Rezeki itu ada di mana-mana dan kadangkala kita sendiri pun tidak pasti ke manakah hala tuju kerjaya terutamanya buat korang yang masih muda dan baru tamat belajar.
Menimba pengalaman dan bertukar tempat kerja merupakan satu lumrah yang dilakukan oleh ramai orang terutamanya di kalangan generasi millenial.
Korang kini bukan lagi seperti generasi yang lalu; lebih berani, terbuka, berani bersuara dan mahukan cabaran dalam hidup.
Berhenti kerja untuk mencari pengalaman baru atau menerima tawaran yang lebih baik bukanlah satu perkara yang negatif. Namun, cara kamu berhenti itu amat penting kerana ia bukan sahaja melibatkan reputasi tetapi kepada orang lain terutamanya majhikan dan rakan sekerja yang mahu korang tinggalkan.
Jangalah kita menjadi seorang yang bila mahu berhenti sahaja seribu satu hal yang tidak mendamaikan orang lain. Jangan lakukan 5 perkara ini jika korang nak berhenti kerja!
Jangan kerana ikutkan nafsu dan perasaan kamu menyesal kemudian hari. Berhenti kerja adalah satu keputusan yang sangat besar kerana ia melibatkan masa depan serta kerjaya. Sebelum menghantar surat berhenti kerja, fikirlah dengan sehabais baik dan hati terbuka. Tanya diri sendiri adakah ini merupakan keputusan terbaik. Dan jangan berhenti secara tiba-tiba kerana ia boleh membuat rakan-rakan sekerja kecil hati. Mereka merupakan sahabat yang korang habiskan masa hampir setengah hari bersama!
Ambil keputusan untuk berhenti bukan bermakna korang bebas daripada tanggungjawab serta tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh majikan. Jika korang masuk dengan baik, keluarlah dengan cara yang baik juga. Sebelum berhenti selesaikan segala tugasan dan jangan bebankan majikan dan rakan sekerja yang lain. Paling tidak pun hari terakhir tinggalkan syarikat, beritahulah majikan status tugasan kamu supaya ia boleh diteruskan oleh orang lain dengan lancar.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Sebab Korang Kena Elak Beli Kereta Sambung Bayar
Walau apa sekali sebab korang ingin berhenti ia bukanlah boleh dijadikan alasan untuk korang memburuk-burukkan majikan atau rakan sekerja yang lain. Jika benar korang berhenti sebab sudah tidak ada hati bekerja si situ, maka pergilah dengan baik. Ketahuilah bahawa ada kemungkinan majikan korang di masa akan datang akan hubungi majikan lama untuk mengetahui serba sedikit tentang korang.
Seperti yang dinyatakan dalam poin di atas, walau apa pun berlaku di pejabat janganlah jadikan ia alasan untuk korang mengutuk, mengeji atau berkata buruk terhadap majikan. Apatah lagi jika korang pergi meroyan di laman media sosial. Ia seolah membuka pekung kamu sendiri sebenarnya. Apatah lagi perkara yang korang sebarkan itu tidak benar dan hanya spekulasi tanpa bukti semata-mata. Dan tahukah korang bahawa sekarang banyak syarikat yang ingin mengambil pekerja baru turut memeriksa kandungan laman media sosial calon-calon perkerja?
Perkara begini banyak berlaku di kalangan generasi millenial. Kadangkala ramai di antara korang yang berhenti kerja disebabkan oleh emosi semata-mata. Dan disebabkan itu korang berhenti tanpa ada back up plan. Ia adalah amat merugikan korang sahaja. Berhenti tanpa ada arah tuju ke mana untuk pergi adalah satu perbuatan sia-sia. Sebelum berhenti carilah pekerjaan lain dahulu. Kalau tidak bagaimana kamu ingin teruskan hidup dengan komitmen pelbagai hutang dan tanggungan setiap bulan?
Diharapkan perkongsian daripada REMAJA kali ini dapat membantum korang yang dalam dilema untuk berhenti kerja. Apa yang paling penting jangan buat keputusan berlandaskan emosi semata-mata. Fikir sebelum merana! 🙂