
ARTIKEL BERKAITAN: Impak Bawa Watak ‘Ayam’, Naim Daniel Bangga Turut Terlibat Dalam Projek: High Council

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Naim Daniel
Syasya Bukan Lagi Sebahagian Daripada DOLLA. Tarik Diri Atas Faktor Peribadi

Kumpulan pop wanita terkenal Malaysia, DOLLA hari ini telah mengumumkan pengunduran Syasya sebagai salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut.
Syasya, atau nama sebenar Noor Syasya Afiqah Shahrizal dikatakan mengundurkan diri atas faktor peribadi. Berita tersebut telah diumumkan menerusi Instagram rasmi kumpulan berkenaan.
“Kami sedar yang ketiadaan Syasya baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan anda semua. Dengan berat hati kami ingin mengumumkan yang Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri atas sebab peribadi,” kongsi penyataan tersebut.
Walaupun telah mengundurkan diri ahli kumpulan DOLLA yang lain menegaskan bahawa hubungan mereka bersama Syasya tetap utuh.
“Hubungan kami berempat sangat erat. Kami masih menganggap Syasya sebagai adik kami dan kami akan terus memberi sokongan kepadaya,” ujar mereka lagi.
Selain Syasya, DOLLA yang ditubuhkan pada tahun 2019 turut diangotai oleh Sabronzo, Tabby dan Angel. Kumpulan ini mengecap populariti apabila lagu mereka seperti Watch Me Glow, Bad dan Raya Raya Raya menjadi siulan ramai.
Selain berkemampuan menyanyi, mereka turut menampilkan showmanship yang baik menerusi tarian bertenaga sebagai sebuah girl group.
BACA JUGA: “Lebih Meriah, Lebih Bagus….” – Tabby DOLLA Mahu Lebih Banyak ‘Girl Group’ Maju Ke Hadapan
Biarpun tanpa kehadiran Syasya selepas ini, DOLLA akan terus maju kehadapan dan memberikan yang terbaik kepada peminat muzik mereka.
“Kami tetap akan memberikan komitmen yang penuh untuk teruskan perjalanan DOLLA dan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada peminat dan dan rakan media yang menyokong DOLLA selama ini,” kongsi kumpulan itu menerusi penyataan rasmi.
Sepanjang hampir lima tahun kerjaya DOLLA dalam dunia seni. Kumpulan ini telah berjaya memenangi beberapa anugerah antaranya seperti Artis Baharu Wanita Popular dan Kumpulan/Duo Popular di Anugerah Bintang Popular ke-34 dan 36.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Confirm Buat Penonton Menangis, Ini 4 Fakta Tentang Filem Indonesia June & Kopi

Isi Kandungan
ToggleSebuah lagi filem yang ditayangkan secara eksklusif di saluran Netflix, June & Kopi berjaya menarik perhatian penonton kerana jalan ceritanya yang ringan namun sarat dengan nilai-nilai murni yang diterapkan antara manusia dan haiwan peliharaan.
June & Kopi mengisahkan tentang Aya (Acha Septriasa) yang menjumpai seekor anjing jalanan dan membawanya pulang ke rumah. Namun begitu, kehadiran anjing tersebut mengundang rasa tidak senang oleh suaminya Ale (Ryan Delon) kerana menyifatkan anjing itu adalah anjing liar. Tambahan pula, Ale sudah memiliki seekor anjing peliharaan yang dinamakan sebagai Kopi. Sikap Kopi adalah lebih baik dan jinak berbanding anjing jalanan itu.

Aya berusaha keras untuk memujuk suaminya bagi meminta keizinan supaya anjing yang dinamakan sebagai June itu dibenarkan menetap di rumah mereka. Apa yang melucukan, June tidak suka kepada kanak-kanak dan hampir sahaja June diusir keluar dari rumah setelah Aya didapati mengandung.
Walau bagaimanapun, semenjak kelahiran anak mereka (Karin), June menjadi semakin rapat dengan Karin dan sentiasa melindunginya.
Filem ini menjadi tular di media sosial kerana kisahnya berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata. Kebijakan anjing peliharaan ini juga menarik perhatian kami dan ia secara tidak langsung memberikan lebih emosi terhadap pengakhiran jalan cerita ini.

Apa yang membuatkan ramai yang menangis bila menonton filem ini? Ha, korang kenalah tonton sendiri. Tak syok la kalau kami bagi spoiler kan. Hiks!
Banyak nilai-nilai murni yang dipaparkan dalam filem ini, seperti hubungan antara manusia dan haiwan peliharaan serta hubungan kekeluargaan yang penyayang.
Bagi yang belum atau sudah menonton filem ini, ada empat fakta menarik tentang June & Kopi yang korang perlu tahu.
1. Diinspirasi daripada pengalaman si pengarah
Pengarah filem ini, Noviandra menjelaskan bahawa jalan cerita June & Kopi diinspirasi daripada kisah sebenar yang dilalui olehnya. Karakter June diambil dari kisah anjing yang dipeliharanya yang memiliki tiga kaki dan sangat takut kepada lelaki. Sementara itu, Kopi diinspirasi daripada anjing peliharaan pertamanya yang bernama Cody.
Adengan yang dipaparkan antara keluarga Ale dan kedua-dua ekor anjing itu juga sebahagian daripada kisah dan caranya menjaga haiwan peliharaan itu.
2. Dilakonkan oleh anjing jalanan
Kedua-dua ekor anjing yang menjadi watak utama dalam June & Kopi adalah anjing jalanan yang ditemui di pusat perlindungan haiwan. Selain memainkan peranan sebagai pengarah filem, Noviandra juga menjadi pelatih bagi anjing jenis Mongrel dan Staffordshire Terrier itu.
Sebelum menjalani penggambaran, dua ekor anjing tersebut telah mendapatkan latihan selama dua hingga tiga bulan. Bukan hanya sekadar latihan lakonan, malah mereka juga diajar untuk menyampaikan emosi.
Oh, patutlah bijak. Kami pun terfikir macam mana anjing tu boleh pandai berlakon ya. Hehe!

