Tanpa memerlukan pengenalan, korang pasti sudah tahu apakah itu TikTok.

 

Sejak dilancarkan pada tahun 2017, TikTok mempunyai kira-kira 800 juta pengguna di seluruh dunia. Disebabkan oleh populariti aplikasi ini di kalangan remaja dan kanak-kanak, ramai yang sering menggunakan TikTok dan berkongsi video mereka di platform lain.

Nak Halang Masalah Di Media Sosial, TikTok Tetapkan 5 Fungsi Ini

Namun jujurnya, disebabkan oleh pengguna yang tak bertanggungjawab, TikTok juga berdepan dengan masalah biasa seperti di media sosial lain. Ruangan komen dibanjiri oleh ramai golongan haters. Pengguna yang rata-rata merupakan budak sekolah juga menggunakan TikTok untuk tujuan negatif.

Tapi itu tak bermaksud TikTok adalah aplikasi yang menjurus ke arah keburukan.

Mereka sendiri aware dengan isu ini dan telah menetapkan beberapa fungsi keselamatan untuk memastikan pengguna boleh berseronok di aplikasi itu dengan selamat.

 

01

Usia Pengguna

Nak Halang Masalah Di Media Sosial, TikTok Tetapkan 5 Fungsi Ini

Susah dah pada zaman ini untuk apa-apa aplikasi memantau penggunanya. Walaupun terdapat syarat had umur, pengguna di bawah umur boleh je membuat akaun palsu.

BUT it is good that TikTok still applies this rule.

Mereka mengehadkan usia 13 tahun ke atas bagi kesemua penggunanya agar content-nya sesuai dengan peringkat umur tersebut.

Ads

 

02

Masa Bersosial

Nak Halang Masalah Di Media Sosial, TikTok Tetapkan 5 Fungsi Ini

Korang pernah dengar kan kes remaja yang jatuh sakit disebabkan terlalu obses melayari media sosial dan internet. Mata boleh sakit, kepala pun mudah pening kerana menghadap skrin tanpa henti.

Well, TikTok boleh mengehadkan masa korang di aplikasi tersebut sehingga 40, 60, 90 atau 120 minit saja pada setiap hari, mengikut pengguna.

Macam alarm lah. Selepas tamat waktu, korang akan terus di-logged out daripada akaun.

 

03

Nak Bunuh Diri? Oh No

Nak Halang Masalah Di Media Sosial, TikTok Tetapkan 5 Fungsi Ini

Ads

Setiap kali ada sesiapa yang membuat percubaan membunuh diri dan merekodnya di TikTok, terdapat fungsi in-app suicide prevention yang terus membawa pengguna ke sebuah halaman web lain.

Ia menawarkan tip dan talian am (hotline) untuk membantu mereka mendapatkan bantuan.

 

04

Filter Komen Negatif

Nak Halang Masalah Di Media Sosial, TikTok Tetapkan 5 Fungsi Ini

Fungsi comment filter ini bagi REMAJA adalah sesuatu yang baru dan baik untuk dunia media sosial sekarang. Di TikTok, pengguna boleh mengawal 30 jenis perkataan negatif dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Sebarang komen yang mempunyai perkataan yang korang filter itu akan di-hide serta-merta supaya korang tak boleh melihatnya.

What a way to get back to your haters.

Ads

 

05

Privasi

Nak Halang Masalah Di Media Sosial, TikTok Tetapkan 5 Fungsi Ini

Melalui fungsi ini, korang boleh menentukan siapa yang boleh follow korang, siapa yang boleh menghantar komen, siapa yang boleh memberi reaksi kepada video korang dan siapa yang boleh menghantar mesej.

Pengguna yang negatif? Just block them.

Katakan tidak kepada buli siber.

ARTIKEL BERKENAAN: 5 Cara Lawan Pembuli Siber Daripada Terus Bermaharajalela

*

TikTok tahu pengaruh yang ada pada aplikasi tersebut terhadap pengguna remajanya. Jadi bagi korang yang baru install, you have nothing to worry about anymore.

*

HEY GIRLS WE’RE BACK

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI