Sejak beberapa minggu ini, sering kali kita mendengar berita tentang kes positif COVID-19 yang berlaku di sekolah-sekolah mahu pun pusat pengajian. Hal ini turut membimbangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ekoran peningkatan beberapa kluster pendidikan sepanjang minggu lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan mendadak sebanyak 313.3 peratus dalam kluster pusat pendidikan amat membimbangkan berikutan individu daripada pelbagai isi rumah akan berada dalam ruang dan waktu yang sama, berisiko menyebabkan tercetusnya kluster yang tidak diingini.
KKM telah mengesan sebanyak 62 atau 70.5 peratus kluster pusat pendidikan, disusuli 18 (20.5 peratus) kluster tempat kerja; empat (4.6 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu (1.1 peratus) kluster komuniti; kluster keagamaan; kluster import dan kluster pusat tahanan.
Terbaharu, sebanyak 15 sekolah di Kedah terpaksa ditutup sejak 18 Jan lepas berikutan 525 pelajar dan 25 guru di sekolah berkenaan dikesan positif COVID-19. 13 sekolah yang ditutup itu adalah sekolah asrama harian manakala dua lagi sekolah biasa.
Ads
Dr Noor Hisham turut menjelaskan, pematuhan SOP perlu sentiasa ditekankan sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi persekolahan walaupun kebanyakan populasi dewasa dan remaja sudah menerima vaksin COVID-19.
Para pelajar diingatkan supaya mengamalkan pemaiakan pelitup muka dengan cara yang betul da sentiasa menjalani saringan COVID-19 sekiranya bergejala sebelum hadir ke sekolah.
Ads
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak di rumah.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Konsert boy band dari Hong Kong, MIRROR bertukar tragedi setelah para penarinya cedera akibat dihempap dengan skrin LED gergasi dari siling Hong Kong Coliseum.
Kejadian yang berlaku pada malam Khamis itu serta-merta mengakibatkan siri konsert yang dikendalikan oleh syarikat bernama MakerVille ini dibatalkan.
Buat masa ini, wakil daripada MakerVlle belum memberikan respon apabila dihubungi oleh media tempatan.
Menurut rakaman video insiden yang kini telah tular di media sosial, skrin LED itu sedang dalam proses untuk diangkat ke atas sebelum salah satu tali skrin terputus lalu jatuh menimpa dua orang penari yang berada di bahagian bawah skrin.
Jelas kedengaran jeritan ribuan penonton di venue terbabit manakala semua individu yang berada di atas pentas pula bergegas untuk membantu dua orang penarii terbabit.
Salah seorang dilaporkan tidak sedarkan diri pada waktu itu manakala seorang lagi sedang menahan sakit. Menurut media tempatan, ambulans tiba di lokasi kejadian sekitar 10 minit selepas insiden dan mangsa terus dikejarkan ke Queen Elizabeth Hospital. Salah seorang berada dalam keadaan serius; dipercayai akibat kecederaan di bahagian saraf tunjang manakala seorang dalam keadaan stabil.
Difahamkan juga, tiga orang penonton telah mendapat rawatan akibat rasa trauma setelah menyaksikan insiden di hadapan mata.
Amaran paparan grafik insiden terbabit di bawah :
A live show by Hong Kong boy band Mirror was cut short on Thursday after a screen fell from height on the stage. It hit dancers below, according to footage shared across social media.
Sebaik kejadian ini tular, pihak berkuasa di Hong Kong telah mengarahkan agar satu siasatan dilakukan dengan segera. Manakala Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee mengekspresikan rasa simpati terhadap mangsa.
Laporan insiden juga bertukar menjadi topik paling hangat diperkatakan di China terutamanya di platform Weibo (Twitter versi China).
Bagi yang tidak begitu mengenali MIRROR, mereka diformasikan dengan 12 orang ahli dan diuruskan oleh syarikat milik jutawan Hong Kong, Richard Li.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai hamba yang lemah, hidup dan mati kita bergantung kepada ihsan Allah taala. Keupayaan menyuap makanan, menghirup udara untuk bernafas, memiliki kudrat untuk keluar mencari rezeki, semuanya atas ihsan Allah taala.
Namun tahukah, dalam kita sentiasa berdoa meminta perlindungan Alalh taala, ada makhluk lain iaitu malaikat yang akan doakan kita jika lakukan 12 perkara ini.
Allah SWT menciptakan malaikat dari nur, cahaya. Mereka diciptakan hanya untuk beribadah, menjalankan perintah Allah SWT. Kerana mereka tak dilengkapi dengan nafsu, mereka hanya beribadah saja. Mereka ini suci dan taat dalam melakukan penghambaan hanya kepada Allah SWT.