3. Filem Indonesia kedua yang bertemakan persahabatan antara manusia dan anjing
Di Indonesia, kisah persahabatan manusia dan anjing masih belum banyak diangkat menjadi sebuah filem. June & Kopi adalah filem kedua yang bertemakan hubungan persahabatan antara manusia dan anjing selepas filem Boni dan Nancy yang ditayangkan pada tahun 1974.
4. Pengalaman pelakon berlakon bersama anjing
Acha Septriasa dan Ryan Delon turut menceritakan tentang pengalaman mereka berlakon bersama anjing dalam filem ini. Acha menjelaskan bahawa anjing tersebut sangat bijak dan telah dilatih dengan baik. Ia menghasilkan chemistry diantara mereka dan menjadikan lakonan mereka semakin mudah.
Sebagai pencinta anjing, Ryan Delon juga mempunyai pandangan yang sama seperti Acha dan dia juga mengakui June & Kopi berlakon secara professional di set penggambaran.

Bagi yang belum menonton, korang boleh tonton June & Kopi di saluran Netflix sekarang. Walau bagaimanapun, penonton kanak-kanak dinasihatkan untuk menonton bersama penjaga kerana dari segi agama Islam, tidak dibenarkan untuk memelihara anjing.
Apa-apa pun, filem ini memang santai dan wajib ditonton sekiranya korang memang pencinta haiwan.
Selamat menonton!
Sumber: kompas.com
Happy Birthday! Lihat 9 Foto Transformasi Lisa Manoban (Blackpink)

Isi Kandungan
Toggle
Siapa yang tidak kenal dengan Lisa Manoban?
Setelahh tersenarai di tangga ketiga wanita tercantik dunia pada tahun lalu, Lisa hakikatnya bukan saja memiliki rupa paras yang menarik.
Ahli kumpulan Blackpink ini juga merupakan seorang yang bekerja keras, berbakat, mempunyai personaliti aegyo yang mencuit hati, pemurah dan merupakan seorang idol yang dijangka boleh bertahan lama dalam dunia hiburan Korea Selatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Mulianya Lisa Blackpink Bantu Mangsa Banjir Thai
Sempena hari kelahiran Lisa yang ke 23 hari ini, jom lihat transformasinya dari usia 10 tahun ke 23 tahun.
10 Tahun
Lisa dilahirkan di Bangkok Thailand dan merupakan anak tunggal menurut SBS Cultwo Show (2017).
12 Tahun
Sebelum dikenali sebagai Lisa, nama sebenarnya ialah Pranpriya dan rakannya memanggil Lisa dengan nama panggilan Pockpack.
Lisa mula dikenali sebagai Lalisa setelah bertemu dengan seorang tukang tilik. Lalisa bermaksud yang dipuji.
13 Tahun
Pada usia 13 tahun, Lisa menjadi satu-satunya peserta yang terpiih untuk menyertai YG menerusi ujibakat YG yang diadakan di Thailand.
14 Tahun
Lisa memulakan training bermula April 2011 dan ia berterusan selama 5 tahun 3 bulan. Sepanjang tempoh tersebut, Lisa meneruskan pengajian dan menetap di Korea Selatan hinggalah sekarang. Di sana juga, Lisa belajar untuk bertutur dalam bahasa Korea, Inggeris, Jepun, Mandarin dan tentunya bahasa ibunda, Thai.
16 Tahun
Jika di Thailand, mereka menggelar ahli kumpulan 2PM, Nickhun sebagai Thailand Prince. Lisa pula kini digelar sebagai Thailand Princess. Untuk pengetahuan, antara kemunculan terawal Lisa dalam dunia K-Pop adalah menerusi muzik video ‘Ringa Linga’ nyanyian Taeyang Big Bang.
19 Tahun
Lisa bukan saja berbakat dalam rapping, tetapi dia juga boleh bermain alat muzik seperti ukelele dan gitar normal.
20 Tahun
Seperti kita semua, Lisa juga sukakan makanan (how does she stay thin all this while?!) Antara makanan kegemaran Lisa adalah French Fries, Gamjatang dan minuman manis.
21 Tahun
Ramai yang berangggapan Lisa mempunyai bakat semulajadi sebagai seorang penari dan ia juga diakui di kalangan ahli grup Blackpink.
Menurut bekas ahli kumpulan BigBang iaitu Seungri, dia selalu akan teringatkan Kang Daesung setiap kali berjumpa dengan Lisa memandangkan mereka berdua mempunyai aura dan energy yang hebat.
22 Tahun
Pada tahun 2019, Lisa menjadi idol K-pop paliing popular di Instagram dengan jumlah pengikut paling ramai. Populariti itu juga adalah salah satu faktor bagaimana Lisa terpilih sebagai mentor untuk rancangan iQIYI Idol Producer versi China musim ketiga. Ramai netizen baru-baru ini terkejut dengan ketegasan Lisa dalam mengajar anak buahnya.
23 Tahun
Dan apabila sudah menjengah ke usia 23 tahun, tentunya ramai yang tertanya-tanya apakah jenis lelaki yang disukai oleh Lisa.
Menurutnya, dia menyukai lelaki yang lebih berusia daripadanya, yang boleh menjaga dirinya dengan baik, seorang yang baik hati, pandai memasak dan mempunyai gaya hidup yang secocok.
*
Korang rasa korang adalah lelaki idaman Lisa? Hehe..
Ucapkan dahulu Happy Birthday di profil Instagram-nya!