Nak Flawless, Tak Ada Jerawat? Ini 6 Pantang Di Bahagian Muka Yang Korang Tak Boleh Buat

Share

Ramai remaja mengeluh bila kulit muka dipenuhi jerawat. Bintik-bintik merah ini menjadi igaun ngeri bagi remaja lelaki dan perempuan kerana kebiasaannya, muka mereka yang ditumbuhi terlampau banyak jerawat akan membuat keyakinan diri menjadi kurang.

Sebenarnya untuk mendapatkan kulit muka yang bersih tanpa ada sebarang noda dan cela, ada beberapa rahsia yang korang patut tahu dan amalkan. Rahsia ini dikongsi oleh Puan Ony Nurhusni yang baru saja dinobatkan sebagai Ikon Kosmetik Kedah 2018. Beliau banyak menulis tips di fbnya, Kelab Sayang Kulit By Ony Nurhusni.

Menurut Ony, untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, ada beberapa pantang yang harus difahami. Apa pantang larangnya?

❌ Pantang 1 : Cuci muka terlalu kerap

Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap

  1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci
  2. Kulit akan cenderung menjadi lebih berminyak dan berjerawat .

Oleh itu, pemilihan pencuci muka yang betul mengikut jenis kulit juga sangat penting

❌ Pantang 2 : Gosok muka terlalu kuat

Ramai yang ingat bahagian yang ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk mengeluarkan sebum dan kotoran di dalam liang roma. Sebaiknya, elakkan mengosok kulit dengan terlalu kuat kerana tindakan ini boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit.

❌ Pantang 3 : Skrub muka terlalu kerap

Kebiasaannya, mekanikal eksfoliator seperti scrub mempunyai tekstur berbiji-biji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana lama-kelamaan ia menyebabkan kulit menjadi agak nipis, menjadi lebih sensitif dan kemungkinan juga boleh menyebabkan jerawat.

Kekerapan skrub yang disarankan ialah 1-2 kali seminggu saja, ok.

❌ Pantang 4 : Membiarkan syampu rambut terkena kulit muka

Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak serta bahan kimia lain yang boleh meningkatkan iritasi pada kulit muka terutamanya yang jenis sensitif. Apabila terkena pada muka, bahan-bahan tersebut juga kemungkinan menyebabkan jerawat atau ruam-ruam halus terutamanya di bahagian dahi.
Apa yang boleh dilakukan ialah, syampu rambut dahulu, kemudian baru lah mencuci muka dengan pencuci muka.

❌ Pantang 5 : Biar peluh kering sendiri tanpa dilap

Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya jika boleh, lap lah muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran, asap serta debu bersamanya.

 

❌ Pantang 6 : Berkongsi tuala badan dan tuala muka

Ramai yang buat ni kan? Lap muka menggunakan tuala badan. Lebih elok jika kita asingkan tuala untuk muka dan badan. Tualan badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.

Credit sharing : Fb Puan Ony Nurhusni

Published by
Almaswa Haji Che Ros