Penyanyi dan pelakon popular, Nabila Razali selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada Isnin.
Berita gembira itu disahkan oleh wakil pengurusan NabilaRazali Enetrtainment yang memaklumkan bahawa ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.
Dalam pada itu, penyanyi lagu popular Peluang Kedua itu turut berkongsi rasa syukurnya selepas selamat bersalin.
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.
“Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan. Akhirnya, Allahkurniakan amanah ini buat saya dan suami.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberikan sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya dengan nada penuh rasa syukur dan terharu.
Bayi seberat 3.1 kilogram itu dilahirkan tepat jam 10.01 malam menerusi kaedah pembedahan.
Sekadar info, Nabila dan usahawan, Nik Iruwan melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
8 Pelakon Korea Yang Pandai Menari, Persis Kpop Idol
Isi Kandungan
ToggleSelebriti Korea antara yang mendapat perhatian seluruh dunia, tidak kiralah mereka yang bergelar penyanyi atau pelakon. Tidak dinafikan, industri muzik kpop diterima ramai, sehinggakan individu yang bukan berasal dari Korea juga boleh menghafal lagu-lagu artis kegemaran mereka.
Maka, tidak hairanlah sekiranya selebriti mereka mampu membuat persembahan tour di seluruh dunia, seperti kumpulan BTS, Blackpink dan ramai lagi.
Apa yang lebih menarik, selain lirik dan nyanyian, tarian mereka juga mengundang perhatian ramai. Rata-ratanya berbakat dalam tarian yang menjadikan persembahan mereka lebih ‘meletop’!
Namun begitu, bukan hanya penyanyi Korea sahaja yang pandai menari, ada diantara pelakon mereka juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang tarian ini.
Jom kita lihat antara pelakon Korea yang pandai menari.
1. Lee Jong Suk
2. Park Min Young
3. Lee Joon Gi
4. Park Shin Hye
5. Park Bo Gum
6. Kim So Hyun
7. Kim Min Jae
8. Kim Seul Gi & Ahn Hyo Seop
Korang boleh lihat video penuh dibawah:
Amacam, hebat tak? Boleh tahan juga kan mereka menari. Daebak!
Sumber: (1)
Jangan Pandang Belakang Dinding! Review Filem Behind The Walls
Ada beberapa faktor yang sangat penting untuk sebuah filem seram menjadi sebuah karya yang boleh diangkat sebagai sebuah filem yang baik. Pertama, ia perlulah mempunyai plot yang baik yang boleh buatkan kita sentiasa tidak senang duduk. Kedua, filem seram yang baik perlu ada babak-babak menakutkan tidak kiralah dari segi visual atau pun audio. Ketiga, ia perlu ada barisan pelakon yang baik disertakan dengan karakter yang dikembangkan agar kita ada rasa ambil berat terhadap mereka.
Bagi penulis, jika tiga perkara ini lengkap atau berada di tahap yang baik ia sudah cukup untuk meletakkan filem seram itu sebagai karya yang baik.
Agak sayang kerana ‘Behind The Walls’, filem yang diarahkan oleh dua adik-beradik iaitu James dan Jon Kondelik agak kekurangan tiga perkara di atas. Ia sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah filem yang menarik. Premisnya tentang sebuah keluarga baru berpindah ke sebuah rumah usang merupakan plot yang selalu kita jumpa dalam genre ini.
‘Behind The Walls’ mengisahkan Kathy Harper, seorang ibu tunggal yang membawa tiga orang anaknya iaitu Micahel dan pasangan kembar, Derry dan Kerry berpindah ke sebuah rumah baru disebabkan sebuah kejadian silam. Perpindahan yang tidak diceritakan dengan jelas itu turut dirahsiakan Kathy daripada anak-anaknya.
Namun apa yang mereka tidak tahu, rumah tersebut mempunyai ‘penunggu’ misteri yang berupa satu makhluk yang agak pelik. Pada awalnya kita tidak ditonjolkan dengan kemunculannya; cuma dimomokkan dengan usikan manja terhadap pasangan kanak-kanak kembar dan bunyi pelik di belakang dinding.
Kisah silam yang menghantui Kathy kembali menghantuinya dengan kemunculan abang iparnya yang ingin mengambil anak-anaknya. Dan di sinilah bermula keganasan yang ditonjolkan oleh penunggu di dalam rumah.
Artikel Berkaitan: Koleksi Throwback 10 Foto Comel Selebriti Semasa Remaja & Kanak-Kanak
Antara kekurangan utama filem ini ialah skripnya yang agak straight forward dan karakternya yang seolah tiada chemistry antara satu sama lain. Plotnya juga kadangkala agak bercelaru dan sukar difahami.
