Senyap-senyap, tau tau Najwa Latif dah jadi pensyarah. Hebatnya!
Bukan mudah mengimbangi karier sebagai pensyarah dan penyanyi, penyanyi yang mula mencipta populariti dengan single Cinta Muka Buku yang dilancarkan pada 2011 ini kini menjawat pensyarah di Fakulti Pendidikan, Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM).
ARTIKEL BERKAITAN : Najwa Latif Kini Sah Bergelar Isteri Rapper Akwa Arifin
Untuk pengetahuan semua, Najwa yang merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Antarabangsa Unitar dan sarjana bidang yang sama dari Universiti Malaya.
Kini beliau melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Lama menyepi dari industri hiburan tempatan, penyanyi yang sering tampil dengan gitar akustik itu kembali menjadi topik perbualan peminat susulan statusnya selaku pensyarah tular di laman sosial baru-baru ini.
Menerusi perkongsian warganet di laman X, Najwa kini berkhidmat sebagai pensyarah sepenuh masa di UiTM Dengkil sejak Oktober lalu dan mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar di peringkat Asasi.
Isteri kepada komposer Akwa Ariffin itu menjawat jawatan tetap pensyarah bermula 15 Oktober 2024 dan berkepakaran dalam bidang TESL, pengajian dalam talian, dan pendidikan bahasa abad ke-21.
Najwa terdahulu popular sejak 2010 selepas memuat naik lagu saduran ke YouTube iaitu Baby nyanyian Justin Bieber.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.