Hobi & Minat

Nak Kulit Glowing, Setiap Pagi Sebelum Cuci Muka Sapu Micellar Water!

Share

Micellar Water mengandungi micelles yang merupakan molekul kecil dengan tekstur seperti air yang dapat mengangkat debu, kotoran dan sisa-sisa mekap bahkan juga kulit nampak lebih berseri dan terhidrat sentiasa. Semua jenis kulit boleh mendapat manfaat daripada Micellar Water ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Kulit Kering, Kasar & Mengelupas, 6 List Produk Ini Patut Dicuba!

Jangan tak tahu, Wanita Perancis dan Korea juga menggunakan air ajaib ini sebagai salah satu rutin kecantikan mereka.

Sebelum ini seorang wanita, Nurul Fadhilah berkongsi jumpa tip untuk cantikkan kulit. Hanya amalkan dalam sebulan dan hasilnya cukup memuaskan. Parut jerawat yang dah lama ada pun akan pudar dan makin hilang.

Setiap Pagi Sebelum Cuci Muka Sapu Micellar Water, Hasilnya Glowing Kulit!

Haa.. anda cuma perlu sapu muka dengan micellar water setiap pagi sebelum cuci muka selain guna masa nak remove makeup.

Nanti anda akan nampak perubahan pada kulit wajah, bersih dan glowing!

Jadi kalau anda rasa nak sangat hasil yang mantap untuk kulit wajah, boleh lah cuba pakai micellar cleasing water pula. Kuncinya kena konsisten pakai sahaja, inshaa Allah ada hasilnya.

Selamat mencuba!

BACA LAGI : Kekal Trendy Dengan Barangan Kulit: Cara Penjagaan Juga Kena Tahu!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana