“Selamat hari jadi, mak! You would have been 84 today.”
Filem sequel remaja yang ditunggu-tunggu ramai, Gol&Gincu 2 akhirnya menemui penonton di pawagam bermula Khamis lalu. Dah pergi tengok tak?
Haa, kalau dah, pastinya korang perasaan filem reboot Gol&Gincu kali ini adalah karya penulisan Nadia Khan yang popular dengan novel bestseller seperti Gantung, Kelabu dan Gantung 2.
Apa yang menarik perhatian kami adalah posting Nadia di Instagram, tempoh hari. Ia berbaur sedikit personal, sedih dan teruja pada masa yang sama. Cer tengok:
“It is personal tetapi saya rasakan, why not untuk berkongsi. Arwah mak yang saya maksudkan ialah Mak Long saya yang selalu memberikan dorongan untuk saya terus berkecimpung dalam bidang penulisan.
“Beliau suka membaca dan pergi menonton wayang. Saya rasakan minat itu sedikit sebanyak turun kepada saya. Setiap kali buku ataupun drama yang ditulis oleh saya keluar, beliau merupakan antara individu yang tak jemu berikan sokongan.
“Jadi apabila saya tak sempat nak kongsikan Gol&Gincu 2 bersama Mak Long, it is a bittersweet moment. Saya happy karya filem pertama tulisan saya telah ditayangkan di layar perak. Tetapi pada masa yang sama, (saya) terkilan kerana arwah tiada di sini. Saya boleh bayangkan beliau gigihkan juga kudrat untuk ke pawagam walaupun tidak sihat.”
Al-Fatihah kami ucapkan kepada arwah.
Sharing her sentiment on this, REMAJA juga teruja menantikan countdown filem Gol&Gincu sejak awal tahun ini!
“Excited is an understatement. Saya pernah menulis sebelum ini, cuma Gol&Gincu 2 adalah filem pertama yang pernah ditayangkan.
“Bagi saya, Gol & Gincu 2 ialah filem dan jenama yang dekat di hati penonton lama dan baru.”
“Untuk penonton lama seperti syang kebanyakan masih belajar pada tahun 2005, ia mewakili the voice of MY generation. Saya juga meminati Gol&Gincu pada waktu itu dan filem itu begitu dekat dengan jiwa remaja saya. Secara tak langsung, reboot ini membawa nostalgia untuk penonton generasi saya.
“Bagi penonton baru pula, Gol&Gincu 2 mewakili the voice of THEIR generation. Ia masih keremajaan, tapi penuh dengan elemen terkini seperti kuasa media sosial dan bagaimana ia boleh memberi kesan buruk jika tak dikawal – seperti buli siber,” kata Nadia yang baru saja selesai dengan tayangan drama Gantung The Series, awal tahun ini.
BACA : Gantung 2 Bakal Jadi Realiti? Ikmal Amry Kongsi Plan Untuk Drama Itu
Kami tertanya juga, mengapa ada gap selama 13 tahun di antara kedua-dua buah filem Gol&Gincu?
Terang Nadia, “Gap itu penting kerana kami nak memaparkan jalan cerita berdasarkan generasi. Kedua-duanya masih remaja tetapi berlainan zaman. 2018 sudah jauh berubah berbanding 2005, jadi jalan ceritanya juga berbeza untuk memastikan ia relevan dengan zaman sekarang.
“Bagaimanapun, kami masih menonjolkan beberapa pelakon original Gol&Gincu seperti Sharifah Amani dan Sazzy Falak bagi meneruskan legasi.
“Fun fact ! Apabila kami lakukan tayangan test run sekitar bulan lepas dan awal bulan ini bersama beberapa penonton yang lebih ‘senior’, mereka mudah untuk menerima filem reboot ini.
“Saya tak nafikan,kami juga gusar jika Gol&Gincu 2 kurang mendapat sambutan akibat ketiadaan pelakon utama seperti Fazura, Melissa Maureen, Ashraff Sinclair dan beberapa orang lagi. Tetapi respon yang kami terima amat positif. Lepas 10 minit saja, penonton terus boleh fokuskan kepada jalan cerita SEKARANG dan tak lagi berpegang pada jalan cerita filem serta drama bersiri terdahulu.”
Finally, kami tanyakan soalan paling keramat-lah. Siapakah karakter favourite Nadia daripada Gol&Gincu 2? Hehe..
“(Ketawa) Alah, soalan susah! Hhm, ramai yang assume saya akan sukakan karakter Zack lakonan Diana Danielle. There is some truth to that, saya sendiri dapat rasakan Zack mempunyai identiti mirip saya semasa masih muda. Eceh!
“Skrip dan body language yang ditunjukkan Dee pun mengingatkan saya kepada diri sendiri. Cara Zack yang mudah untuk menilai orang lain semata-mata untuk menutup kelemahan diri sendiri juga saya kira mudah untuk kita ‘hadam’.
“Bagaimanapun, saya turut menyukai karakter Gadang (lakonan Nik Nasuhan). Disebabkan fizikalnya, ramai yang ingatkan dia ni ganas tetapi sebenarnya deep down, dia seorang yang pemalu dan baik.
Actually jika ditakdirkan Gol&Gincu 2 mempunyai jalan cerita spin-off, saya rasakan Gadang adalah karakter yang akan saya pilih!”
“There are many layers to her character, which I love,” kongsinya.
Eh eh, kami boleh assume ada sambungan kepada Gol&Gincu 2 ni, Nadia? Hehe..
BACA : Kaka Azraff Ganti Ella Nyanyikan OST Gol & Gincu, Sedap Macam ‘Teruja’ Tak?
Apa-apa pun, Gol&Gincu 2 adalah antara filem yang wajib korang tonton di pawagam. Bawa bersama keluarga untuk kali pertama, lepas tu tonton ramai-ramai bersama kawan.
Once is not enough, trust us.