Walau bagaimanapun buat peminat filem seram, korang mungkin boleh menonton filem ini jika inginkan satu kelainan. Apa yang pasti ia cukup menghiburkan kami… cuma dari sudut yang jauh berbeza.’Behind The Walls’ akan mula ditayangkan di pawagam bermula pada 2 Februari 2018 di seluruh negara.
Rating: 2/5
Inilah Fungsi Shift Lock Pada Kereta Auto Yang Ramai Tak Tahu, Dapat Elak Kereta “Terbang” Sebenarnya…
Bila beli kereta baru, ramai yang tak ambil kisah apa fungsi-fungsi keselamatan yang telah dibekalkan oleh pihak pengeluar. Ramai yang ambil mudah. Hanya setakat tahu on/off radio, isi minyak dan kemudian jalan sejauh mungkin selagi larat memandu.
Tak sempat pun nak fikir berapa isi padu sebenar bacaan tayar, berapa inci rim dan lain-lain perkara asas. Sebabnya kita tahu kereta baru dan tentu tak ada sebarang masalah pun.
Namun sering kali kita terbaca insiden kereta “melompat”, “terbang” dan lain lagi semasa memulakan pemanduan. Sebenarnya tanpa korang sedar, pihak pengeluar ada menampilkan banyak ciri-ciri keselamatan terutama butang Shift Lock yang ada di kereta bertransisi auto ini.
Perkongsian ini mungkin dapat membantu bagi pemandu wanita khususnya apa fungsi butang shift lock ini dan bagaimana kegunaan. Jika anda tahu fungsinya, insya Allah kereta tak melompat lagi pun sebaik korang start enjin.
BAGI pemandu kereta transmisi automatik, anda tentu perasan dengan punat kunci anjakan atau shift lock (selepas ini akan dirujuk sebagai shift lock) yang terletak di sebelah tombol gear. Jangan terkejut kerana memang ada sesetengah pemilik kereta automatik yang langsung tidak tahu fungsi butang tersebut walaupun sudah memandu bertahun-tahun. Sebenarnya apakah fungsinya? Bilakah perlu menggunakannya? Dan bagaimana pula mahu menggunakannya?
APAKAH ITU SHIFT LOCK?
Shift lock ialah ciri keselamatan baharu yang dibangunkan jurutera automobil selepas mengambil kira banyak insiden kecuaian pemandu. Ada dua insiden yang kerap berlaku pada pemilik kereta automatik tanpa fungsi shift lock:
- Pemandu panik kerana kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan, sedangkan keretanya itu dimatikan dalam gear sama ada D atau R. Enjin kereta automatik cuma dapat dihidupkan dalam posisi N atau P.
- Pemandu menyangka kenderaan dimatikan dalam P, tetapi sebenarnya dalam N. Apabila dihidupkan, gear terus ditarik ke bawah (di bawah P ialah R) kerana mahu mengundur , tetapi kereta sebenarnya dalam D dan bergerak ke hadapan. Kemalangan pun berlaku.
Jadi, shift lock direka untuk mengatasi dua insiden di atas yang membabitkan isu keselamatan. Jadi bagi kereta moden hari ini, ada tidak perlu lagi risau kerana kereta anda mesti dimatikan dalam P sebelum kunci boleh dicabut.
Bagaimana shift lock ini berfungsi. ikuti langkah di bawah.
MATIKAN GEAR ENJIN PADA GEAR P
Punat shift lock (ada juga ditulis shift lock release) berfungsi meriliskan transmisi anda daripada P. Ini kerana dalam situasi tertentu anda perlu meletakkan gear dalam N, misalnya kereta anda perlu ditunda akibat kerosakan seperti bateri mati atau kong. Di sinilah fungsi punat shift lock diperlukan. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
CABUT KUNCI SEPERTI BIASA
TEKAN TOMBOL SHIFT LOCK DAN JANGAN LEPASKAN, MASA YANG SAMA TARIK TOMBOL GEAR
UBAH KE GEAR N DAN KEMUDIAN LEPASKAN BUTANG SHIFT LOCK
LEPASKAN BREK TANGAN DALAM KEADAAN FREE
* Model kereta: Perodua Axia SE
INFO EKSTRA
Punat shift lock bagi sesetengah kereta memerlukan anda menggunakan pin atau pemutar skru mata rata untuk meriliskannya. Anda boleh balut atau lapik pemutar skru dengan kain untuk mengelak kesan calar pada konsol gear.
SUMBER :PANDU LAJU.COM.MY