Ramai remaja mengeluh bila kulit muka dipenuhi jerawat. Bintik-bintik merah ini menjadi igaun ngeri bagi remaja lelaki dan perempuan kerana kebiasaannya, muka mereka yang ditumbuhi terlampau banyak jerawat akan membuat keyakinan diri menjadi kurang.
Sebenarnya untuk mendapatkan kulit muka yang bersih tanpa ada sebarang noda dan cela, ada beberapa rahsia yang korang patut tahu dan amalkan. Rahsia ini dikongsi oleh Puan Ony Nurhusni yang baru saja dinobatkan sebagai Ikon Kosmetik Kedah 2018. Beliau banyak menulis tips di fbnya, Kelab Sayang Kulit By Ony Nurhusni.
Menurut Ony, untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, ada beberapa pantang yang harus difahami. Apa pantang larangnya?
❌ Pantang 1 : Cuci muka terlalu kerap
Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap
Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci
Kulit akan cenderung menjadi lebih berminyak dan berjerawat .
Oleh itu, pemilihan pencuci muka yang betul mengikut jenis kulit juga sangat penting
Ads
❌ Pantang 2 : Gosok muka terlalu kuat
Ramai yang ingat bahagian yang ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk mengeluarkan sebum dan kotoran di dalam liang roma. Sebaiknya, elakkan mengosok kulit dengan terlalu kuat kerana tindakan ini boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit.
❌ Pantang 3 : Skrub muka terlalu kerap
Kebiasaannya, mekanikal eksfoliator seperti scrub mempunyai tekstur berbiji-biji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana lama-kelamaan ia menyebabkan kulit menjadi agak nipis, menjadi lebih sensitif dan kemungkinan juga boleh menyebabkan jerawat.
Ads
Kekerapan skrub yang disarankan ialah 1-2 kali seminggu saja, ok.
❌ Pantang 4 : Membiarkan syampu rambut terkena kulit muka
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak serta bahan kimia lain yang boleh meningkatkan iritasi pada kulit muka terutamanya yang jenis sensitif. Apabila terkena pada muka, bahan-bahan tersebut juga kemungkinan menyebabkan jerawat atau ruam-ruam halus terutamanya di bahagian dahi.
Apa yang boleh dilakukan ialah, syampu rambut dahulu, kemudian baru lah mencuci muka dengan pencuci muka.
Ads
❌ Pantang 5 : Biar peluh kering sendiri tanpa dilap
Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya jika boleh, lap lah muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran, asap serta debu bersamanya.
❌ Pantang 6 : Berkongsi tuala badan dan tuala muka
Ramai yang buat ni kan? Lap muka menggunakan tuala badan. Lebih elok jika kita asingkan tuala untuk muka dan badan. Tualan badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.
Credit sharing : Fb Puan Ony Nurhusni
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum pertandingan ratu cantik berprestij, Miss World 2021 sepatutnya dilangsungkan dari Puerto Rico. Bagaimanapun, disebabkan penangan wabak COVID-19 terhadap para pesertanya pada minggu ini, organisasi Miss World telah mengambil keputusan untuk langsung menangguhkan acara finale itu pada saat-saat terakhir.
Media tempatan Puerto Rico melaporkan 17 individu yang terlibat dalam pertandingan Miss World 2021 disahkan positif COVID-19 setelah mereka menjalani ujian PCR. Bagaimanapun, jumlah peserta yang dijangkiti dalam kalangan 17 individu itu tidak pula diumumkan.
Antara peserta yang disahkan positif COVID-19 termasuklah wakil Malaysia iaitu Dr. Lavanya Sivaji; Miss World Gibraltar, Janice Sampere dan Miss World Indonesia, Pricillia Carla Yules. Mereka bertiga dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang di bawah pemantauan kuarantin selama 10 hari.
Persoalannya, bilakah acara finale Miss World 2021 ini bakal dilangsungkan?
Menurut kenyataan rasmi yang dimuat naik oleh pihak penganjur di Facebook, mereka memaklumkan ia ditangguhkan, “..atas faktor kepentingan kesihatan dan keselamatan para peserta, staf, kru dan orang awam.
“Finale akan kembali diatur semula di Puerto Rico Coliseum Jose Miguel Agrelot dalam tempoh 90 hari yang akan datang,” catat mereka.
Biarpun ramai yang ingin sekali melihat pertandingan itu dilangsungkan secara fizikal, tinjauan REMAJA di bahagian komen mendapati ramai warganet yang turut risau sekiranya ‘Kluster Miss World’ sebegini akan tercetus kembali jika ia diadakan semula secara fizikal; memandangkan pertandingan berskala besar seperti Miss World akan menghimpunkan ramai pihak di satu lokasi yang sama.
Di samping itu, ada juga yang mencadangkan agar pihak penganjur mengumumkan 30 peserta terbaik dan hanya mereka saja yang perlu kembali ke Puerto Rico untuk meneruskan saingan. Bukan saja ia efektif dari sudut keselamatan, para peserta lain yang tidak perlu kembali ke sana juga dapat menjimatkan kos perjalanan dan persediaan.
Apa pendapat korang?
Patutkah pertandingan berprestij seperti Miss World 2021 hanya dilangsungkan secara maya seperti yang berlaku kepada Miss Earth, baru-baru ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi individu yang ingin menjaga kesihatan atau pun sedang dalam usaha menurunkan berat badan, sudah tentu mereka akan mencari produk-produk makanan yang tidak mengandungi gula.
Walaupun sentiasa melihat kandungan bahan yang ada sebelum memilih produk, namun tidak semua diantara kita yang memahami setiap perkataan yang digunakan dalam packaging produk tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat cara yang paling terbaik untuk korang mengelakkan gula tambahan dan antaranya adalah seperti berikut:
• Pilih air kosong berbanding minuman manis
• Hadkan kepada satu sudu teh sahaja untuk setiap cawan
• Hadkan minuman manis (sehari sekali sahaja)
• Gantikan makanan manis dengan makanan yang lebih sihat seperti buah
• Baca label dan elak produk yang menyenaraikan gula dibahagian awal senarai ramuan
Semoga info ini memberi sedikit ilmu pengetahuan baru untuk kita semua dan jadikan panduan bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Setiap kali menyaksikan pertandingan ratu cantik, segmen kostum nasional antara segmen yang dinantikan. Bukan sekadar persembahan, segmen ini jadi medan untuk memperkenalkan budaya dan juga kekayaan seni negara masing-masing.
Terbaru, Cassandra Yap yang kini berada di Jepun mewakili Malaysia di pentas Miss International 2023 telah berkongsi kostum nasional yang bakal digayakannya kelak. Tampak eksklusif, regal dan penuh dengan pengertian kesenian negara, kostum yang bakal digayakan menarik perhatian ramai.
Diberi nama ‘The Glory of Permaisuri’, kostum nasional yang dicipta oleh Faizal Azhar itu diinspirasikan daripada seni budaya Melayu seperti tepak sireh, bunga telur, cucuk sanggul, kain songket dan sulaman tekat.
Elemen-elemen ini disatukan dan digelar permaisuri yang melambangkan pemerkasaan wanita. Selain itu ia juga menjadi simbolik kepada adat dan tradisi yang dipelihara sejak dahulu sebagai khazanah negara yang tidak ternilai harganya.
Malam finale Miss International 2023 bakal diadakan pada 26 Oktober nanti. Imbas kembali, pertandingan ini sudah memasuki edisi ke-61 sejak penganjurannya pada tahun 1960. Pemegang takhta Miss International terkini ialah Jasmine Selberg yang berasal dari Jerman.
Kali terakhir Malaysia berjaya tembus sebagai semi-finalist adalah pada tahun 1965 dan sebelum itu pada tahun 1961. Adakah kemarau selama 58 tahun ini akan diakhiri Cassandra? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sarung bantal yang tidak ditukar secara berkala boleh menjadi medium pemindahan bakteria, minyak dan kotoran ke muka, sekali gus menyebabkan jerawat.Menurut perkongsian oleh Public...