Pesan ibu bawa hingga ke akhir hayat….

Begitulah pelakon yang juga isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Haziq Nadzli, Eyra Hazali yang sentiasa memegang rapi pada nasihat orang tuanya dalam menjalini kehidupan seharian.

Menerusi ciapan di Twitter, pelakon naskhah popular Nur 2 itu berkongsi, ibunya berpesan agar sentiasa menjaga nama baik orang tua terutama bapa kerana namanya sentiasa di bawa ke mana sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang Ambil Masa & Perlu Yakin Dengan Allah” Shazz Zainuddin Titip Nasihat Buat Remaja Yang Alami Depresi

“Nak Buat Perangai… Fikirlah Nama Ayah” Eyra Hazali Ingat Pesan Ibu, Rata-Rata Warganet Turut Bersetuju

Ads

“Ibu saya selalu pesan; ‘nak buat perangai, tidak fiikir diri sendiri, tidak mengapa. Tetapi fikirlah nama ayah. Kemana sahaja korang pergi, korang bawa nama ayah sekali tau’,” ciapnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan ciapan pelakon tersebut kerana rata-ratanya menerima titipan pesanan yang sama daripada orang tua mereka.

“Sama seperti kata arwah ibu saya, tetapi bezanya cuma ‘sebelum buat salah, ingat mak abah…tidak kasihan kah lihat mak abah yang bersusah mencari rezeki siang malam untuk korang, tidak minta balas apa pun. Cukup jadi anak-anak yang baik untuk mak abah, kami dah syukur sangat,” balas seorang pengguna menerusi ruangan komen.

Ads

“Nak Buat Perangai… Fikirlah Nama Ayah” Eyra Hazali Ingat Pesan Ibu, Rata-Rata Warganet Turut Bersetuju

“Betul. Mak kata, ‘orang tidak tanya ‘siapa nama budak itu’ tetapi orang tanya ‘anak siapa itu, siapa ibu bapa budak itu?’. Jadi, jagalah nama mak ayah sebaiknya. Apatah lagi muka kau itu sebijik copy paste muka maka atau ayah kau,” komen pengguna lain.

Ads

Setakat ini, ciapan berkenaan telah meraih lebih lima ribu ulang ciap, lapan ribu tanda suka dan lebih 80 jumlah komen.

Sekadar informasi, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 November 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Hayder Qalish dan Endra.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Twitter & Instagram Eyra Hazali

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI