Gaya Hidup

Nabil Aqil Tumpang Gembira Lihat Adik Bahagia -“Imran Memang Layak Untuk Ada Puteri Dalam Hidupnya”

Share

Pelakon, Nabil Aqil mengakui tidak tertekan apabila dirinya diajukan soalan berkenaan dengan jodoh, selepas adiknya yang juga pelakon, Imran Aqil selamat mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal pada September lalu.

Malah, bekas peserta Hero Remaja itu santai sahaja menjawab soal jodoh apabila ditanya. Katanya, dia hanya memberitahu masih tiada rezeki untuk mengikut jejak adik lelakinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

“Kali Ini Saya Beri Laluan Untuk Awak Dulu” -Imran Aqil Tumpang Bangga Isteri Berjaya Miliki Kereta Idaman

“Ya, ada. Tetapi tiadalah soalan yang tertekan sangat. Saya santai sahaja dalam menjawab segala pertanyaan mengenai jodoh. Saya cuma beritahu mereka masih tiada rezeki untuk semua itu.

“Saya akan menjawab sebegitu. Saya okay sahaja bila nak tanya soalan bila mahu berkahwin sebab adik saya pun baru selamat bergelar suami, pastilah mereka tertanya bila giliran saya pula.

“Tiada tekanan untuk saya, selagi ada kawan dan keluar saya okey sahaja dengan kehidupan yang sekarang,” katanya selepas sidang media drama terbaharu Viu, Anggun Mikayla.

Dalam pada itu, Nabil turut menzahirkan rasa syukur dan menumpang gembira apabila Imran selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya itu.

Dia juga tidak lepas peluang mendoakan yang terbaik buat pasangan merpati dua sejoli itu.

“Saya rasa amat bersyukur dan Alhamdulillah kerana adik saya itu saya kenal dia memang good boy. Selain dia memang layak untuk ada puteri dalam hidupnya.

“Lagi pun, dia kini sudah boleh mengawal segala perkara. Saya sangat bangga dan saya doakan yang terbaik buat adik saya,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Imran dan Dahlia selamat mendirikan rumah tanggal pada tanggal 10 September tahun lalu, selepas setahun mengikat tali pertunangan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Nabil Aqil

Published by
Fath