MySejahtera Kini Dilengkapi Butang ‘Aduan’, 4 Jenis Pelanggaran SOP Boleh Lapor

Share

Penggunaan aplikasi MySejahtera untuk proses imbas masuk ke satu-satu kawasan telah diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia bagi menjejak penyebaran wabak pandemik yang sedang melanda negara.

Foto Via Astro Awani

Aplikasi ini memang sangat membantu pihak kerajaan bagi mengenalpasti titik penyebaran COVID-19 serta langkah pencegahan untuk mengawalnya di lokasi tersebut dengan lebih efisen.

Terbaru, fungsi MySejahtera ditambah baik dengan membolehkan pengguna mengajukan aduan mereka kepada pihak berwajib dalam beberapa langkah mudah.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkongsi perkara itu melalui Twitter beliau, yang turut disertai klip video pendek menunjukkan cara aduan dibuat.

 

Aplikasi MySejahtera kini dilengkapi dengan butang baharu “Aduan” yang akan membawa pengguna ke halaman lain untuk mereka memilih jenis pelanggaran yang ingin mereka laporkan.

Ia menyenaraikan 4 pilihan:

  1. Pelanggaran SOP untuk individu (tidak memakai topeng muka atau mematuhi jarak fizikal)
  2. Pelanggaran oleh pengendali premis (kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan)
  3. Pelanggaran perintah kuarantin
  4. Isu lain

Pengguna kemudian diminta menanda lokasi tempat pelanggaran yang didakwa terjadi, sebelum memuat naik foto sebagai bukti. Selamat mencuba!

Published by
Nana