Penyanyi rap terkenal Korea Selatan baru-baru ini mengejutkan para peminat dengan mengumumkan dirinya telah membuka akaun aplikasi Onlyfans iaitu platform langgan yang berorientasikan kandungan dewasa.
Tulisnya singkat menerusi perkongsian beberapa gambar di Instagram, “Ikuti saya di Onlyfans…”
Hantaran mengejutkan itu dimuat naik sendiri oleh Jay Park di Instagram miliknya memberitahu peminat supaya mengikutinya di laman tersebut.
Selepas pengumuman itu dibuat, ramai peminat yang mempersoalkan sama ada penyanyi yang popular dengan lagu All I Wanna Do dan Mommae itu benar-benar berminat untuk mencipta akaun ‘hangat’ tersebut ataupun ianya adalah salah satu taktik pemasaran untuk melancarkan lagu terbarunya.
Walau bagaimanapun, ada juga segelintir peminat yang menzahirkan rasa teruja untuk menonton kandungan yang bakal dipertontonkan oleh Jay Park melalui aplikasi berkenaan.
Sekadar info, aplikasi OnlyFans merupakan perkhidmatan langganan kandungan internet yang berpangkalan di London, United Kingdom. OnlyFans selalunya digunakan oleh para pekerja seks bagi mencipta kandungan pornografi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.