Nak Cuba Jadi Content Creator Tapi Tak ‘Confident’, Ini 4 Tip Safwan Nazri

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Dah besar panjang dah dia..

 

Tempoh 4 tahun lepas telah menyaksikan perubahan mendadak dalam diri finalis pencarian Hero Remaja 2017, Safwan Nazri.

Bermula dari gelaran ‘selebriti Vine’ pada tahun 2016-2017, Safwan semakin ke hadapan sebagai seornag content creator, pempengaruh dan juga pelakon. Terbaru, Safwan juga semakin sibuk mengusahakan francais perniagaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Safwan Nazri Buka Cawangan Keempat Ayam Goreng Cheese

Sempena hari kelahiran Safwan Nazri pada hari ini, penulis ingin throwback sebentar beberapa tip yang diberikan olehnya semasa sesi Instagram Live, tak lama dahulu dengan Remaja.

Sebagai seorang content creator yang mampu mencecah lebih 1 juta tontonan bagi setiap video yang dimuat naik olehnya, pastinya ada sesuatu yang ingin dikongsikan olehnya

 

01

Kalau Nak Buat, Buat Je

“Tak kiralah korang muda ke tua ke, just do it. Saya perlahan-lahan mula merekod video sejak zaman degree. Pada masa itu saya usahakannya dengan kawan saya, Ayiep. Dari situ, kami mula menerima pelawaan untuk melakukan Instagram Review.

“Saya ingat lagi, klien hanya ingin membayar RM250 dan kami berdua merasakan jumlah itu cukup besar. Iyalah, itu adalah sumber pendapatan pertama kami berdua sebagai content creator. Setelah menerima bayaran kami terus belanja satu rumah sewa! (ketawa). Pada waktu itulah, saya mula memikirkan hobi sebagai content creator ini sebenarnya boleh menjana duit dan dijadikan karier.”

 

02

Peralatan Canggih Bukanlah Kayu Pengukur

“Jujurnya, peralatan mahal dan canggih perlu kita tolak ke tepi. Tanpa mempunyai kamera canggih dan hanya menggunakan telefon saja, tapi jika inti pati video kita itu mantap – ramai yang akan setia menanti video seterusnya. Saya sendiri pun bukannya pakai peralatan canggih sentiasa. Selalunya, saya hanya gunakan iPhone dan menyunting (edit) menggunakan iMovie saja untuk cut dan masukkan subtitle.

“Hanya jika saya merekod video untuk klien dan video-video di YouTube, saya akan gunakan kamera Sony A6300 dan menyunting di Adobe. Tapi ingat, yang penting adalah idea itu sebenarnya.”

 

03

Nak Mula Tapi Malu Tiada Ramai Followers, Patutkah Teruskan?

“Bagi saya, mana-mana potential content creator perlu bermula dari satu poin. Kalau tak, mana nak tau kita minat ke tak nak teruskan jadi content creator. Saya dulu pun bermula dengan jumlah followers yang tidak ramai. Saya mula dari kosong, tapi saya tak kisah jika video pertama, kedua saya itu tidak ditonton ramai orang.

“Saya cari inisiatif menghantar video saya ke semua akaun viral. Lawak Ke Der lah, Tonjet lah, Tongek lah, Hangit, Hambar… macam-macam lah. Ini semua adalah usaha saya untuk admin akaun mula mengenali nama saya dan dengan harapan mereka akan tularkan video saya. Alhamdulillah, sehingga sekarang ramai yang repost video saya. Jangan sesekali malu. Apabila kita nak mulakan sesuatu, yang penting adalah kita kena berani mencuba.”

 

04

Next Step Is..

“Saya pun masih belajar poin keempat ini. Tapi untuk kita menjadi seorang content creator

yang lebih ke hadapan, kita kena tahu apa perancangan kita yang seterusnya. Jangan terlalu selesa dengan kejayaan kita yang sementara. Itu adalah salah satu sebab saya sertai pencarian Hero Remaja 2017. Dari situ, saya mula gilap bakat saya.

“Selain tawaran klien untuk hasilkan video, rezeki menjadi hos digital semasa Dewi Remaja 2018/2019 pula membuka pintu dunia lakonan kepada saya. Saya akan ingat pengalaman itu sampai bila-bila apabila abang Yusri (Abdul Halim) tawarkan megadrama pertama saya.

“Apapun, saya tidak sesekali tinggalkan karier sebagai content creator. Kita kena konsisten muat naik video supaya orang ingat keistimewaan kita.”

*

Sekali lagi, Happy Birthday Safwan Nazri!

Published by
FZ