Naga Tasik Chini Jadi Inspirasi, Miss Global Malaysia Angkat Kisah Legenda Di Pentas Antarabangsa

Share

Pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa memerlukan setiap wakil negara memperagakan kostum national sebagai salah satu kategori aktiviti yang diadakan.

Konsep rekaan yang ditampilkan bukan sekadar mewakili budaya, sejarah atau monumen sesebuah negara, tetapi ia harus memiliki mesej tersendiri yang mampu memberikan penegasan kukuh terhadap satu-satu isu.

Miss Global Malaysia 2021/22, Sandra Lim telah mengumumkan kostum nasional yang akan diperagakannya nanti ketika mewakili negara di pertandinagn Miss Global. Diberi nama ‘Naga Tasik Chini’, kostum yang direka oleh Fyza Alexandra memukau pandangan.

“Kostum nasional ini mewakili tasik terkenal yang dikenali sebagai Tasik Chini di Pahang Malaysia, dan kisah legendanya dengan naga yang dikenali sebagai Seri Gumum. Kisah cinta terkenal mengatakan naga itu adalah seorang puteri yang telah disumpah dan dikurung di Taman Larangan yang dibina di atas tasik berkenaan.

“Dia telah  jatuh cinta kepada Putera Kemboja dan puteri itu memecahkan sumpahan itu. Akhirnya, menurut lagenda mereka bertukar menjadi naga ketika mereka berlalu pergi dan Taman Larangan telah dilanda banjir sehingga tersembunyi selama-lamanya di dasar Tasik Chini,” tulis ratu cantik berusia 21 tahun ini di salah satu hantaran di Instagramnya.

Setiap kostum nasional memiliki mesej tersendiri. Sama seperti busana yang digayakan oleh Sandra, konsep yang dipersembahkan menyampaikan satu isu penting.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Kenal Erti Kalah, Praewannich Ruangthong Kini Bergelar Miss Supranational Thailand 2022

Ujarnya lagi, “Di sebalik kisah lagenda, tujuan kostum nasional ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang penebangan hutan dan pembalakan yang berlaku di ekosistem kedua terbesar kita, Tasik Chini.”

Konsep kostum nasional ini diangkat mewah dengan penerapan rona emas menghiasi rekaan tersebut. Lengkap dengan serlahan kepala naga yang dipegang menuai gaya yang lebih ‘grandeur’ dan menarik.

Menurut sumber, pertandingan Miss Global tahun ini bakal di adakan di Bali, Indonesia pada Jun 2022 yang akan datang.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen