Rasanya semua orang mengimpikan untuk berada di angkasa lepas kerana ingin melihat sendiri ciptaan dan kekuasaan Maha Pencipta.
Namun begitu, hampir tidak semua berpeluang untuk ke sana kerana tiada kelayakan yang mengizinkan. Nak ke angkasa lepas bukan boleh main suka-suka, ilmu kena cukup di dada barulah boleh digelar sebagai seorang angkasawan.
Baru-baru ini, Dailystar melaporkan bahawa syarikat NPO Aviation and Space Technology dari Russia sedang berusaha untuk menyediakan sebuah kapal angkasa yang boleh berlepas di lapangan terbang biasa untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan ke angkasa lepas.
Wah, bukan biasa-biasa percutian korang lepas ni.
Tapi.. persoalannya mampu atau tidak?
Menurut Johari Salim dalam satu perkongsian yang telah dibuat, tambang pergi balik ke sana adalah USD 58 juta (RM240.58 juta) dan pengginapannya pula bernilai USD 35,000 (RM145,180) bagi satu malam.
Duhh, rasanya kalau jutawan nak pergi pun fikir 10 kali, apa lagi rakyat marhaen macam kita. Hiks!
Dalam satu flight dimuatkan seramai 4 orang. Ini maksima yang NASA benarkan walaupun ada 7 seat bagi setiap flight. So, 240.58/4 = RM 60.15 juta.
Bayaran penginapan pula fix price
dan tiada diskaun. Tempoh tinggal up to 30 days jadi sebulan untuk penginapan saja korang kena sediakan USD 1,050,000 (RM4,355,400). Hm, tersedak dengar jumlahnya. Hiks!Pendek kata sediakan saja RM65 juta untuk sebulan di International Space Station (ISS) semuanya bisa diatur (tertakluk kepada perubahan).
Daripada lebih kurang RM65 juta yang korang bayar tu, pecahan bayaran adalah seperti berikut:
• USD 22,500 (RM 93,678.75) untuk “supplies” termasuk space suit. Kalau tak korang akan kena radiasi kosmik yang boleh membawa maut semasa melakukan “space walk”
• USD 11,250 (RM46,665) adalah untuk penggunaan air, oksigen dan tandas
• USD 1500 (RM6245.25) adalah untuk Internet pada kadar USD50 (RM 207.40) per GB. Kalau ini tidak dipakai korang boleh roll over
. 30GB sehari lebih dari cukupWalau bagaimanapun, untuk ke ISS tidak cukup hanya dengan duit korang, tapi korang juga kena fit untuk dilatih sebagai seorang angkasawan (real) dan pass medical test. Walaupun pergi dengan tujuan melancong, tapi korang tetap dikira sebagai bertaraf crew.
So, siapa agaknya pelancong pertama yang akan menjejakkan kaki ke angkasa lepas? Sempat ke kalau kita nak kumpul duit? Hiks!