Nak Beli Rumah? Semak Senarai Pemaju Bermasalah Dikeluarkan Oleh KPKT Sebelum Tertipu

Share

Ramai antara kita bercita-cita memiliki rumah sendiri. Yalah, ada yang kata sampai bila hendak menyewa. Kalau bayar sikit-sikit pada bank pun satu hari nanti akan jadi hak kita juga. Kalau menyewa hanya tuan rumah saja yang untung. Betul tak? Bagi korang anak muda yang ingin membeli rumah atau ada bercita-cita memiliki rumah sendiri, sila baca senarai lengkap yang dikelurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai pemaju bermasalah dan pemaju-pemaju yang sudah disenarai hitam sebelum tertipu.

REMAJA kongsikan info berguna dari fb Jumpa Kat Mahkamah

yang mana peguam-peguam ini berkongsi maklumat yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan senarai pemaju-pemaju bermasalah. Pemaju-pemaju yang disenarai hitam terlibat dengan projek perumahan yang terbengkalai & ada yang tidak mempunyai lesen. Senarai ini boleh diakses oleh orang awam sepenuhnya di http://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/43?fbclid=IwAR2Bd06ddKPkesCwhYjt_754yklvUotmU377IwsGhm7_GEJjC0PDS8L_twE

Ini sebahagian senarai pemaju yang engkar, kena saman dan telah di black list oleh Kementerian Perumahan  dan Kerajaan Tempatan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros