
Penyanyi remaja Naim Daniel sebelum ini pernah berkongsi teaser nyanyian semula lagu ‘berhantu’ My All daripada penyanyi tersohor Mariah Carey dengan lirik bahasa Melayu yang dihasilkannya sendiri.
Pada 1 Mei lalu, Naim telah melancarkan versi penuh lagu yang diberi judul Malam di laman YouTubenya. Lagu tersebut turut menggandingkan penyanyi lelaki, Firdaus Rahmat yang juga merupakan penerbit bagi lagu rakaman semula ini.
Rata-rata pendengar memuji nyanyian semula Naim Daniel dan Firdaus Rahmat dan menyifatkan bahawa liriknya sangat deep menyentuh jiwa.
Sebelum ini, penyanyi popular negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ning Baizura, Liza Hanim dan juga Siti Sarah turut pernah menyanyikan lagu My All dalam bahasa Melayu di sebuah persembahan pentas kira-kira 15 tahun lalu.
Apa-apa pun kedua-dua versi bahasa Melayu lagu My All ini memang mantap. Masing-masing menyanyikan dengan style mereka tersendiri.
Tak gitu?
Demi Kembalikan Status Bilionair Kanye West, Peminat Kumpul Dana Wang

Jika sebelum ini, rapper terkenal Amerika Syarikat (US) Kanye West dikatakan jatuh miskin dan digugurkan dari senarai jutawan selepas jenama terkemuka membatalkan kontrak bersama.
ARTIKEL BERKAITAN : [Terkini] 6 Tahun Bertahan, Kim Kardashian Bakal Bercerai Daripada Kanye West? – REMAJA
Tarbaru, demi kasih sayang peminatnya dengan rappers ini mereka melancarkan kempen sumbangan menerusi GoFundMe bagi membantu mengembalikan semula status jutawannya yang ‘hilang’ itu.
Lapor NDTV, taraf Kanye yang kini dikenali sebagai Ye ibarat sudah ‘downgrade’ apabila dia kehilangan RM948 juta dalam masa sehari selepas kontraknya bersama Adidas ditamatkan gara-gara pernah membuat kenyataan kontroversi.
Malah lebih malang lagi, akibat kenyataan berbaur antisematik itu, nama Ye yang pernah tersenarai sebagai salah seorang jutawan terkenal di dunia dalam majalah ekonomi Forbes juga turut digugurkan.
Sehubungan itu, peminat-peminat tersebut tekad melancarkan kempen ‘Jadikan Kanye West Sebagai Jutawan Semula’ di platform GoFundMe dengan menyasarkan sasaran kutipan sumbangan sebanyak RM47,000.
Sumbangan Tidak Direalisasikan
Malangnya, impian itu tidak direalisasikan dan seorang peminat melaporkan bahawa “Mr. Kanye West telah menolak dana yang dikumpul oleh kempen GoFundMe ini” dan sebaliknya dana tersebut akan disalurkan kepada Notes for Notes, sebuah organisasi bukan keuntungan yang menawarkan akses percuma kepada golongan belia kepada instrumen dan pendidikan muzik.
Sebelum itu, Ye menerima kecaman ramai selepas dia membuat kenyataan antisematik, kontroversi dan mencetuskan kebencian. Malah, dia ada membuat kenyataan balas dipercayai berbaur kebencian mengenai kematian individu di US, George Floyd yang mencetuskan gelombang ‘Black Lives Matter’ dua tahun lalu.
BACA LAGI : Apa Kaitan OLIVIA RODRIGO Dengan Penceraian Kim K & Kanye West? – REMAJA
Sumber: NDTV
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Elaun SL1M Meningkat Kepada RM2000 Untuk Bantu Graduan Baru

