Sekali dengar anak jiran tak sampai usia 7 tahun ‘speaking meletop’ mesti terngaga mulut. Kita dah besar panjang pun sukar nak ‘speaking’ mantap, lebih-lebih lagi bila kena buat presentation depan lecturer. Silap sedikit boleh jadi ‘bahan’ dengan kawan-kawan.
Sememangnya ibu bapa sekarang lebih peka dengan kepentingan Bahasa Inggeris (BI) sehingga sanggup bayar lebih semata-mata memastikan anak petah dalam bahasa berkenaan.
Daripada subjek yang digeruni, kini kanak-kanak ‘enjoy’ mata pelajaran itu.
Kepada mereka yang masih ‘bergelut’ untuk menguasai Bahasa Inggeris. Jadi untuk korang yang cuba belajar dan berbahasa Inggeris dengan baik, apa kata ikut saja tip yang pernah dikongsi oleh Dr. Amalina Bakri yang satu ketika dulu pernah menjadi pelajar cemerlang di negara kita.
A lot of you asked me about how to become fluent in English. This is my thread (based on my experience as a kid). @thealphafoxtrot feel free to add, you’re the English teacher!
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) February 13, 2018
1. Sering bertutur dalam bahasa Inggeris dengan yakin
Tak kiralah sama ada grammar korang bagus atau tidak atau ada cakap-cakap ‘alah, berlagak nak cakap English’, abaikan saja mereka. Dr. Amalina di sekolah dulu pun pernah melalui situasi macam ni. Lagi-lagi bila rakan sekolah yang berbangsa Cina dan India, kami akan bercakap dalam bahasa Inggeris, ramai yang tidak senang hati.
2. Gunakan media sosial sebagai platform untuk berkomunikasi
Kalau dulu ada MSN messenger, Yahoo Messenger dan MIRC. Dr. Amalina menggunakan platform ini untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan di luar negara. Seawal usia 12 tahun, dia sudah menyertai beberapa pembelajaran berkumpulan secara online. Cara ni memang terbaik dan boleh dipraktikkan hingga hari ini.
3. Tonton program TV, filem & dengar muzik bahasa Inggeris
4. Practice, practice, practice!
Bergaul dengan kawan-kawan yang boleh berbahasa Inggeris dengan lancar kerana cara ini dapat membantu korang untuk meningkatkan keyakinan. Tapi kalau ditegur kesalahan korang tu, jangan annoyed pula okay? Hiks!
Sebenarnya nak bertutur dalam bahasa Inggeris ni bukanlah susah sangat. Kami percaya semua orang pun boleh dan faham, tetapi masalahnya mungkin tiada keyakinan diri dan takut sekiranya tersalah cakap.
Don’t worry guys. Practice makes perfect kan? So, mulai hari ini apa kata korang try untuk mula bertutur dalam bahasa Inggeris dengan kawan-kawan.
Good luck!