Naik 5cm Dalam Seminggu, Produk Tambah Ketinggian: Fakta Atau Auta?

Share

‘Nak tambah ketinggian? Sila follow instagram kami’. Pernah atau tidak anda mendengar iklan seumpama ini di media sosial tentang produk yang boleh menambah ketinggian fizikal?

Jika anda perasan, terdapat banyak produk seperti ini yang dikeluarkan di pasaran dan persoalannya, sejauh manakah keberkesanan produk yang di war-war kan itu memberi manfaat kepada pengguna?

Benarkah ketinggian seseorang individu itu dapat diubah dengan hanya menggunakan produk-produk tersebut?

Ikuti kupasan menarik yang dikongsi oleh Root of Science dalam merungkai mitos di sebalik persoalan ini.

Bagaimana panjang bertambah?

Ketinggian bertambah disebabkan wujudnya satu lapisan yg dinamakan sebagai ephyphiseal plate (growth plate) yg terletak di bahagian hujung tulang.

Lapisan growth plate ini terdiri daripada tisu rawan(cartilage) yang mempunyai beberapa jenis sel iaitu:

1) Sel chondrocytes: Berfungsi untuk menambahkan tisu rawan agar tulang semakin panjang.

2) Sel osteoblast: Berfungsi sebagai sel yang akan mengeraskan tisu rawan supaya ia menjadi tulang. Ia berlaku dengan cara sel osteoblast meletakkan unsur kalsium ke dalam tisu rawan tersebut.

Ini bermakna, chondrocytes hasilkan tisu rawan dan osteoblast pula akan mengeraskan tisu rawan itu supaya menjadi tulang. Perbuatan yang berulang-ulang ini akan menyebabkan tulang semakin panjang.

Apa yang mempengaruhi Growth plate?

Ephyphiseal plate sangat dipengaruhi oleh ‘growth hormone

’ yang dihasilkan oleh kelenjar pituitary pada otak. Jika hormon tersebut berada pada tahap yang sepatutnya, maka ketinggian seseorang itu pun akan bertambah seperti biasa

Jika hormon tersebut terlampau banyak ia akan menyebabkan seseorang itu mempunyai ketinggian yang luar biasa dan penyakit ini dikenali sebagai ‘gigantism’.

Seseorang itu akan berhenti meninggi bila berumur 19-21 tahun

Kajian yg dibuat pada tikus, menunjukkan hormon estrogen yang tinggi ketika baligh akan menyebabkan sel condrocytes mengalami ‘apoptosis’ (sel itu mati). Ia akan menyebabkan tisu rawan (cartilage) tidak dapat dihasilkan, dan akhirnya semua tisu rawan tersebut akan ditukarkan menjadi tulang oleh sel osteoblast.

Maka, growth plate hilang kerana berubah menjadi tulang. Bila tiada ephyphiseal plate, maka tiada penambahan dalam ketinggian.

Begitu juga yang berlaku pada manusia, apabila telah mencapai umur 19 ke 21, growth plate akan hilang dan manusia akan berhenti memanjang.

Secara kesimpulannya, tiada produk makanan tambahan yang dilihat mampu untuk menambah ketinggian seseorang individu itu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berumur 20 tahun ke atas.

Jadi, jangan mudah terpedaya dengan produk-produk seperti ini kerana sebenarnya mereka sendiri tidak mengkaji adakah produk tersebut benar-benar berkesan seperti yang dicanangkan.

Sumber: rootofscience.com

Published by
Noor Ain Norman