Semakin dekat dengan tarikh Pilihan Raya Umum tahun ini, semakin banyak berita ‘menarik’ yang diberi kepada rakyat.
Sama ada korang berminat dengan hal politik atau tidak, hal kenegaraan dan perkembangan yang berlaku pada Malaysia masih perlu diambil tahu terutamanya bagi perkara yang melibatkan remaja dan belia.
Terbaru hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan berita gembira kepada pelatih Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang dinaikkan kepada RM2000 daripada RM1500 sebelum ini.
Berita tersebut disampaikan oleh beliau ketika merasmikan Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang turut berada di situ, kenaikan elaun trsebut akan berkuat kuasa pada tahun ini namun masih tak menetapkan tarikh sebenar.
“SL1M akan memanfaatkan sekurang-kurangnya 25,000 orang peserta baru,” kata beliau.
Bagi yang tidak begitu familiar dengan program SL1M, ia merupakan sebuah program keboleh-pasaran bertujuan untuk membantu graduan yang menganggur selepas tamat pengajian untuk meningkatkan tahap skil, mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran serta pengalaman bekerja.
Memandangkan kebanyakan syarikat swasta di luar sana memandang berat mengenai pengalaman seseorang bekerja sebelum mengambil mereka sebagai staf baru, ramai graduan muda yang mengeluh sukar untuk menerima peluang pekerjaan.
Jadi melalui SL1M, remaja dan belia dapat mempromosikan dan meningkatkan skil masing-masing. Cantiklah sikit resume tu.

Walaupun ada yang memandang rendah akan program ini sejak dilancarkan pada 2011 dengan mengatakan elaun yang diberi rendah berbanding rakan lain yang sudah berjaya mendapat pekerjaan, kita perlu berfikiran realistik bahawa tak semua orang bertuah untuk mendapat pekerjaan idaman.
Malah, SL1M juga pada tahun lalu melaporkan seramai 19,196 siswazah telah mendapat kerja di syarikat mereka menjalani latihan SL1M, manakala 16,660 orang lagi berjaya mendapat pekerjaan di syarikat lain selepas tamat latihan.
Sentiasa Kekal Aura Positif, Mek Yun Harap Undang-Undang Terhadap Pembuli Siber Diperketat

Pempengaruh yang terkenal fasih bercakap dialek Melayu Kelantan, Mek Yun baru-baru ini berkongsi bahawa dia juga tidak terlepas menjadi mangsa buli siber walaupun sentiasa menyebarkan aura positif.
Mek Yun atau nama sebenar Wee Yun Nee (27) berkata dia pernah dibuli di media sosial dan diejek kerana mempunyai bentuk tumbuh gempal.
Justeru, apa yang berlaku kepada pempengaruh, Rajeswary Appahu atau Esha baru-baru ini turut meninggalkan kesan kepada anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu.
“Tentulah saya terkesan dengan kes Esha kerana saya juga seorang pencipta kandungan di media sosial seperti mendiang dan sama-sama terdedah dengan perkara seperti itu (buli siber)”
“Satu perkara mengenai media sosial, kita tidak boleh kawal apa yang orang nak kata. Di awal penglibatan, saya pernah rasa tidak mahu hasilkan apa-apa video kerana kerap terima komen negatif”
“Bila fikir semula, adakah berbaloi untuk kita berhenti lakukan sesuatu yang kita suka hanya kerana mereka yang berada di belakang skrin (warganet) dan tidak mengenali kita secara peribadi,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mek Yun juga berharap agar pihak berkuasa memperketat undang-undang dengan lebih tegas terhadap para pembuli, lebih lagi di ruang siber.
“Wujudkan satu undang-undang dan ambil tindakan tegas terhadap pembuli siber”
“Kebanyakan orang, mereka fikir kata-kata mereka itu biasa sahaja tetapi bila kita berada dalam posisi seseorang yang mungkin mengalami masalah, baru mereka tahu betapa sukarnya berdepan dengan komen negatif,” jelasnya.
Dia turut mengingatkan pempengaruh lain untuk membina ‘dinding’ supaya setiap komen negatif yang dilontarkan oleh warga maya di media sosial tidak memberi kesan yang buruk kepada mereka.
BACA: Mekyun Ajak Normalisasikan ‘Reuse’ Baju Raya Lama, Muat Pakai Kebaya Ibu Sendiri!
Selain itu, wanita berdarah Tionghua itu juga turut memberi pesanan kepada masyarakat yang mahu meninggalkan komen tidak baik agar sentiasa berfikir banyak kali sebelum meninggalkan sebarang komen di media sosial kerana bimbang ia akan beri kesan buruk, lebih lagi kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Sekadar info, dalam perkembangan terkini, Mek Yun diberi kepercayaan membawa watak Dee dalam sebuah drama terbaru Perang Nasi Dagang arahan Issey Fazlisham yang ditayangkan di Astro Warna.
Sumber: Sinar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.