Tidak keterlaluan rasanya untuk meletakkan Hero Remaja 2020, Ahmad Nadhir bin Ahmad Nasar sebagai salah seorang pelakon pelapis tempatan yang sedang kencang mengorak langkah di haluan yang tepat untuk satu hari nanti bergelar ikon dunia lakonan serantau.
Nadhir, 27 tidak gentar mencabar dirinya untuk membawakan watak-watak yang bervariasi. Adakala dia menjadi seorang pelajar sekolah, kemudian beralih ke watak seorang suami ‘kaki dera’ dan tidak kurang pula watak sebagai pendekar Tanah Melayu.
Terbaru, Nadhir diberikan kepercayaan untuk membawakan watak utama sebagai seorang guru dalam drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi. Diadaptasi daripada drama popular Jepun berjudul Mr. Hiragii’s Homeroom, ia mengisahkan tentang Hiragi (Nadhir) yang menjadi 19 orang pelajar kelas 5A sebagai tebusan bagi menyelesaikan kemusykilan di sebalik kematian salah seorang rakan kelas mereka.
Teraju utama drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, Nadhir Nasar.
Ibarat Abang Kepada Junior Hero Remaja dan Dewi Remaja
Seperkara lagi yang membuatkan drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi istimewa di hati penonton adalah disebabkan kemunculan begitu ramai pelakon baharu yang rata-rata merupakan bekas peserta pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja.
Ibarat abang kepada junior-juniornya itu, Nadhir menyambut baik kehadiran mereka semua ke dalam set penggambaran yang sama. Tambahan pula, ini merupakan pengalaman sulung kebanyakan daripada mereka untuk berlakon dalam sebuah drama televisyen berskala besar seperti ini.
Ads
“I like it, I love it! Dewi-Dewi dan Hero-Hero baru yang turut sama membintangi drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ini memberikan 100 peratus komitmen mereka. Saya rasakan merekalah muka-muka yang akan memenuhi industri, insyaAllah pada masa akan datang. Kehadiran mereka jugalah antara salah satu faktor utama saya ingin sertai projek drama ini.
“ ‘Pelajar-pelajar’ saya ini… saya memang sukakan mereka. Fokus yang mereka berikan sepanjang penggambaran menampakkan mereka benar-benar serius untuk berada dalam industri seni bagi jangka masa yang lama. Saya juga pernah berada di tempat mereka semasa baru ingin menapak sebagai pelakon baru dan sekarang, tiba masa mereka pula,” maklum Nadhir.
Ads
Biarpun secara relatifnya, Nadhir juga merupakan seorang pelakon dan pengarah baharu di Malaysia, status ‘senioriti’ yang dimilikinya berbanding pelakon lain seperti Aiman Ameer, Evertts Gomes, Razin Qidran dan Hakim Khan daripada Hero Remaja 2023 serta Nurel Baharin, Arabella Ellen, Azqa Aziz, Cora Waybin, Qist Rania dan Amira Rafik daripada Dewi Remaja 2023 bukanlah sesuatu yang dibangga-banggakan oleh Nadhir.
Sebaliknya, anak kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini merasakan peluang untuk menimba ilmu berdasarkan pengalaman yang ada pada setiap para pelakon dalam mana-mana set penggambaran adalah sesuatu yang berharga tidak kiralah sama ada mereka senior ataupun junior.
“Saya percaya saya boleh belajar sesuatu yang baru daripada junior saya ini dan mereka juga boleh belajar sesuatu yang bernilai daripada saya. Keberadaan saya dalam industri ini bukan hanya untuk kepentingan peribadi saya. Sebaliknya, saya juga ingin berkongsi kepada mereka di sekeliling sedikit ilmu yang saya ada.
Ads
“We learn some, we share some. Saya sendiri tidak suka melihat muka pelakon sama sahaja yang menghiasi skrin televisyen. Jadi dengan memberi peluang kepada muka-muka baru… well, yang lebih baru daripada saya (ketawa) …setidak-tidaknya industri kita lebih meriah dan berwarna-warni,” simpul Nadhir.
Kelas Tahanan Cikgu Hiragi bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Dramavaganza sejak 25 September lalu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Korang juga boleh menontonnya menerusi On Demand, Astro GO dan di platform sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Para pelancong yang ingin memasuki ‘Pulau Dewa’, Bali, Indonesia bakal dikenakan cukai sebanyak 150,000 rupiah bersamaan dengan RM46 bermula tahun depan bagi mengekalkan budayanya.
Menerusi laporan Berita Harian, Gabenor I, Wayan Koster tampil menjelaskan bahawa bayaran yuran untuk pelancong asing hanya dikenakan sekali ketika lawatan mereka ke Bali.
Selain itu, cukai berkenaan turut diperkenalkan sebagai sebuah inisiatif bagi melindungi tarikan tropika di Bali.
“Yuran itu perlu dibayar secara elektronik dan akan dikenakan kepada pelancong asing yang memasuki Bali dari luar negara atau dari bahagian lain di Indonesia. Levi tidak akan dikenakan kepada pelancong domestik Indonesia,” katanya.
Mengulas lanjut, lebih dua juta pelancong telah melawat lokasi pelancongan terkenal itu pada tahun lalu ketika Bali dalam fasa pemulihan daripada sekatan pandemik Covid-19 selepas mengenakan dasar toleransi sifar terhadap pelanggaran peraturan.
Dalam masa sama, beliau juga memaklumkan pelaksanaan kadar cukai tersebut dijangka tidak akan membuatkan ketibaan pelancong menurun.
