Naik Sehingga 313.3 Peratus, Kluster Pendidikan Catat Peningkatan Mendadak

Share

Sejak beberapa minggu ini, sering kali kita mendengar berita tentang kes positif COVID-19 yang berlaku di sekolah-sekolah mahu pun pusat pengajian. Hal ini turut membimbangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ekoran peningkatan beberapa kluster pendidikan sepanjang minggu lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan mendadak sebanyak 313.3 peratus dalam kluster pusat pendidikan amat membimbangkan berikutan individu daripada pelbagai isi rumah akan berada dalam ruang dan waktu yang sama, berisiko menyebabkan tercetusnya kluster yang tidak diingini.

Foto: BERNAMA (Gambar hiasan)

KKM telah mengesan sebanyak 62 atau 70.5 peratus kluster pusat pendidikan, disusuli 18 (20.5 peratus) kluster tempat kerja; empat (4.6 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu (1.1 peratus) kluster komuniti; kluster keagamaan; kluster import dan kluster pusat tahanan.

Terbaharu, sebanyak 15 sekolah di Kedah terpaksa ditutup sejak 18 Jan lepas berikutan 525 pelajar dan 25 guru di sekolah berkenaan dikesan positif COVID-19. 13 sekolah yang ditutup itu adalah sekolah asrama harian manakala dua lagi sekolah biasa.

Foto: Astro Awani

Dr Noor Hisham turut menjelaskan, pematuhan SOP perlu sentiasa ditekankan sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi persekolahan walaupun kebanyakan populasi dewasa dan remaja sudah menerima vaksin COVID-19.

Para pelajar diingatkan supaya mengamalkan pemaiakan pelitup muka dengan cara yang betul da sentiasa menjalani saringan COVID-19 sekiranya bergejala sebelum hadir ke sekolah.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak di rumah.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2)

Published by
Noor Ain Norman