Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel bersuara dan berasa marah berkenaan isu buli yang dilihat tidak berkesudahan di sebuah institusi pengajian tinggi terkenal baru-baru ini.
Hal ini rentetan daripada satu kes buli terbaharu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang rusuk dan tulang belakang pada 21 Oktober lalu.
ARTIKEL BERKAITAN : Isu Buli: Pelatih Tahun Satu UPNM Pula Retak Tulang Akibat Dipijak Senior Tepi Padang Kawad
Naim atau nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin (27) melalui media sosialnya berkata institusi tersebut patut ‘dikuburkan’ sahaja kerana terlalu banyak kes buli sehingga ada yang meragut nyawa dilaporkan terjadi di institusi tersebut.
At this point, melingkup sajalah tempat ni. Lantak orang nak kata aku pukul rata ke apa. Jangan datang dekat aku dan kata aku tak akan faham tradisi sesebuah institusi.
Dah berapa banyak nyawa yang dizalimi dekat tempat ini dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari?
Sekadar info
, sebelum ini seorang pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dilaporkan meninggal dunia akibat dibuli rakan sekelas menggunakan seterika wap gara-gara difitnah mencuri komputer riba.SUMBER : X
BACA LAGI : Bunuh Zulfarhan, Enam Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung Sampai Mati
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.