Hiburan

Nai Dinamik Tidak Menyesal Sertai Gegar Vaganza, “Rehearsal Berjalan Lancar, Malam Ini Sound Delay Pula…”

Share

Penyingkiran vokalis kumpulan Dinamik, Nai pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza malam tadi mungkin terjadi akibat beberapa faktor seperti yang dikeutarakan oleh juri tetap.

Begitupun buat penyanyi berusia 58 tahun itu, beliau tidak sesekali menyesali pengalamannya di pentas tersebut sepanjang tiga minggu penyertaan.

Nai Dinamik menjadi peserta pertama tersingkir daripada Gegar Vaganza musim ke-11.
@remaja.my #GegarVaganza 🥹🥹 Nasib baiklah abang #NaiDinamik dapat terus lagu nyanyian asal #XPDC ni sampai habis. #majalahremaja #remaja #remajamalaysia ♬ original sound – Remaja

“Semalam rehearsal okay, berjalan lancar tiada gangguan. Cuma terkucil sedikit malam ini sebabkan banyak perkara.

“Malam ini sound delay pula satu saat. Di situ, saya jadi cemas nak masuk (key

) di mana? Intro solo (gitaris) solid tapi tak kedengaran. Drum okay, yang lain okay.

“(Gegar Vaganza) merupakan pengalaman pertama saya memakai ear monitor. Tapi saya enggan salahkan penggunaan (ear monitor).

“Saya sudah bersedia saja dengan apa sahaja kemungkinan sejak minggu pertama. Saya sudah bersedia untuk redha. Cuma saya belum dapat membaca ‘permainan’ Gegar Vaganza ini dan jujurnya, saya belum bersedia untuk bertanding besar-besar ini,” katanya yang sekadar mengutip 40.60 markah menerusi lagu nyanyian asal XPDC, Apa Nak Dikata.

BACA: Kedudukan Pertama Liza Aziz Belum Tercabar, Kesilapan Nai Dinamik Buatkannya Tersingkir – Remaja

Nai yang popular dengan lagu-lagu hit awal 90-an seperti Di Antara Gadis dan Biar Putih Tulang bersama kumpulan Dinamik memilih untuk bersyukur dengan peluang yang diterimanya ini walaupun perjalanan tersekat di tengah jalan.

Kongsinya, sejak menyertai Gegar Vaganza, ramai rakan penganjur persembahan yang mula mencarinya kembali untuk menawarkan peluang beraksi di pentas.

@remaja.my Oh NOOOOO🥹 Penyanyi Nai Dinamik muncul peserta pertama tersingkir di minggu ketiga program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11). #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #GegarVaganza11 ♬ original sound – Remaja

“Niat saya sejak awal, saya sudahpun bersyukur dijemput oleh Astro untuk naik pentas sebesar ini dan dapat bertemu dengan kamu (media).

“Bila kumpulan Dinamik dahulu sudah lama tidak muncul, ramai yang telah melupakan kami. (Sekarang) sahabat-sahabat lama pun ada yang mencari. Yang baru pula mengenali saya menerusi TikTok,” katanya.

Bercakap mengenai perancangannya selepas ini, Nai bakal melakukan comeback bersama kumpulan Dinamik menerusi single terbaru. Ia sebenarnya sudahpun dirancang lebih awal tetapi disebabkan penyertaan Gegar Vaganza, ia terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

“Saya dah berumur jadi tentulah kita tidak akan ‘banging’ (ketawa). Sebolehnya, lagu-lagu baru akan lebih clean namun masih bergenre rock,” ujarnya.

Ramalan Nai Dinamik

Tentunya, REMAJA ingin mengetahui siapakah di antara 13 peserta lain yang menurut penelitian Nai akan memberikan saingan sengit sehingga ke peringkat akhir.

Selepas saya mengikuti sesi latihan bersama mereka, (saya merasakan) The Lima selalu lakukan latihan dengan dasyat. Mereka ada peluang untuk ke final. Liza Aziz tentunya. Sheila Abdul juga, InsyaAllah.

“Saya harap mereka yang masih bertanding akan melakukan latihan sebaik mungkin. I sayang you all, you all pun sayang I. I tahu! (ketawa),” simpulnya.

BACA: Datuk Ramli M.S. Anggap Sesetengah Peserta Gegar Vaganza “Nafsu Besar, Kudrat Tiada”, Salah Pilih Lagu Hit – Remaja

FOTO: Astro / Azrul Rafie

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