Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel bersuara dan berasa marah berkenaan isu buli yang dilihat tidak berkesudahan di sebuah institusi pengajian tinggi terkenal baru-baru ini.
Hal ini rentetan daripada satu kes buli terbaharu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang rusuk dan tulang belakang pada 21 Oktober lalu.
Naim atau nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin (27) melalui media sosialnya berkata institusi tersebut patut ‘dikuburkan’ sahaja kerana terlalu banyak kes buli sehingga ada yang meragut nyawa dilaporkan terjadi di institusi tersebut.
Ads
Naim Daniel
At this point, melingkup sajalah tempat ni. Lantak orang nak kata aku pukul rata ke apa. Jangan datang dekat aku dan kata aku tak akan faham tradisi sesebuah institusi.
Dah berapa banyak nyawa yang dizalimi dekat tempat ini dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari?
Sekadar info, sebelum ini seorang pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dilaporkan meninggal dunia akibat dibuli rakan sekelas menggunakan seterika wap gara-gara difitnah mencuri komputer riba.
Bagi memastikan para pelanggan berpuas hati dan gembira membeli belah atas talian, platform e-dagang popular, Shopee menambah baik perkhidmatan mereka.
Sebaliknya, servis kurier terbabit akan mengunakan pilihan perkhidmatan “Shopee Self Collection”.
Hadir dengan sebuah ciri baharu, pengguna boleh menetapkan supaya barangaan dihantar ke pusat sehenti, dan seterusnya mengambil barangan berkenaan mengikut keselesaan masa pengguna.
Dengan langkah ini, tidak perlu risau ketiadaan orang apabila barang sampai di rumah.
Malah, Shopee tidak lagi mengenakan sebarang cas penghantaran untuk pengambilan barangan sendiri daripada pusat-sehenti berdekatan.
Dengan langkah ini, anda boleh membuat pembelian dan meminta ia dihantar ke pusat sehenti berhampiran – seterusnya mengambil ia sendiri daripada pusat sehenti berdekatan anda, tanpa sebarang kos penghantaran.
Bagi anda yang kerap menggunakan Shopee, kini mungkin anda boleh berjimat dengan melakukan kutipan kendiri daripada pusat sehenti, sekaligus mengurangkan bayaran kepada caj penghantaran. Ciri ini hanya disokong di Lembah Klang buat masa ini.
Menarikkan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagaimana kita tahu, angka mangsa banjir di negeri Pahang terus meningkat kepada 13,626 di mana kesemua mangsa telah ditempatkan di 200 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di sembilan daerah di negeri tersebut.
Hal tersebut mendapat perhatian Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi perkongsian di Instagram baginda sebentar tadi.
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi perkongsian instagram berkenan sendiri telah berkenaan mencemar duli memandu sendiri kenderaan ke kawasan banjir melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang dinaiki air.
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah mencerminkan keprihatinan tinggi baginda terhadap keselamatan dan kesihatan rakyat yang ditimpa banjir di Pahang.
Baginda mencemar duli dan hulur bantuan
Media sosial Istana Negara turut berkongsi gambar-gambar KDYMM Agong menuju ke pusat penempatan sementara mangsa banjir di Maran untuk melakukan lawatan di sana.
Sebelum tiba ke tempat tersebut, baginda juga berkenaan turun daripada kenderaan rasmi yang dinaiki dengan menghulurkan sumbangan kepada pemandu-pemandu kenderaan berat yang terkandas disebabkan kenaikan air banjir di Plaza Tol Karak.
Rata-rata warganet terharu dengan sikap Baginda amat prihatin dengan nasib rakyat yang ditimpa bencana alam.
Sumber : Instagram airtangan_tunkuazizah
Apa-apapun, tiada kata lain kecuali terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan keluarga. Moga Tuhan saja membalas jasa dan niat baik semua pihak yang tampil membantu mangsa banjir.
Sumber : Instagram airtangan_tunkuazizah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengumuman penggantungan pemain badminton perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia daripada bertanding dalam mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun pada hari ini bukanlah satu-satunya berita mendukacitakan yang melanda peminat badminton negara.
Penggantungan Lee Zia Jia itu disusuli keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengenakan tindakan sama terhadap bekas juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei sejak 31 Oktober 2021.
Goh Jin Wei sewaktu memenangi pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sekaligus menamatkan kemarau 14 tahun negara. Kali terakhir Malaysia memenangi emas perseorangan wanita di peringkat Sukan SEA adalah menerusi Datin Wong Mew Choo.
Pemain yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu dimaklumkan telah meninggalkan BAM secara tiba-tiba atas alasan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
Biarpun Jin Wei tekad meninggalkan skuad kebangsaan pada 13 September 2021, pemain berusia 21 tahun itu pada awal tahun ini telah memuat naik sebuah klip di YouTube dan berkata dia telah hidup dalam kekesalan sejak saat itu. Dia ingin meneruskan karier sebagai atlet badminton bebas atas dasar minat serta bakat yang dimilikinya.
Jelasnya lagi, dia tidak kembali ke pangkuan BAM setelah merasakan dirinya tidak dapat memberikan komitmen 100 peratus jika menyertai skuad kebangsaan.
“Saya amat terharu dijemput oleh pasukan kebangsaan untuk menyertai mereka. Saya tidak mampu mengungkap betapa ia bermakna untuk saya. Ia satu penghargaan besar untuk saya menerima jemputan ini. Saya ingin menzahirkan rasa terima kasih saya terhadap pasukan kebangsaan kerana mempunyai kepercayaan terhadap saya.
“Namun, saya tidak mungkin mampu memenuhi keperluan dan kelayakan pasukan kebangsaan ketika ini kerana masalah kesihatan saya. (Isu) saya ini akan hanya merugikan sumber negara serta menafikan peluang pemain lain. Saya enggan mengecewakan mana-mana pihak dalam situasi ini,” kata Jin Wei.
Jelasnya lagi dalam video tersebut, beliau sentiasa akan cuba bersedia untuk memperbaiki diri demi bermian untuk negara pada masa akan datang.
Begitupun seperti yang kita ketahui pada hari ini, perancangan Jin Wei itu seakan tersekat dek penggantungan yang diletakkan ke atas dirinya oleh BAM. Untuk pengetahuan korang, seseorang pemain badminton perlu didaftarkan menerusi persatuan badminton kebangsaan untuk bermain dalam kejohanan yang diiktiraf oleh Persekutuan Badminton Dunia. Tanpanya, mereka tidak boleh mewakili negara di peringkat antarabangsa.
Foto Goh Jin Wei dan Lee Zii Jia yang bersahabat baik sejak awal diterima masuk ke kem badminton kebangsaan.
Terdahulu, beberapa pemain kebangsaan lain seperti Tan Chung Seang dan Toh Ee Wei pernah digantung oleh BAM setelah mereka meninggalkan kem latihan negara. Bagaimanapun, Ee Wei kemudiannya diserap semula oleh BAM.
Justeru seperti yang disebut oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahabardeen Mohamed Yunood pada hari ini, BAM sentiasa membuka pintu kepada Goh Jin Wei dan Lee Zii Jia untuk kembali menyertai BAM setelah mereka membuat rayuan jika masih berminat untuk menyertai sebarang kejohanan di luar negara. BAM juga katanya tidak bercadang untuk mengenakan denda kepada mereka berdua selain penggantungan selama dua tahun ini.
Jahaberdeen Mohamed Yunoos (tengah) dalam sidang akhbar. FOTO: Warta Oriental
Diharap, kemelut yang melanda kem badminton Malaysia ini dapat diselesaikan secara baik dengan segera. Masakan tidak, sayang jika kita kehilangan bukan saja kelibat Lee Zii Jia di gelanggang tetapi juga kelibat Goh Jin Wei yang cukup berbakat.
Selain memenangi pingat emas perseorangan wanita di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sekaligus menamatkan penantian 14 tahun Malaysia, Jin Wei juga pernah merangkul kejuaraan perseorangan wanita remaja dunia di Lima, Peru pada tahun 2015 dan sekali lagi di Markham, Kanada pada tahun 2018.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...