“Saya pusing belakang lalu terlihat kepulan asap dan terus berpatah balik,” katanya.
Lebih menyayat hati, saksi itu memaklumkan bahawa dia terdengar jeritan salah seorang mangsa yang menyebut ‘Allahuakhbar’ ketika menahan kesakitan.
“Saya dengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar itu yang sempat bergerak sedikit namun kami semua tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.
“Saya lihat penunggang motosikal itu bergerak sedikit demi sedikit sebelum rentung dalam kebakaran itu,” tambahnya lagi.
Selain itu, Ihsan memberitahu, dia juga melihat seorang lagi mangsa dari pesawat berada di luar dalam keadaan rentung.
Sekadar informasi, nahas tersebut juga turut mengorbankan dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Difahamkan, perakam suara kokpit (CVR) serta kesemua 10 mayat kini dilaporkan telah pun ditemui pihak penyelamat pada jam 10.30 malam. semalam.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro