Finalis Pencarian Hero Remaja 2017: Aiman Zaim. Foto: Jazlan Nangar

Setelah beberapa minggu berada di tanah suci Mekah, tanah suci Madinah dan Arafah, jemaah haji Malaysia pada hari ini beralih lokasi ke Mina.

Ketika masyarakat Malaysia meraikan Hari Raya Aidiladha dengan melakukan aktiviti menyembelih binatang, jemaah di sana pula sedang giat melakukan lontaran jamrah selama tiga hari berturut-turut. Hanya selepas rukun tersebut selesai, mereka akan kembali semula ke Mekah untuk meneruskan beberapa lagi rukun haji.

Bukan mudah untuk seseorang itu mendapat peluang menunaikan haji. Biar sudah mencapai usia emas sekalipun, ada yang masih menantikan giliran mereka untuk dipanggil ke sana. Namun menariknya, salah seorang daripada finalis Pencarian Hero Remaja 2017 iaitu Ahmad Aiman Zaim Bin Mohd Zaid telah menyahut panggilan Allah SWT untuk menghadapNya pada musim haji tahun ini biarpun baru berusia 20 tahun.

Naik Haji Pada Usia 20 Tahun, Aiman Zaim Cuba Kekal Istiqamah
Follow Aiman Zaim di Instagram: @aimanzaym

Persediaan Fizikal Dan Mental

Pada peringkat umurnya yang masih mencari-cari nilai kematangan diri, Aiman Zaim pada mulanya agak terkejut dengan peluang yang datang itu. Hanya ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Jun lepas, Aiman menerima perkhabaran bahawa namanya dan abangnya telah didaftarkan oleh ibu bapanya sebagai jemaah haji.

“Nak khabarkan perasaan ketika itu, saya memang speechless dan tak tahu nak rasa macam mana. Excited yes, kerana peluang menunaikan haji hanya datang sekali seumur hidup. Tetapi, saya tak nafikan ada perasaan gementar kerana pada awalnya, saya tak bersedia untuk ke sana.

Ads

“Saya tawakalkan diri dengan menghadiri kursus haji walaupun dalam masa yang singkat. Selain daripada memperbanyakkan bacaan mengenai rukun haji, saya juga rajinkan diri untuk bertanyakan pengalaman para jemaah lain yang pernah ke sana ketika menunaikan ibadah Umrah, sebelum ini

Dari situ, sedikit sebanyak saya boleh melupakan rasa gemuruh. Iyalah, haji bukan perkara main-main. Saya perlu bersedia secara fizikal dan mental sebelum, ketika dan selepas selesai menunaikannya nanti,” kata Aiman dalam perbualan telefon bersama penulis.

Ads
Naik Haji Pada Usia 20 Tahun, Aiman Zaim Cuba Kekal Istiqamah
Majalah Remaja Julai 2017 yang menampilkan Hero Remaja 2017.

Sekitar bulan Julai lalu, penulis sempat untuk melihat beberapa posting yang dimuat naik oleh Aiman menerusi fungsi Insta Story miliknya. Ketika itu, dia berada di Masjid Al-Haram, Mekah buat pertama kali. Kongsi Aiman, “Mungkin ini yang dinamakan sebagai kuasa Tuhan. Semasa menjejakkan kaki di Masjid Al-Haram, hati saya terus merasa sayu. Saya rasakan diri ini cukup kerdil. Bukan hanya kerana kagum terhadap keindahan masjid tersebut. Tetapi kerana saya dapat duduk dan memandang terus ke arah kaabah yang terletak di hadapan mata. SubhanAllah,”

Rukun Haji Mencabar Walaupun Untuk Orang Muda

Pada minggu ini, Aiman sudah pun menyelesaikan beberapa rukun haji bersama abangnya serta jemaah Malaysia yang lain. Bermula dengan aktiviti wukuf di Arafah, Aiman kemudiannya bermalam di Mudzalifah sebelum melontar di Jamrah Aqabah. “Semasa melontar tadi, berjuta umat Islam cuba mencari posisi terbaik untuk melakukan lontaran. Cuaca juga agak panas tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.”

Ads

Dia turut tak terlepas daripada melakukan Tahalul Awal iaitu aktiviti memotong sekurang-kurangnya tiga helaian rambut atau terus mencukur kepala menjadi botak. Agak-agak, Aiman memilih untuk botak ke tak? Hehe, kita tunggu okay.

Naik Haji Pada Usia 20 Tahun, Aiman Zaim Cuba Kekal Istiqamah
Aiman di kawasan melontar.

“InsyaAllah, esok saya dan abang akan bertolak semula ke Masjid Al-Haram untuk melakukan tawaf Ifhadah,” tambahnya lagi sambil memohon agar followersnya yang kini mencecah 10,544 di Instagram agar mendoakan perjalanannya di sana yang berbaki seminggu lebih saja lagi dipermudahkan.

“InsyaAllah, Aiman akan selesai dengan ibadah haji pada 4 September dan kemudiannya berangkat pulang ke Malaysia pada 12 September,” katanya. Namun apabila ditanya adakah dia sudah bersedia untuk dipanggil dengan gelaran ‘Haji Aiman’, dia sekadar tergelak panjang sebelum berkata, “Pelik sikit lah sebab saya masih muda….jangan panggil tok haji sudah!”

Penulis dan team REMAJA mendoakan agar Aiman Zaim selamat mengerjakan rukun haji yang masih perlu ditunaikan dan seterusnya pulang ke Malaysia dalam keadaan sihat walafiat, insyaAllah. Bagi korang yang ingin mengundi Aiman sebagai Hero Favourite, klik di http://www.remaja.my/aiman-zaim/ okay. Satu hari, satu vote!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI