Nak Jadi Cabin Crew Bukan Semudah Hidang Air, Cuba Lihat Training Singapore Airlines Ini

Share

 

Ramai sebenarnya pelajar sekolah menengah dan kolej yang teringin sangat untuk menjadi sebahagian daripada kru kabin penerbangan. Walaupun situasi yang dihadapi famili kru kabin kini tidak secerah dahulu sebelum pandemik COVID-19, penulis yakin bahawa situasi ini akan berubah setelah wabak ini beransur reda dan pengambilan kru kabin akan kembali rancak.

Alasan yang selalu diberikan oleh remaja yang bercita-cita untuk menjadi kru kabin adalah peluang untuk melawat negara asing. Di samping itu, insentif yang diberikan juga agak. Dan peluang untuk selalu kelihatan glamor menarik beg luggage ke sana-sini di lapangan terbang? That is just bonus.

Namun, apa yang tidak dilihat oleh orang luar adalah tempoh latihan yang perlu dilalui oleh kru kabin sebelum mereka diserap masuk sebagai staf.

Artikel Berkaitan: Tak Perlu Apply Online, Pramugara Ini Kongsi Kriteria Untuk Jadi Cabin Crew

 

Sejak tahun 2010, kebanyakan syarikat penerbangan amat mementingkan kualiti kerja kru mereka terutamanya kru yang berinteraksi secara langsung dengan penumpang. Contohnya, pekerja di kaunter, pegawai dan tentunya kru kabin di dalam pesawat.

Ini kerana ramai penumpang yang semakin menitik beratkan layanan di awan biru selari dengan kos tiket penerbangan yang dibayar oleh mereka. Kalau salah layan, silpa hari bulan penumpang boleh muat naik video di media sosial. Kan dah susah!

Lain syarikat penerbangan, lain prosedur latihan kru kabin mereka.

Namun di Singapura, syarikat penerbangan nasional mereka, Singapore Airlines selalunya akan membuka sesi temuduga pada setiap bulan. Setiap sesi akan dihadiri oleh 900 peserta di mana 60% daripada mereka adalah perempuan.

Latihan bantuan kecemasan.

Selepas terpilih, mereka akan menjalani program latihan dan kelas selama 15 minggu atau lebih kurang 4 bulan. Program ini termasuklah latihan soft skill, latihan keselamatan dan bantuan kecemasan.

 

Latihan berjalan

Kru kabin akan diajar bagaimana untuk menaiki tangga dan berjalan dengan sopan dalam persalinan baju kebaya mereka semasa kelas tatatertib atau etiquette. Kru perlu menjaga postur badan bukan hanya semasa berdiri dan berjalan, malah ketika duduk dan semasa cuba mencapai barang dari compartment simpanan di dalam kabin.

Dalam bulan pertama latihan, kru akan melalui sesi fitting bagi baju kebaya masing-masing. Kebaya rekaan Pierre Balmain pada tahun 1968 ini memang simbolik dengan imej Singapore Airlines, sama seperti kebaya Malaysia Airlines.

ARTIKEL BERKAITAN : Cerita Kebaya Ikonik Malaysia Airlines. Rekaan UiTM Rupa-Rupanya. – REMAJA

 

Latihan Keselamatan

Kongsi Singapore Airlines lagi, terdapat juga latihan di dalam kolam renang sedalam 4 meter dengan teknologi air berombak yang dihasilkan mesin. Kru akan berpasangan dengan rakan untuk latihan menyelamat di mana rakan tadi akan menjadi mangsa.

Dalam masa 12 saat, kru perlu mendapatkan pemadam api dengan betul dari pintu pesawat dan memadamkan api selama 3 minit. Selalunya, ia melibatkan kawasan berisiko seperti tandas dan dapur pesawat.

 

Latihan Grooming

Selain semua ini, latihan lain termasuklah latihan kecemasan gelongsor meninggalkan pesawat dan latihan grooming. Untuk kelas grooming, kru akan diajar cara menjaga kulit dan bersolek. Warna solekan yang diberi bersesuaian dengan warna baju kebaya Singapore Airlines.

Kru juga perlu pandai menjaga rambut dan menstailkan rambut. Selalunya, stail rambut perlu mengikut paras wajah masing-masing. What works best for their feature.

Haa, banyak kan?

Nampaknyam latihan untuk kru kabin bukanlah semudah menghidangkan air je tau! Jadi pada masa akan datang, tidak salah rasanya kalau kita cakap “Good Job” atau “Terima Kasih” kepada kru kabin sebelum meninggalkan kapal terbang.

Sumber: Straights Times

Published by
FZ