Masyarakat Malaysia dapat menarik nafas lega apabila ketika negara dilanda wabak pandemik COVID-19, pihak kerajaan telah pun membenarkan moratorium untuk tidak membayar ansuran kereta selama 6 bulan bermula April lalu.
Bagi golongan yang benar-benar memerlukan dan terjejas akibat situasi pandemik sememangnya moratorium ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan beban, namun sebaliknya ada yang melihat situasi ini menjadikan duit mereka makin banyak.
Tambahan pula, di waktu pandemik ini banyak diskaun diberikan dan membuatkan pengguna rambang mata.
“Rasa nak tukar kereta la bro, teringin aku nak pakai Civic baru tu”.
“Pakai jer bro, apa guna ada duit simpan. Bukan boleh bawa mati”.
“Geram aku, duit pun tengah ada nie. Lepas deposit aku nie”.
“Jom kita beli, banyak diskaun waktu ekonomi teruk nie. Rugi tak beli nanti”.
Ini adalah antara dialog-dialog yang biasa kita dengar bila mana ada yang merasakan kewangan mereka masih stabil di saat berlakunya pandemik.
Menurut Azizul Azli Ahmad
, bila duit moratorium makin banyak, jangan rasa kita makin mewah. Waktu beginilah kita mudah rasa kereta kita kecil, tak selesa, banyak ragamnya sebab duit tengah ada.Persoalannya adakah boleh kita beli kereta waktu situasi pandemik begini?
“Boleh, asal ikut rule of thumb yang diberikan”.
Tukar kereta baru jika simpanan kecemasan kita dah cukup dan deposit bukan daripada dana kecemasan. Berikut merupakan panduan untuk korang faham bolehkah ada kereta waktu ekonomi seperti sekarang:
1. Pastikan bayaran kereta tidak lebih 15% daripada gaji kita
2. Harga kereta adalah setahun pendapatan kita. Gaji RM3000 x 12 = RM36,000
3. Guna formula 20:7:15
Deposit 20%
Tempoh biaya jangan lebih 7 tahun
Ansuran bulan tak lebih 15% gaji
Ada yang nak tukar kereta baru ke? Macam mana dengan pengiraan yang diberikan ini, cukup tak dengan gaji korang?
Apa-apa pun pilihan tetap ditangan korang, tepuk dada tanya selera!
Sumber: Azizul Azli Ahmad