Penggunaan aplikasi MySejahtera untuk proses imbas masuk ke satu-satu kawasan telah diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia bagi menjejak penyebaran wabak pandemik yang sedang melanda negara.
Aplikasi ini memang sangat membantu pihak kerajaan bagi mengenalpasti titik penyebaran COVID-19 serta langkah pencegahan untuk mengawalnya di lokasi tersebut dengan lebih efisen.
Terbaru, fungsi MySejahtera ditambah baik dengan membolehkan pengguna mengajukan aduan mereka kepada pihak berwajib dalam beberapa langkah mudah.
Ads
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkongsi perkara itu melalui Twitter beliau, yang turut disertai klip video pendek menunjukkan cara aduan dibuat.
Aplikasi MySejahtera kini dilengkapi dengan butang baharu “Aduan” yang akan membawa pengguna ke halaman lain untuk mereka memilih jenis pelanggaran yang ingin mereka laporkan.
Ads
Ia menyenaraikan 4 pilihan:
Pelanggaran SOP untuk individu (tidak memakai topeng muka atau mematuhi jarak fizikal)
Pelanggaran oleh pengendali premis (kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan)
Pelanggaran perintah kuarantin
Isu lain
Pengguna kemudian diminta menanda lokasi tempat pelanggaran yang didakwa terjadi, sebelum memuat naik foto sebagai bukti. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini saya tidak kerap melayari media sosial seperti selalau sebab sakit hati baca content yang keluar. Kawan dan peminat menimbulkan kekasaran di antara satu sama lain, semuanya disebabkan oleh beberapa isu yang sangat kecil. Ini bukan Malaysia yang saya perjuangkan.
Bila saya bertemu Lin Dan pada tahun 2006 ketika Malaysia Open Final, saya menyangka saya akan kalah dengan markah 13-20. Tidak mustahil. Terhadap lelaki yang paling berbakat dengan defisit titik perlawanan 7 mata, saya sudah memikirkan apa yang hendak dimakan untuk makan malam.
Saya terlampau penat dan sedih. Saya pandang kepada penonton. Melihat sokongan yang tak pernah pudar. Kemudian saya melihat seorang perempuan Melayu, umur dia mungkin dalam lingkungan 8 tahun dan dia kelihatan menggengam kedua-dua tangannya sambil menutup mata. Seperti dia sedang berdoa untuk saya.
Kemudian saya terlihat seorang perempuan berbangsa India, sedang menangis. Saya tidak pasti adakah dia menangis kerana saya, tapi saya menganggap ya.
Kemudian di bahagian lain, anak kawan saya, seorang budak lelaki yang berusia 10 tahun berbangsa cina sedang menjerit nama saya dengan sangat kuat sehingga pengadil meminta dia untuk menurunkan suara.
Ya seluruh Malaysia berdoa untuk saya menang.
Saya tahu saya tidak boleh mengalah. Seluruh Malaysia berdoa untuk saya menang. Malaysia yang terdiri daripada kawan, Ah Ne, dan Heng Dai. Malaysia yang berwarna warni. Malaysia yang di mana saya saya boleh makan roti canai untuk sarapan pagi, Nasi Lemak untuk makan tengahari dan Char Kuew Teow untuk makan malam.
Kita rakyat Malaysia lebih baik daripada ini, kawan-kawan saya.
5 tahun yang lalu, terdapat laporan yang lucu dari seseorang yang mengatakan bahawa orang Cina Malaysia akan menyokong Lin Dan. Ia adalah perjuangan Lin Dan-Misbun. Yang pertama dan paling utama, siapa anda untuk katakan begitu ketika iman dan kesetiaan tidak menjadi tanggungan anda. Kedua, sebagai rakyat Malaysia yang kenal dua pemain ini, sudah tentu saya menyokong Misbun. Misbun adalah abang saya, Lin Dan tidak. Misbun menang, negara saya gembira, semua orang gembira, mungkin mendapat cuti. Jika Lin Dan menang, apa gua dapat?
Kami rakyat Malaysia lepak sekali, mamak sekali, menjaga satu sama lain tak kira kaum. Kami bersorak untuk negara kita Malaysia. Adakah kita akan menghentikan semua ini kerana satu suara rawak dari bangunan itu?
Jangan biarkan isu-isu kecil seperti Dong Zong Nor Khat memisahkan kita,
Jangan biarkan orang yang kecil menyebarkan kebencian kaum dan menewaskan kita
Jangan biarkan orang insentif menarik hidung kita daripada kewarasan kita
Jangan biarkan anasir jahat (dari kaum Cina, India dan Melayu) mengalahkan negara kita, rakyat kita.
Apabila Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992, Punch Gunalan adalah pengurus pasukan, Razif adalah Kapten, Rashid adalah yang paling berbakat, Kok Keong adalah pejuang dan Beng Kiang menyampaikan pukulan pemenang. Ia adalah Malaysia yang indah, pelbagai kaum. Jangan bunuh ia.
