Nak Penginapan Yang ‘Rare’, Kena Cuba Stay Di 5 Glamping Ini!

Share

Pernah dengar perkataan glamping? Atau ini merupakan kali pertama korang dengar?

Idea disebalik glamping ini sebenarnya kombinasi percutian ‘glamour’ dan ‘camping’ buat warga kota, golongan remaja terutamanya yang inginkan ketenangan dalam hutan. Kebanyakan glamping juga dikenali sebagai aktiviti pecutian yang berkonsepkan ala perkhemahan.

Seakan sudah menjadi trend percutian bagi rakyat Malaysia sekarang yang mengimpikan sebuah penginapan berkonsepkan alam semulajadi dengan suasana yang luar biasa seperti glamor camping atau singkatannya “glamping”.

So Remaja share 5 tempat “glamping” yang best dan wajib korang pergi!

1. Gopeng Glamping Park

Lokasinya yang terletak berdekatan sungai membolehkan pengunjung yang menginap di situ bermandi-manda di situ malah boleh melakukan aktiviti lasak seperti white water rafting, waterfall abseiling, dan lain-lain.

Pada waktu malam pula, para pengunjung boleh mengadakan aktiviti BBQ dan mungkin boleh mengadakan aktiviti di hadapan unggun api seperti dalam filem Camp Rock, menyanyi dan berborak untuk merapatkan lagi perhubungan.

Pastinya korang yang tidak mempunyai waktu bercuti yang panjang dan mahu lari dari hiruk pikuk kota, Gopeng Glamping Park pilihan terbaik untuk merasai sendiri pengalaman berkhemah bersama rakan-rakan rapat korang.

Bagi yang ingin suasana yang berbeza, bolehlah cuba menginap di Gopeng Glamping Park. Ayuh!

2. Tiarasa Escapes Glamping Resort

Terletak di Janda Baik, dan hanya 45 minit daripada pusat bandar Tiarasa Escapes mengetengahkan konsep percutian bermalam di khemah-khemah kanvas tanpa mengetepikan keselesaan setaraf bilik-bilik hotel.

Reka bentuk glamping yang unik itu bagaikana di Tanzania, Afrika namun yang membezakannya ialah suasana redup serta nyaman Janda Baik yang juga tiada binatang buas, cukup mendamaikan mata memandang.

Puan Sri Tiara Jacquelina Eu Effendi, selaku pemilik estet ini memang cukup handal dalam merealisasikan sesuatu yang dirasakan mustahil! Sangat awesome!

3. Sea Horizon Glamping

Istimewanya jika glamping di sini yang dahulunya dikenali sebagai Tanjung Sutera Resort, korang bakal merasai pengalaman “Glamping Di Tebing Laut Yang Pertama Di Malaysia!”

Sea Horizon Glamping ini menawarkan hanya 2 unit penginapan berbentuk Dome yang dilengkapi pelbagai kemudahan persis seperti hotel 5 bintang. Kedua-dua dome berkenaan juga dibina menghadap keindahan pemandangan Laut China Selatan serta mempunyai ruang makan peribadi sendiri.

Dikelilingi persekitaran alam semulajadi yang hijau dan mendamaikan, glamping ini mempunyai penyaman udara, katil bersaiz king, ruang mandi peribadi, pancuran mandian air panas, hammock, televisyen, set barbeque dan banyak lagi.

4. Glamz at Genting

Bagi korang yang nak perkhemahan glamping yang lebih selesa dan sukakan suasana yang sejuk, inilah tempatnya.

Glamz at Genting merupakan tarikan terbaru di Genting Highland. Ini bukan glamping biasa, tapi glamping yang extra mewah bagi anda yang ingin merasai pengalaman bercamping dengan penuh glamour. Lokasinya adalah di Glamz At Genting di Jalan Meranti, Genting.

Menginap di sini, sebaik tiba waktu malam, korang dapat menyaksikan keindahan langit dengan taburan bintang yang berkerdipan, satu pemandangan yang sungguh mempesonakan.

Antara jenis penginapan yang disediakan adalah seperti Dome Room dengan sebahagian dinding kaca membentangkan pemandangan langit, VIP Dome yang lengkap dengan jakuzi peribadi, Bell Tent untuk keselesaan 4 orang penginap dan Family Dome untuk 8 pax.

Antara fasiliti yang disediakan adalah jakuzi, bilik steam, inflatable playground dan bbq pit

Sesuai untuk percutian bersama rakan-rakan, keluarga mahupun yang mahukan privasi bersama tercinta. Siap ada jakuzi tau!!

5. A’Moss Farmstay, Cameron Highlands

Dari kejauhan, A’moss Farmstay ini kelihatan seperti binaan Iglu di Kutub Utara, lagi-lagi dengan kesejukan Cameron Highlands yang kadang-kala boleh menusuk hingga ke tulang.

Penginapan unik ini sebenarnya terletak berdekatan dengan Mossy Forest dan Ladang Teh Boh Sg Palas.

Setakat ini, difahamkan hanya terdapat 3 buah dome sahaja untuk disewakan kepada para pengunjung. Oleh itu, tempahan secara walk-in adalah tidak dibenarkan.

So apa tunggu, jom plan dengan kawan-kawan korang. Tapi SOP jangan dilupa okay!

Published by
Ruziana Zainal