Penggunaan aplikasi MySejahtera untuk proses imbas masuk ke satu-satu kawasan telah diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia bagi menjejak penyebaran wabak pandemik yang sedang melanda negara ketika ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Catat Rekod! 700,000 Orang Daftar Aplikasi MySejahtera Dalam Tempoh Seminit
Aplikasi ini memang sangat membantu pihak kerajaan bagi mengenalpasti titik penyebaran COVID-19 serta langkah pencegahan untuk mengawalnya di lokasi tersebut dengan lebih efisen.
Terbaharu, aplikasi ini ditambah baik dengan kewujudan Kiosk Bantuan MySejahtera dalam bentuk fizikal. Buat permulaan, kiosk ini dibuka untuk penduduk sekitar Lembah Klang. Tujuan kiosk tersebut diadakan supaya dapat membantu orang ramai yang mempunyai masalah atau pertanyaan mengenai aplikasi tersebut.
Menurut ciapan rasmi MySejahtera, kiosk ini hanya menawarkan bantuan penyelesaian terhadap isu-isu di aplikasi MySejahtera kecuali daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri. Manakala Kiosk Bantuan MySejahtera untuk PPV industri pula akan diumumkan pada satu tarikh yang ditetapkan kelak.
Kiosk Bantuan MySejahtera akan dibuka pada hujung minggu nanti. Ayuh kepada pengguna aplikasi MySJ yang mempunyai masalah/pertanyaan terhadap aplikasi ini, anda boleh melawat kiosk bantuan MySJ.
Sila rujuk infografik di bawah. #mysejahteratrace #mysejahtera #reopeningsafely pic.twitter.com/lGygGCYx14
— MySejahtera (@my_sejahtera) February 17, 2022
Sebagai permulaan, kiosk ini hanya dibuka pada hari hujung minggu di dua lokasi sahaja bermula 19 Februari sehingga 13 Mac untuk World Trace Centre (WTC) Kuala Lumpur dan 26 Februari sehingga 6 Mac yang bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.
Mohon maklum, disebabkan sambutan yang menggalakkan, nombor giliran hari ini untuk kiosk bantuan MySejahtera WTCKL telah habis dikeluarkan. Sila hadir pada tarikh seterusnya. Sebarang kesulitan dikesali. Terima Kasih. pic.twitter.com/6xQIlH23rh
— MySejahtera (@my_sejahtera) February 19, 2022
Mengikut laporan, kiosk tersebut diserbu orang ramai dan ternyata mendapat sambutan orang ramai pada hari pertama beroperasi apabila nombor giliran sudah pun habis dikeluarkan sebelum tengahari. Fuhh…
Wah, macam menarik…kalau korang yang ada masalah berkenaan isu-isu di aplikasi MySejahtera boleh diselesaikan dengan segera je.
BACA LAGI : Aplikasi MySejahtera Kini Tawar Fungsi Baharu Sijil Vaksinasi Dalam Format PDF
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.