Ramai yang sudah tidak sabar untuk pergi bercuti ke Langkawi, selepas pembukaan semula yang bakal dibuat pada 16 September ini. Walau bagaimanapun, pengunjung perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sekiranya mahu melancong ke pulau lagenda itu.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah pun mengumumkan SOP bagi pelancong domestik seluruh negara, termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Berikut kami senaraikan antara SOP yang perlu dipatuhi oleh para pengunjung di Langkawi.
• Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi
• Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC
• Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;
• Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis
• Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguat kuasa agensi pematuhan SOP
• Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gimnasium, lounge, dewan, MICE, acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP kementerian/jabatan/agensi yang berkaitan; aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, pengembaraan ekstrim/ taman semulajadi, ladang, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial; aktiviti pelancongan minat khas (golf, selam skuba, basikal, kapal layar dan sebagainya)
• Aktiviti Eko Geo-Kembara (memerhati watching, teroka gua, mendaki gunung, white water rafting, hiking, treking hutan, berkhemah dan sebagainya)
• Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain
• Taman tema dan pusat hiburan keluarga
• Lawatan bersifat akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi
Dah ada SOP ini jangan tak ikut pula ya. Dengarnya, syarikat penerbangan tambang murah pun sedang menawarkan harga runtuh untuk tiket ke Langkawi. Apa-apa pun, sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa amalkan memakai pelitup muka okay? Kita masih belum menang lagi untuk mengawal penularan wabak ini, namun kehidupan tetap perlu diteruskan seperti biasa.
Stay safe and take care!
Sumber: (1)