Idea asalnya nak enjoy bercuti, tapi disebabkan keadaan cuaca yang semakin tak mengizinkan di Pulau Langkawi Kedah, kecewa sis!
Perasan tak sepanjang akhir tahun lalu dan minggu ni, memang ramai rakyat Malaysia yang memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi percutian / menghabiskan saki-baki cuti mereka.
Ia mungkin disebabkan musim tiket penerbangan murah
BACA: 5 Pulau Malaysia Yang Tak Kurang Cantiknya Berbanding Boracay
Kelmarin, kebanyakan daripada pelancong yang baru tiba di sana terpaksa membatalkan itinerari untuk ke Pantai Chenang, Pantai Tengah dan ke laut bermula kelmarin. Ia susulan amaran ribut Pabuk pada jam 2 petang.
Bagi mengelakkan kejadian tak diingini seperti yang terjadi di Pantai Timur beberapa hari lepas, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah terpaksa mengeluarkan amaran itu. Lalu, segala aktiviti di kawasan tumpuan pelancong itu tak dibenarkan.
Bagaimanapun pada 11 pagi tadi, bendera merah didapati telah diturunkan setelah amaran ribut ditamatkan oleh Jabatan Meorologi Malaysia hari ini. Ia berikutan kedudukan ribut yang sudah pada jarak 345 kilometer dari Langkawi. Sebelum ini, ribut adalah pada jarak kira-kira 200 kilometer dari utara.
“Buat masa ini, bendera merah sudah diturunkan di beberapa bahagian Pantai Chenang. Namun anggota kami masih di menara tinjau sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Semalam, Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) juga membatalkan semua aktiviti Islands Hopping ke Pulau Dayang Bunting bagi 970 orang pelancong yang telah membuat tempahan. Namun pada hari ini, pengusaha feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi tidak memaklumkan sebarang pembatalan atau pengurangan perjalanan feri
Walaupun kini ribut Pabuk tidak akan membadai Pulau Langkawi, namun ia tetap akan menerima kesan sampingan cuaca dan pelancong khususnya perlu berhati-hati dengan angin kuat secara tiba-tiba.
***
Ribut Pabuk kini berada di Laut China Selatan dan sedang bergerak ke barat laut Teluk Siam dan akan melintasi Segenting Kra dan Laut Andaman. 3 negeri yang terkesan sekarang adalah Pahang, Terengganu dan Kelantan di mana mereka akan menerima angin kencang berkelajuan 40 kilometer sejam.
BACA: Ngeri! Pekerja Offshore Kongsi Video Kesan Ribut Pabuk
Paling merisaukan ialah risiko pokok tumbang, banjir kilat dan rumah rosak.
REMAJA doakan korang semua selamat dan always be extra cautious okay!