Tidak dinafikan ramai individu yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, lebih-lebih lagi anak muda yang belajar di perantauan. Walaupun kos hidup di sana lebih tinggi, tetapi pendapatan bulanan yang diterima sangat tinggi berbanding di negara kita.
Kami pasti ramai yang ingin tahu bagaimana cara untuk berhijrah ke luar negara. Apa prosedur yang kena buat? Borang apa nak kena isi?
Untuk menjawab persoalan yang sering bermain di fikiran, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Syuhada Ratar telah pun berkongsi pengalaman peribadinya yang telah berhijrah ke New Zealand (NZ).
Hijrahnya di bumi Kiwi itu bermula pada Januari 2019 setelah bertahun merancang dan ada sahaja kekangan yang diterima. Menurut Syuhada, perkara pertama yang perlu diambil kira sebelum berhijrah ke luar negara adalah dengan mendapat restu daripada ibu bapa terlebih dahulu kerana insyaAllah segala urusan korang akan dipermudah.
Untuk yang memilih NZ sebagai destinasi penghijrahan, ada beberapa pilihan visa untuk tujuan berbeza seperti kerja, belajar, tinggal terus atau berniaga. Antara visa yang paling mudah untuk lulus ialah Working Holiday Visa (WHV). Visa ini ada had umur, jadi bagi orang muda dan baru bermula nak berhijrah, visa ini paling sesuai untuk cuba hidup di negara asing.
Kos untuk visa ini adalah NZD $280, had umur mestilah diantara 18 hingga 30 tahun. Kiraan umur bukan ikut tahun tapi ikut tarikh lahir. Setiap tahun permohonan akan dibuka dan hanya 1,150 orang sahaja kuota yang diberikan. Tiada syarat khas, jadinya mudah di situ. Cuma, korang kena ada sekurang-kurangnya NZD $2,250 untuk sara hidup selama di NZ.
Apa yang korang boleh buat dengan visa ini? Boleh kerja dan belajar tetapi selama pegang visa ini korang tidak boleh mohon kerja tetap. Visa ini juga hanya boleh dimohon sekali sahaja, dah ada rekod tidak boleh mohon lagi.
Bagi individu yang berumur lebih 30 tahun dan ingin cuba untuk bekerja di NZ, boleh mohon dari Malaysia dan visa ini wajib granted dulu baru boleh masuk NZ. Nama visa ini ialah Recognised Seasonal Employer Limited Visa. Syarat utama mestilah berumur 18 tahun ke atas.
Ads
Caranya, mohon kerja di tempat itu > dapat tawaran kerja > mohon visa > bayar NZD $307 > visa granted dan boleh terbang terus ke NZ
Bagi yang rasa tidak boleh memohon dua visa ini dan ingin bekerja dalam bidang tertentu, boleh cuba untuk cari kerja sendiri. Ada beberapa trusted laman web untuk mohon pekerjaan dan antaranya adalah seperti berikut:
Trade me
Kerja bawa orang pergi hiking pun ada, boleh mohon terus dengan syarikat tersebut.
Ads
Seek.nz
Kebanyakan majikan ingin kemasukan terus pekerja dai memang mereka cari yang sudah berpengalaman dan ada working visa dan pemohon ada di NZ. Tapi tidak salah mencuba kan?
Belajar buat resume ikut spek NZ dan wajib ada cover letter. Resume di sana sangat simple dan direct.
Medical report wajib buat kalau berniat nak tinggal di NZ lebih daripada 12 bulan.
Ini pula Sijil Kelakuan Baik (SKB), wajib bagi yang berniat nak tinggal di NZ lebih daripada 24 bulan. SKB ini juga ada had masa, kena kurang daripada 6 bulan pada tarikh visa dimohon.
Boleh mohon di www.kln.gov.my. Sewaktu Syuhada mohon pada 2019 bayarannya ialah RM20. Bila SKB dah dikeluarkan kena pergi pejabat pos untuk buat money order. Nanti SKB akan dipos ke alamat rumah.
Dokumen penting harus dialih bahasa ke bahasa Inggeris sepenuhnya. Tapi, bukan semua translator boleh buat ya. Boleh guna penterjemah mahkamah tapi banyaklah duit kena keluar.
Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang telah dibuat. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada individu yang ingin berhijrah ke luar negara.
Lepas lihat perubahan Datuk Rina Harun baru-baru ni semua orang pasang niat nak kurus. Betul tak?
Hanya hanya untuk kelihatan cantik, amalan gaya hidup sihat boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit pada masa hadapan. Tapi kalau mulut asyik ‘mengunyah’ je, memang sampai ke tua agaknya angat-angan korang tu.
Jadi buat korang yang dalam proses ingin mengurangkan berat badan. Penjelasan daripada Dr Rizal Abu Bakar tentang perbezaan warna pinggan mempengaruhi cara makan seseorang ini mungkin membantu.
Kalau korang perasan la kan semua kedai makan atau restaurant akan mengunakan pinggan putih. Betul tak?
Tahu tak apa sebabnya?
Jawapannya :
Soalan ini dikaji oleh Oxford University. Soalan lain mereka tanya ialah manusia makan kerana bau, rasa atau apa? Mereka terbitkan kajian dalam jurnal saintifik Appetite.
Bila mereka kaji mereka berjumpa dengan jawapan yang sangat menarik. Bila guna pinggan putih, orang makan banyak. Mereka kata makanan sedap.
Bila makanan sama diletak dalam pinggan warna merah, mereka makan sikit. Mereka kata kurang sedap. Menarik bukan?
Ini contoh bagaimana manusia membeli dengan mata. Makanan sedap kerana mata. Bukan lidah. Bukan bau.
Apa yang boleh kita belajar?
1. Cuba semak pinggan kat rumah. Warna apa? Kalau nak kurangkan makan, gunalah pinggan warna merah.
2. Kalau anda orang bisnes, pastikan anda guna warna putih, bersih, murni warnanya. Lebih sedap makanan anda.
3. Kalau nak menang hati pasangan, serve dengan pinggan putih. Cawan pun putih. Makanan dan minuman jadi sedap. Lepas tu baru cakap yang anda mahu cakap.
Biasanya hajat lebih mudah dapat dan ditunaikan.
.
Ini contoh powernya research dalam bidang neuromarketing. Bukan saja bagus untuk bisnes. Malah boleh diguna dalam rumahtangga.
Tip menarik ni, harapnya tak sold out la pinggan merah ni dekat pasaraya…hehe
Susulan beberapa lagi kejadian serangan yang berlaku ke atas rakyat Palestin kebelakangan ini, masyarakat dunia kini sedang bergiat rancak menghantarkan bantuan kemanusiaan ke negara tersebut dengan harapan agar bebanan yang mereka rasakan serba-sedikit dapat dikurangkan.
Rakyat di Malaysia juga tidak kurang aktifnya dalam usaha kita bagi mengumpul bantuan buat rakyat Palestin. Antara yang menarik perhatian adalah kempen solidariti khas ‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’ yang menampilkan juara Hero Remaja 2011/2012 itu.
Kempen ‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’ menyasarkan penjualan 500,000 botol minuman jenama NEX dalam masa 24 jam dan bagi setiap jualan botol minuman, RM0.50 akan disalurkan bagi mencapai sasaran sebanyak RM250,000. Hasil kutipan ini seterusnya akan disalurkan terus bagi usaha bantuan di Gaza melalui NGO kemanusiaan, Cinta Gaza Malaysia (CGM).
Bagi memperingati tragedi serangan rejim zionis ke atas rakyat Palestin pada 7 Oktober 2023, NEX memilih melangsungkan kempen ini pada 17 Oktober 2025. Ia simbolik untuk menukar tarikh duka menjadi tarikh yang memberi harapan kepada kesejahteraan rakyat Palestin.
Ketika ditemui di pelancaran kempen solidariti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Fattah berharap agar inisiatif ini akan mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia yang kaya dengan nilai kemanusiaan.
“Ini bukan sekadar tentang sebuah jenama (NEX); ini tentang menggunakan platform kami untuk menyatukan rakyat Malaysia demi satu tujuan yang lebih besar.
“Kami berharap setiap hirupan membawa doa, setiap pembelian menyampaikan harapan,” katanya.
