Pasangan penyanyi, Rizky Febian dan Mahalini Raharja baru sahaja mengikat tali pernikahan pada 10 Mei lalu dan walaupun baru sahaja berkahwin sudah pasti ada yang ingin tahu berapa orang anak yang diinginkan oleh pasangan pengantin baru itu.
Pelantun lagu Hingga Tua Bersama itu nampaknya mengungkapkan hasrat untuk memiliki 12 orang anak ketika ditemubual SL Media selepas menjalankan proses akad nikah Jumaat lalu.
Ketika ditanya oleh hos SL Media berapa jumlah anak yang diinginkan oleh mereka. Mahalini sempat menunjukkan jari dua (2) sebagai hint tetapi Rizky sengaja mengatakan bahawa dirinya ingin memiliki 12 orang cahaya mata.
“Kalau punya anak, mahunya berapa?”, tanya hos SL Media.
“11 (anak) sama pemain ganti 1,” ujar Rizky Febian sambil ketawa dan dipukul Mahalini.
Bukan sahaja Mahalini yang terkejut mendengar jawapan daripada suaminya. Malah hos tersebut juga terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh anak sulung pelawak, Sule itu.
Walau bagaimanapun, itu hanyalah gurauan dan Rizky sempat membetulkan semula dengan menjawab, “tidak, 2 saja cukup”.
Dalam masa yang sama, hos tersebut juga sempat menyarankan mereka untuk memiliki empat (4) anak.
“Rizky 2, Lini 2. Kalau ditambah jadi 4 (anak)”, ujar hos tersebut dan Mahalini langsung menidakkan ia dengan melambaikan tangan sebagai tanda ‘tidak’.
Apa pun, tidak kisahlah berapa orang anak yang mereka mahukan. Sebaiknya, mereka nikmati dulu saat indah sebagai pengantin baru dulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.