Nabil Pun Tak Tahu, Disember Bulan Terakhir Neelofa Bersama MeleTop

Share

Episod rancangan siaran langsung, MeleTop pada malam ini membawa berita yang amat mengejutkan.

Sejak 8 musim yang lalu, MeleTop tak gagal untuk mendapatkan rating yang bagus. Faktor utama yang mempengaruhinya tentulah disebabkan dua orang hosnya, Noor Neelofa dan Nabil Ahmad. Bukan senang ya gaiss

untuk mendapat gabungan chemistry seperti mereka berdua.

Namun pada malam ini, Neelofa telah membuat pengumuman mengejutkan apabila Disember 2019 bakal menjadi bulan terakhir Neelofa bersama team produksi MeleTop.

Malah sebentar tadi, Nabil mengaku dirinya tak tahu-menahu mengenai berita tersebut dan dia juga turut terkejut dengan pengumuman Neelofa ini.

*
Tentunya ramai peminat tegar Neelofa akan bersedih. Namun MeleTop ingin menjadikan keseluruhan bulan Disember ini lebih istimewa bagi pengacaranya itu. Sepanjang bulan ini, korang boleh memuat naik status & caption dengan hashtag #TanyaLofa dan #ThankYouLofa. Antara komen dan soalan yang menarik akan dibacakan semasa rancangan itu berlangsung bulan ini.

All the best Neelofa!

Published by
webadmin