Selain Fattah, pendakwah bebas Imam Muda Asyraf yang turut berada di situ berkata, amalan kecil seperti membeli sebotol air minuman ini boleh menjadi sedekah jariah dan pahala berpanjangan yang memberi kelegaan kepada saudara kita di Palestin.
Khabarnya, Fattah dan Imam Muda Asyraf juga akan melakukan penampilan khas di beberapa buah masjid terpilih di sekitar Lembah Klang pada hari kempen 17 Oktober kelak sebagai usaha promosi.
Kepada korang yang ingin turut serta membantu, korang boleh mendapatkan botol edisi terhad NEX di TikTok Shop dan di 500 masjid seluruh negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keluarga diraja Jepun merupakan keluarga diraja yang paling tua dalam sejarah dunia. Ketika ini Maharaja Naruhito merupakan maharaja ke-126 negara matahari terbit itu yang menduduki takhta bunga kekwa (chrysanthemum throne) di dalam Istana Diraja Kyoto.
Atas faktor tradisi, keluarga diraja Jepun saat ini hanya memiliki 18 orang ahli jika hendak dibandingkan dengan keluarga diraja negara lain yang memiliki senarai ahli yang ramai. Anak perempuan dalam keluarga diraja Jepun perlu berkahwin dengan lelaki dari golongan bangsawan yang berdarah diraja jika mereka mahu terus kekal sebagai seorang puteri. Namun syarat ini tidak tertakluk kepada seorang putera. Jika seorang putera berkahwin dengan perempuan kebanyakan, isteri mereka akan secara automatik menjadi kerabat diraja.
Keluarga diraja Jepun.
Terbaharu, Puteri Mako yang merupakan anakanda kepada Putera Mahkota Akishino bakal kehilangan statusnya sebagai seorang puteri raja, tidak lagi boleh menggunakan gelaran sekaligus perbelanjaannya tidak akan ditanggung oleh kerajaan Jepun. Dia bakal berkahwin dengan Kei Komura, jejaka dari golongan kebanyakan pada penghujung tahun ini.
Kebiasaannya seorang puteri raja yang berkahwin dengan orang kebanyakan, akan melalui satu majlis khas dan kemudian mereka akan diberikan sejumlah wang yang besar sebagai tanda lucutnya taraf mereka sebagai puteri raja dan wang tersebut akan digunakan sebagai permulaan kehidupan baharu.
Puteri Mako bersama keluarganya. Sumber gambar: Japan TimesSumber gambar: Vogue
Dalam hal Puteri Mako, menurut sumber, khabarnya dia dipercayai tidak akan melakukan sebarang majlis dan menolak wang bernilai RM5.6 juta yang ditawarkan kepadanya. Setelah berkahwin dengan Kei Komura dia dikatakan akan berhijrah ke Amerika Syarikat lantaran bakal suaminya yang membina karier sebagai peguam di sana.
Sebelum ini pada tahun 2005, ibu saudara Puteri Mako, Princess Nori yang kini dikenali dengan nama Sayako Kuroda telah meninggalkan keluarga diraja Jepun atas faktor yang sama dan menurut sumber, dia dibayar sebanyak RM4 juta ringgit sebagai wang untuk memulakan kehidupan baharu sebagai orang kebanyakan.
Puteri Mako bersama adindanya, Puteri Kiko ketika hari pertabalan bapa saudaranya, Maharaja Naruhito. Sumber gambar: Tatler
Isu ini bukanlah isu yang baru bagi keluarga diraja Jepun. Sebelum ini ada usul untuk meminda undang-undang agar seorang puteri boleh mewarisi takhta dan sekaligus bergelar seorang ratu. Namun sejak kelahiran adinda Puteri Mako, Putera Hisahito pada tahun 2006, usul tersebut telah dibatalkan.
Bapa saudara Puteri Mako, Maharaja Naruhito memiliki seorang anak perempuan iaitu Puteri Aiko. Disebabkan itu, bapa Puteri Mako dan adinda bongsunya kini berada di kedudukan pertama dan kedua dalam susunan untuk menjadi maharaja yang seterusnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.