Happy birthday soon, Tanah tumpahnya darah ku. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah lebih setahun tergendala, akhirnya Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun sedang mengadakan upacara pembukaannya secara langsung.
Seperti dijangka, Jepun melakukan yang terbaik bagi mengalu-alukan para atlet dan delegasi setiap negara yang bertanding pada kali ini. Biarpun ia tidak segah upacara pembukaan edisi terdahulu kerana Jepun sendiri ingin menghormati musim pandemik Covid-19 yang masih berleluasa di seluruh dunia. Namun ia tetap dirancang secara teliti – Japanese style.
Belum sempat pun lagi untuk kita menyaksikan upacara tersebut, khabarnya satu berita kurang enak telah dilaporkan. Pengarah persembahan upacara pembukaan pada kali ini, Kentaro Kobayashi telahpun dipecat oleh pihak penganjur hanya SEHARI sebelum ia bermula!
Semuanya gara-gara klip lama dari era 1990-an yang kembali muncul dan tular. Dalam klip tersebut, Kentaro dilihat sedang bergurau mengenai pemusnahan kaum besar-besaran ataupun ‘holocaust semasa beliau mempersembahkan sebuah sketsa komedi 23 tahun yang lalu.
Holocaust di sini merujuk kepada pemusnahan kaum yang dilakukan oleh Nazi ke atas anggota masyarakat yang tidak berdosa.
Dalam sketsa tersebut, Kentaro ditemani oleh rakannya dan mereka membawakan watak penghibur kanak-kanak. Dia merujuk kepada patung kertas yang ada dalam sketsa itu dan berkata ia adalah patung yang digunakan mereka semasa bermain ‘Holocaust’. Walaupun ia adalah klip lama, Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga menggambarkannya sebagai “teruk dan tidak boleh diterima sama sekali’.
Dalam kenyataan rasminya, Kentaro menerima keputusan pemecatannya itu dengan perasaan reda dan memahami bahawa sebarang bentuk hiburan tidak perlu membuatkan mana-mana pihak tidak selesa.
“Saya faham pemilihan perkataan saya pada waktu itu adalah bodoh dan saya menyesalinya,” ulas Kentaro.
Kontroversi terbaru ini sekaligus menjadi sebahagian daripada beberapa lagi kontroversi yang telah melanda Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Terdahulu pada minggu ini, seorang komposer berhenti daripada pasukan pemuzik upacara pembukaan hari ini selepas kisahnya yang pernah membuli rakan sekelas yang kurang upaya di sekolah dahulu dibongkarkan. Selain itu, Jepun juga memutuskan untuk tidak membenarkan penonton dalam arena stadium disebabkan kes COVID-19 yang semakin memuncak di Tokyo.
Lagi kisah tentang bahana bermain Tik Tok, tiga orang wanita diburu polis kerana merakam video TikTok di tengah jambatan Suramadu, Surabaya Indonesia.
Ketiga-tiga mereka diburu polis selepas tularnya video menari yang diiringi lagu Hindustan tersebut menjadi viral di aplikasi Tik Tok melalui akaun @naylaraisa2003.
Dalam video viral itu dilihat tiga orang wanita yang berstatus ibu itu mengenakan baju, hijab dan kasut seragam berwarna kuning. Mereka melakukan aksi tersebut di jambatan Suramadu yang menghubungkan antara Surabaya dan Madura.
Namun begitu, terdapat peraturan yang melarang orang awam berhenti di jambatan tersebut dan menurut kompas.com, mereka bertiga telah pun didenda sebanyak 500,000 rupiah (RM148) kerana disabitkan atas kesalahan melanggar peraturan lalu lintas.
Polis Pelabuhan Tanjung Perak Surabaya Achmad Faisol Amir sebelum ini meminta agar ketiga-tiga wanita yang terbabit dalam penghasilan video berkenaan memohon maaf.
Jelasnya lagi, tindakan itu dilakukan bagi memberi pengajaran kepada orang awam yang memberhentikan kenderaan di tengah jambatan secara sengaja.
Pesalah telah pun membuat surat permohonan maaf atas kesalahan yang membahayakan dan turut didenda.
Nah, nak sangat viral agaknya akhirnya memakan diri sendiri!
Korang semua kalau nak rakam video Tik Tok pun janganlah sampai menyusahkan pihak lain Palinh penting, jaga keselamatan diri. Kalau dah buat tepi jalan tu kan dah bahayakan diri sendiri.
Kalau dulu di majlis kahwin dah jadi kebiasaan apabila para tetamu yang hadir diberikan bunga telur sebagai 'Goodies' atau cenderahati daripada pihak pengantin.ARTIKEL BERKAITAN ...