impian dan bekerja keras, tiada apa yang mustahil untuk dicapai,” simpulnya sebagai penutup bicara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.