Bukan mudah untuk seorang remaja bertemu dengan ibu bapa pasangannya dan ‘meminta izin’ sebelum membawa anak mereka keluar bertemu janji.
Tapi betapa susah dan mendebarkan pun pengalaman korang, well, korang tak jumpa lagi ibu bapa yang mempunyai perangai seperti chef selebriti Inggeris, Gordon Ramsay!
Nama Gordon yang popular menerusi program televisyen seperti Kitchen Nightmares dan Hell’s Kitchen baru-baru telah menjadi tular bukan disebabkan kata-katanya yang pedas dan ‘tidak mempunyai insuran’. Namun ia adalah disebabkan perangainya sewaktu bertemu dengan teman lelaki anak perempuannya, Megan.
ARTIKEL BERKAITAN : Dua Kali Cuba Dicabul, Anak Gordon Ramsay Dedah Trauma Hingga Masuk Wad – REMAJA
Sewaktu Gordon membuat kemunculan bagi program The Kelly Clarkson Show pada minggu ini, Gordon menggelar teman lelaki Megan bernama Byron itu sebagai ‘sedikit kasihan’ apabila dia ditanya mengenai dating life anaknya yang kini berusia 22 tahun itu.
“Dia okay saja. Kamu (Kelly) tentunya mahukan anak perempuan kamu bertemu janji dengan seorang lelaki sejati dan dia cuma, sedikit kasihan (a little bit pathetic). Saya pernah ingin ‘membunuh’ si dia,” katanya dalam nada bergurau.
Gordon juga mendedahkan dia berjaya mendapatkan nombor telefon Byron daripada anak perempuan bongsunya, Tilly setelah berjanji tidak akan melakukan sebarang tindakan kejam pelik terhadap Byron.
Gordon mendapati Byron dan Megan sedang makan malam bersama pada waktu tersebut dan tanpa rasa bersalah, Gordon bertindak untuk memanggil Byron menggunakan fungsi FaceTime! Katanya, Byron menjawab dengan suara yang sedikit menggeletar sebelum berkata, “Byron, ini adalah saya (Gordon Ramsay), bukannya bakal ayah mertua engkau!”
OMG
Biarpun ia adalah sekadar taktik gurauan Gordon, Megan tidak menunggu lama sebelum mengambil telefon tersebut dan meletakkannya.
Bagaimanapun, ada sebab mengapa Gordon bertindak sedemikian. Jelasnya, sebagai seorang ayah adalah normal baginya untuk berkelakuan protektif terhadap Megan dan berharap agar Byron mampu menjaga dan melindungi anaknya itu.
Guys, kalau korang terpaksa berdepan ayah pasangan seperti Gordon Ramsay; korang sanggup ke?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.