Hati memang teringin untuk mencuba produk hign-end yang berharga sedikit mahal.
Iyalah, kan ramai yang cakap kalau yang mahal ini kualitinya bagus. Tapi adakah itu bermakna produk drugstore itu tidak bagus?
Sempena sesi #RemajaDengarKata pada Isnin lalu, penulis sempat untuk bertanyakan kepada Anna apakah 5 produk penjagaan muka yang paling dia minati dan rasakan berkesan.
"First of all, Anna rasakan tak salah untuk mencampur adukkan antara produk drugstore
dan juga produk premium. Asalkan kita tahu kandungan produk itu dan ia tidak mendatangkan kesan kepada muka, itu sudah cukup bagus untuk Anna."Anna sendiri banyak mencuba produk drugstore. Kebanyakan produk premium pula adalah pemberian daripada jenama itu sendiri, and it works on my face. Jadi, sebenarnya okay saja untuk campurkan produk mahal dengan produk mampu milik," jelasnya.
Ini merupakan 5 produk kegemaran Anna Jobling:
AEKIN Tea Tree Oil Toner
"Pada tahun ini saja, saya sudah menggunakan 6 botol toner ini! That is how much I love this produk. Walaupun tidak sampai RM10, ia bagus untuk korang maintain keadaan kulit semula jadi."
02
KIEHL'S Ultra Facial Cream
"This product is so life changing. Anna rasakan ia sesuai untuk diguna pada semua jenis kulit pada waktu siang dan malam. Ia tidak terlalu thick
, dan merupakan pelembap kulit yang bagus."03
Dr.Jart+ V7 Toning Light
"Anna rasakan ramai yang sudah tahu kelebihan jenama ini. Produk ini, in particular akan sekatakan warna dan tekstur kulit. Ia juga mengandungi pelbagai vitamin yang mampu mengubah wajah kusam menjadi lebih sihat.
04
Cle De Peau Essential Correcting Refiner
"Jenama Cle De Peau boleh dikategorikan sebagai baru lagi di Malaysia tetapi ia mempunyai kualiti yang bagus, setanding dengan harganya. I am personally going to ask them to send me some more of their products (ketawa) terutamanya serum ini kerana ia menyegar liang pori kulit yang tersumbat dan dan melembutkan kulit.
05
Lancome Advanced Genifique Serum
"Honestly, Anna mempunyai lebih daripada 8 jenis serum. Ini merupakan salah satu serum yang Anna rasakan berbaloi untuk dibeli walaupun harganya melebihi RM200."