Aktor tampan, Nabil Aqil terkejut selepas mengetahui bahawa bapa tercintanya, Ahmad Zaidi Masri, telah membina sebuah rumah kayu kampung yang dianggarkan bernilai lebih RM500,000 di Kuang, Sungai Buloh, khusus untuk majlis persandingannya kelak.
Menurut Nabil yang membesar di bandar, dia memang sudah lama mempunyai impian untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam suasana kampung. Namun, dia tidak menyangka bapa tercinta akan membina sebuah rumah khas untuk impian tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Aqil Tumpang Gembira Lihat Adik Bahagia -“Imran Memang Layak Untuk Ada Puteri Dalam Hidupnya”
Namun begitu, Nabil mengakui bahawa dia masih belum menemui calon isteri yang sesuai untuk merealisasikan impian tersebut.
Bapa Nabil, turut berkongsi mengenai rumah kayu tersebut yang asalnya dibina pada tahun 1928 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Rumah tersebut dipindahkan dengan penuh teliti menggunakan teknik tanggam tanpa menggunakan paku.
Tambahnya lagi, memandangkan Nabil masih belum mempunyai calon isteri, rumah yang diberi nama Rumah Kayu 1928 itu, kini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk majlis eksklusif seperti perkahwinan, sambutan hari lahir, dan acara korporat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.