“Ia bukan masalah kerana kami akan menggunakannya untuk alam sekitar, budaya dan membina infrastruktur lebih berkualiti supaya perjalanan ke Bali akan lebih selesa dan selamat,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Bali berikrar mengenakan tindakan keras terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh selepas beberapa insiden, termasuk perbuatan tidak menghormati budaya pulau yang kebanyakannya penganut Hindu itu.
Pada Jun lalu, kerajaan tempatan menerbitkan panduan untuk pelancong yang ingin melawat Bali selepas didesak untuk berbuat demikian oleh pejabat Imigresen pulau itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Serangan jantung adalah keadaan yang serius dan boleh mengancam nyawa. Ia sering dikaitkan dengan golongan dewasa atau warga emas, namun, hakikatnya serangan jantung tidak mengenal usia.
Kini, semakin ramai golongan muda juga terdedah kepada risiko serangan jantung tambahan lagi yang aktif bersenam.
Serangan Jantung Boleh Berlaku Jika Bersenam Berat Waktu Malam : Pakar Perubatan
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Mohammad Farhan Rusli, menyatakan bahawa tidur yang tidak berkualiti juga boleh menjadi punca kepada serangan jantung dalam jangka panjang.
Serangan Jantung Boleh Berlaku Jika Bersenam Berat Waktu Malam : Pakar Perubatan
“Bagi kebanyakan orang, senaman yang dilakukan dengan betul atau pada masa yang sesuai tidak akan mengakibatkan masalah kesihatan yang serius.
“Penting untuk kita mengetahui isyarat tubuh sendiri dan berunding dengan doktor sebelum memulakan sebarang aktiviti serta senaman yang intensif.
“Ini termasuk berlatih untuk pertandingan Ironman atau maraton yang panjang dan sebagainya,” katanya.
Pada Ahad lepas, dunia dikejutkan dengan berita duka pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie, yang disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.20 malam akibat serangan jantung ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 di Yogyakarta, Indonesia.
Pada Ahad lepas, dunia dikejutkan dengan berita duka pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie, yang disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.20 malam akibat serangan jantung
Dr. Mohammad Farhan menjelaskan bahawa senaman berat boleh meningkatkan tekanan fisiologi terhadap tubuh individu.
Katanya lagi, ia mungkin menyebabkan kadar kortisol atau hormon stres bertambah dan memberi tekanan berlebihan kepada sistem kardiovaskular.
“Apabila mereka melakukan senaman terlalu dekat dengan waktu tidur, ia boleh meningkatkan hormon stres pada tubuh masing-masing.
“Masalah tersembunyi seperti penyakit jantung juga mungkin tidak diketahui, dan boleh menjadi penyebab rebah semasa bermain sukan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dr. Mohammad Farhan menasihati orang ramai untuk menjalani saringan kesihatan yang komprehensif secara berkala untuk mengenal pasti penyakit pada peringkat awal, sekali gus mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan sama cantik sama padan, Brooklyn Beckham dan Nicola Peltz akhirnya menamatkan zaman bujang setelah disatukan dalam sebuah majlis mewah yang dilangsungkan di tapak estet milik keluarga Peltz di Palm Beach, Florida.
Majlis yang bermula tepat pada jam 6 petang waktu tempatan dilaporkan memakan belanja yang cukup setinggi USD3.5 juta demi merealisasikan impian anak sulung keluarga Beckham dan isterinya.
Nicola, 27 tiba di lokasi dalam gaun perkahwinan satin duchess rekaan Valentino lengkap dengan gubangan bunga tangan serba putih dan kain layah lace dengan rekaan flora.
Khabarnya, Nicola telah ‘terbang’ ke Roma, Itali untuk bertemu dengan pereka Valentino, Pierpaoio Piccioi demi memastikan busana tersebut sempurna pada tubuhnya.
Di bahagian dalam khemah mega yang dibina khas di hadapan kawasan pantai estet tersebut; Brooklyn, 23 ditemani enam orang pengapit lelaki termasuklah dua adiknya, Romeo Beckham dan Cruz Beckham. Adik bongsu mereka, Harper juga tidak melepaskan peluang menjadi ‘bridesmaid’ kepada Nicola
Sebaik sahaja majlis intim mengikut tradisi Yahudi itu berakhir, pasangan bahagia itu telah memulakan tarian pertama mereka sebagai suami isteri kepada lagu Can’t Help Falling In Love nyanyian asal Elvis Presley. Manakala lagu kedua yang dinyanyikan secara live pula ialah Stand By Me nyanyian asal Ben E. King.
Majlis dihadiri oleh 300 tetamu termasuklah lagenda tenis Amerika Syarikat, Serena Williams; cef selebriti, Gordon Ramsay dan bintang drama televisyen Desperate Housewives, Eva Longoria (yang juga merupakan salah seorang rakan karib Victoria Beckham) dan ahli Spice Girls, Mel C.
Serena Williams dan adiknya, Venus (kanan).Gordon Ramsay bersama anaknya.Eva Longoria.Ahli Spice Girls, Mel C.
Bercakap mengenai senarai tetamu yang hadir, khabarnya jemputan yang dihantarkan kepada Putera William dan Kate Middleton oleh David serta Victoria telah ditolak dengan baik oleh pasangan diraja itu. Pada tahun 2011, David dan Victoria (yang pada waktu itu sedang sarat hamil dengan anak bongsunya, Harper) telah menghadiri perkahwinan diraja William dan Kate di London, United Kingdom.
(Dari kiri) : David dan Victoria sewaktu melangkah masuk ke dewan perkahwinan anak mereka, Brooklyn dan kira-kira 11 tahun lalu sewaktu mereka menghadiri perkahwinan diraja Putera William dan Kate Middleton.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya mencipta kecemerlangan apabila meraih pingat emas acara keirin pada kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan...