Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menitipkan nasihat buat generasi muda agar mengutamakan pelajaran walaupun berhasrat untuk bergelar pempengaruh media sosial.
Kata penyanyi lagu popular Peluang Kedua itu, untuk bergelar pempengaruh bukanlah satu kesalahan tetapi harus mampu memberi manfaat kepada orang ramai juga.
“Mungkin ada sesetengah daripada anda yang merasakan pelajaran ini tidak penting, tak perlu ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan serta sudah tak sabar nak jadi influencer
dan sebagainya.ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali Puas Jadi Teratai & Tonjolkan Alter Ego Di Pentas TMSM4
“Bukan satu kesalahan menjadi seorang influencer tetapi pastikan mampu beri bermanfaat kepada orang-orang di luar sana.
“Gunakan platform itu sebaik mungkin tetapi jangan lupa, apa-apa yang kita buat pelajaran sangat penting,” tuturnya dalam sebuah video TikTok.
Nabila turut menegaskan agar sentiasa percaya bahawa ilmu mampu menjamin masa depan yang lebih cerah.
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Ulas Isu SPM Tak Penting -“Pendidikan Bentuk Kita Jadi Individu Yang Lebih Baik”
“Jangan lupa untuk terus belajar dan usah putus asa walau apapun keputusan yang kalian dapat. Kalian perlu yakin bahawa sedikit sebanyak ilmu itu akan membawa anda ke mana-mana nanti.
“Masa depan anda akan sangat cerah. Pentingkan pelajaran dulu dan jadikannya nombor satu,” katanya lagi.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila segelintir individu yang berbangga mendapat keputusan SPM yang kurang baik kerana merasakan perkara tersebut tidak penting selepas tamat tempoh persekolahan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.