Rebutlah doa-doa dari malaikat
Siapakah yang tak suka kalau dirinya sentiasa didoakan oleh orang lain.
Maklum sajalah, bukan senang orang nak ingat pada kita dan mendoakan kita. Cuba bayangkan kalau malaikat yang mendoakan kita. Alangkah bertuahnya diri. Inilah 12 cara-cara yg diajarkan Rasulullah SAW supaya kita mendapat doa dari malaikat.
1 : Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
“Siapa yang tidur dalam keadaan suci (berwudhuk), maka malaikat akan bersamanya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa, ‘Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci’” (HR. Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar).
2 : Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
“Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para Malaikat akan mendoakannya, ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (HR. Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Muslim 469).
3 : Orang-orang yang berada di shaf barisan depan di dalam solat berjemaah
“Sesungguhnya para malaikat mendoakan kepada (orang – orang) yang berada pada shaf terdepan” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib).
4 : Orang yang menyambung shaf solat berjemaah (tidak membiarkan kosong di dalam shaf).
“Sesungguhnya para malaikat selalu berdoa kepada orang-orang yang menyambung shaf-shaf” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah).
5 : Para malaikat mengucapkan aamiin ketika seorang imam selesai membaca Al Fatihah.
“Jika seorang imam membaca ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh-dhaalinn, maka ucapkanlah oleh kalian aamiin, kerana siapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu” (HR. Bukhari dari Abu Hurairah, Shahih Bukhari 782).
6 : Orang yang tetap duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat
“Para malaikat akan selalu berdoa kepada salah seorang di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia telah melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata; Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.” (HR. Ahmad dari Abu Hurairah, Al-Musnad no. 8106)
7 : Orang-orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
“Para malaikat bertukar tugas pada saat solat subuh dan asar lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana saat kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat” (HR. Ahmad dari Abu Hurairah, Al-Musnad no. 9140).
8 : Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Padanya ada malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata, ‘Aamiin dan semoga engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan” (HR. Muslim dari Ummud Darda’, Shahih Muslim: 2733)
9 : Orang-orang yang bersedekah setiap hari
“Tidak satu hari pun pada pagi hari seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang bersedekah dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit(kedekut)’” (HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Bukhari: 1442 dan Shahih Muslim: 1010).
10 : Orang yang sedang makan sahur
“Sesungguhnya para malaikat berdoa kepada orang-orang yang sedang makan sahur” (HR. Ibnu Hibban dan Ath-Thabrani, dari Abdullah bin Umar).
11 : Orang yang menziarahi orang sakit
“Tidaklah seorang mukmin menziarahi saudaranya yang sakit kecuali Allah akan mengutus 70 ribu malaikat untuknya yang akan mendoakan kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh” (HR. Ahmad dari ‘Ali bin Abi Thalib, Al Musnad 754).
12 : Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain
“Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya mendoakan kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.” (HR. Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al-Bahily).
Berbahagi-bahagi ilmu walau sedikit, yakinlah tetap akan mendapatkan bahagian(saham/pahala) diakhirat. Wallahu a’lam bish-shawab. ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Sumber : Abdullah Al Hafiz
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Arkansas telah menjadi negeri di Amerika Syarikat pertama yang melarang rawatan pengesahan jantina dan pembedahan untuk golongan transgender di bawah usia 18 tahun.
Rang undang-undang ini juga melarang doktor memberikan penyekat akil baligh (puberty blockers) atau merujuknya kepada penyedia lain untuk mendapatkan rawatan.
Gabenor negeri republik itu telah menggunakan kuasa veto untuk rang undang-undang itu dan menyebutnya sebagai “jangkauan pemerintah yang luas”.
Walaupun begitu, dewan dan senat yang juga dikuasai Republikan negeri itu menolak apa yang dumahukan oleh gabenor negeri itu.
Rang undang-undang itu menghadapi banyak tentangan dari kumpulan termasuk American Academy of Pediatrics, yang mengatakan undang-undang itu akan menyekat golongan muda trans dari rawatan perubatan penting dan meningkatkan risiko mereka untuk membunuh diri.
Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) mengatakan bahawa mereka sedang menyiapkan litigasi, dengan menyatakan bahawa rang undang-undang itu “akan mengusir keluarga, doktor dan perniagaan keluar dari negeri ini dan menghantar mesej yang mengerikan dan menyakitkan hati kepada orang-orang muda transgender yang memerhatikan dalam ketakutan” .
“Ini adalah hari yang menyedihkan bagi Arkansas, tetapi pertarungan ini belum berakhir – dan kami jangka ia akan mengambil tempoh yang panjang,” kata Holly Dickson, pengarah eksekutif ACLU di Arkansas, dalam satu kenyataan.
Aktres berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, Toyota Yaris, dengan wang simpanannya sendiri.Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut...